CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 25, 2007

TEMBAKAU dan 'KARTINI'.














Siapakah gerangan yang menghasilkan idea kartun diatas...? siapa lagi kalau bukan kartunis terkenal Azhar Ahmad (Tembakau). Beliau lahir di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Ogos 1972. Anak Perak ini memulakan profesion sebagai storyboard bagi animasi bersiri pertama di Malaysia- Usop Sontorian terbitan Kharisma pictures. Beliau yang terkenal dengan kartun lerai love story iaitu berkisar mengenai kisah couple Yon dan Kartini. Sejak itu, secara tidak langsung ‘Kartini’ telah melonjakkan nama Tembakau. Beliau kemudianya telah menghasilkan Koleksi pertamanya iaitu ‘Kartini’ terbitan Multi Triple Vision Sdn Bhd. Iaitu penerbit Majalah Lanun. ‘Kartini’ mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun tanahair. Maka dengan itu terbitlah pula animasi ’Kartini’ iaitu adaptasi daripada koleksi ‘kartini’ karya Tembakau.
Setelah sekian lama menyepi …Kartunis Tembakau tiba-tiba muncul dengan komik ‘Kartini Kembali’ terbitan PTS Milennia Sdn Bhd yang merupakan kesinambungan daripada koleksi pertamanya dulu. Adakah kisah ini telah berkesudahan….? Tiada siapa dapat menjangkakannya….berdasarkan pengamatan saya dalam karya kartini ini, pasti ada sambunganya lagi, sebab 'Kartini' seolah-olah tiada mempunyai noktah…jawapannya ada pada kartunis Tembakau sendiri.

17 comments:

aMeir said...

kartini dah kahwin, jawab tembakau masa aku tanya soalan kat dia. (aku jumpa dia sebulan lepas)

Anonymous said...

isk isk isk wa upset sak..

Jonjenin said...

rindu gak ngan karya tembakau ni...apapun harap beliau terus sukses dengan apa jua yang beliau rancangkan...
Amir : Tembakau pun dah kawin gak apa?...hihihii
Gandum: nape ko menangis gandum? ko pun kenal kartini ke? ahaks...

adie said...

hi kawan2
ini pertama kali aku menulis kat sini..
aku nak tanya kalau sesapa dapat bagi tau mana aku boleh dapat koleksi "kartini" ni.
part 1 & 2
termasuk cd animasi kartini sekali.
aku betul2 minat citer ni.
please bg sesiapa yg dpt bg tau..can email aku kat "blues_rumah10@yahoo.com"
i need ur help kawan2

Jonjenin said...

KARTINI VCD- Gila2 ada jual.
koleksi kartini 1- sold out..tak jual dah.
kartini kembali- kat MPH Books store and kedai buku popular ada jual.

adie said...

thanks bro..nanti aku try cari vcd tu..

SuhaimiGarage said...

kt mane aku nk dptkn blik majalah kartini nih.

Muhd 'Azim said...

kat mana aku bleh cari majalah KARTINI ni hah???best giler citer ni...gempak habis!! caya la TEMBAKAU..kau mmg rock!! wei..sapa sbnrnye si Asri Muhamad tu??

fira gujiwa said...

heheheh,..
sye ni ade kedai buku.. so tadi baru ternmpak dis book...
mule la nostagia lame bermula..
ramai gak custmr tnye.. tuh stry bru or what..
ehhehehe...
but ade yg tak kisah baru ke lame ke.. dorng beli gak..
so gud luck la ek

NieG said...

kartini ni bagi kesan yang mendalam pada saya

Jonjenin said...

caiyok buat korang yg terus myokong kartun2 tempatan...hidup koranggg!!!

Sir Shah said...

uish.. ni la antara buku pertama yg aku berjaya baca sampai abis. xingat darjah brapa msa tu. buku ni pn xsilap aku masih disimpan. cuma kna bongkar balik stor nk cari.

mmg memberi kesan sewaktu aku sndiri baru nk knal erti cinta. mmg termasuk dlm nostalgia hidup aku la. tembakau pn antara kartunis fav aku.

kartini ni ade animasi ke? yg 'kartini kembali' pn aku baru dpt tau.

Unknown said...

aku tengah carik koleksi kartini yang pertama... aku punya 3 naskah sudah kena cilok ... siap ada aotograph tembakau lagi .. .huhuhuhuhu sedihnyer ... kalau sesapa yang masih ada koleksi tu .. aku nak beli ... mahal sket pun takper ... celcomate@yahoo.com

sifu said...

aku ade jumpe buku kartini 1 kat MPH bookstore mid valley... tp x sure ade lg ke x skrg...

adie said...

betul ke ko ada jumpa kat MPH Mid Valley? kalau jumpa lg bole tolong belikan tak? nanti aku bayarkan harga buku + kos penghantaran sekali. kalau ada tolong yer bro. aku punya koleksi dah kena kebas dgn siapa pun aku x tau ler..

adie said...

citer ni tahun 90 an dulu..koleksi pertama tahun 1999 kalau x silap. tahun 2000 dulu ada animasi.. aku ingat lagi masa tu buat tayangan kat kampus universiti (UPM terengganu) .. perghhhhhhhh sold out tiket masa tu.. kalau sesiapa ada cd animasi ni, bole hubungi aku x?

adie said...

fira, kedai buku ko ada lagi tak koleksi kartini 1?
kalau ada, aku nak dapatkan koleksi tu..