CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 13, 2007

NOVEL GRAFIK.











Melukis dan menulis dialog dalam novel grafik mampu memartabatkan seni sastera Negara. Dalam ramai pelukis yang berkarya pada hari ini, hanya terdapat segelintir sahaja pelukis yang mempunyai kemahiran tersebut. Namun begitu, baru-baru ini ianya seakan menjadi satu trend pelukis hari ini untuk menghasilkan novel grafik.
Apabila membaca kartun ramai orang menjangkakan ianya adalah humor atau lawak yang dilhasilkan oleh kartunis. Di antara kartunis yang pernah menghasilkan novel grafik ialah seperti kartunis Lat bersama novel grafik bertajuk ‘Mat Som’, Kartunis Ujang dengan ‘Aku Budak Minang’ dan ‘Aca’, kartunis Tembakau bersama novel grafiknya bertajuk ‘Kartini’, kartunis Aie- ‘Aku dan Sesuatu’ dan Nur Azmi –‘Mambo di kuale’. Perkara ini sekaligus dapat memperlihatkan bahawa kartun bukan sahaja dapat dilihat sebagai karya jenaka semata-mata, tetapi mampu memberikan ekspresi unsur moral dan pengajaran, Novel grafik ini dilihat mampu mencambahkan seni kartun kepada genre yang pelbagai untuk tatapan pembaca dalam bentuk yang santai.

4 comments:

Kalamtimur said...

Assalamualaikum wbt. Baru dapat masuk kat blog ini. Insya Allah, akan selalu ziarah blog ini. All the best, semoga tulisan dan kritikan saudara dalam bidang kartun dan komik akan menyemarakkan arena komik Malaysia.

Jonjenin said...

walaikumusalam...terima kasih atas kesudian melawat blog ini. komen saudara juga dapat membantu kita agar sama-sama dapat menyemarakkan dubia kartun dan komik tempatan.

Anonymous said...

Buku ABE aku ntah hilang ke mana...camner nak cari buku ABE ha? ada sapa sapa bole bantu??

Jonjenin said...

buku ABE tu memang susah nak jumpa dah...so, sapa2 yang bleh bantu encik gandum silakan la..orait!