CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 16, 2007

Rentetan perjalanan seni Ujang...


telemovie 'POYO'- penuh lawak mengeletek jiwa.















Awal pembabitan Ujang dalam dunia kartun.
Sekitar tahun 80 an, Ibrahim Anon, yang berasal dari kg. Juasseh, Kuala Pilah telah datang ke Kuala Lumpur. Bermodalkan lukisan kartunnya setebal 24 muka surat yang bertajuk ‘ Hikayat Ujang Senang’. Dia bertemu dengan Jaafar Taib di Pejabat Creative Enterprise. Jaafar Taib memberinya nama pena ‘Ujang’ kepadanya berdasarkan gelaran bagi budak lelaki mengikut loghat nogori. Bermula di situ En. Jaafar Taib telah melatih Ujang membuat kartun-kartun satu petak dahulu dan pertama kali telah disiarkan dalam Majalah Gila-Gila pada bilangan 130, keluaran 1 Feb. 1984.
Bermula pada itu, dia menggunakan nama samaran ‘Ujang’ dalam majalah Gila-Gila, walaupun mulanya dia lebih gemarkan nama ‘Ayem’ iaitu singkatan pada nama sebenarnya ‘Ibrahim’.
Lukisan kartun ‘Hikayat Ujang senang’ telah disimpan untuk diperbaiki semula dan pada tahun 1985 ia telah disiarkan. Semenjak itu nama Ujang telah menambat hati peminat-peminat Gila-Gila, terutama anak-anak muda.

Bersama Majalah Gila-Gila (1983-1993).
Ujang telah berkarya bersama majalah Gila-Gila hampir 10 tahun (1984-1993). Dia banyak menghasilkan karya-karya yang unik semasa bersama majalah Gila-Gila. Sekaligus dia merupakan kartunis paling popular pada masa itu.
Di antara karya ciptaan beliau yang sangat popular ialah Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Aca, Intelligent Blues Club (IBC), Usop Sontorian. Selain itu juga dia turut menulis novel iaitu Jibam, Cinta Terakhir, Fiona.


Menubuhkan Majalah UJANG (1994-1997).
Pada tahun 1994, Ujang meletak jawatan sebagai ketua kartunis di Majalah Gila-Gila. kemudian Ujang menghasilkan Majalah Lawak Antarabangsa UJANG dibawah penerbitan Kharisma Publication. Majalah ini telah mencungkil banyak bakat-bakat baru seperti Aie, Gayour, Nik, Bawang, Duku, Petai, Lengkuas, Ciku, Sukun dan ramai lagi.
Majalah ini menggunakan maskot karektor ‘Din Beramboi ‘ yang sebelum ini pernah beliau popularkan di majalah gila-gila. Din Beramboi menjadi maskot majalah UJANG sekaligus mencetuskan idea lawak yang paling gila di abad ini. Selama bersama majalah UJANG ini, dia banyak menghasilkan karya-karya terbarunya seperti koleksi DIN BERAMBOI, kaset DIN BERAMBOI, Animasi Usop Sontorian. Setelah terbit hampir 4 tahun, Majalah UJANG telah menjadi majalah lawak No. 1 di Malaysia.
Din Beramboi ialah satu karektor yang diilhamkan oleh Ujang pada tahun 1987 iaitu berdasarkan kaset rakaman temubual bersama orang gila yang mengelarkan dirinya ‘Pakcik Din Beramboi’. Buat pertama kalinya dia mendengar kaset interview itu ketika menuntut di USM Pulau Pinang.
Dari situ, muncul ideanya untuk menwujudkan karektor ini. Sehinggalah ia telah dipopularkan dalam majalah UJANG mulai Edisi pertama lagi iaitu pada tahun 1994.

Perebutan hakcipta karektor DIN BERAMBOI
Namun begitu, ketika karektor ini mencapai kemuncak popularitinya. Muncul pihak yang mengaku bahawa karektor ini adalah karya asal dan hakciptanya. Keadaan ini telah menyebabkan kes ini berlarutan sehingga terpaksa dibawa ke mahkamah. Dan kes ini memihak kepada pihak itu kerana ujang tidak mendaftarkan karektor tersebut sebagai hakciptanya. Ini bermakna Ujang terpaksa melupakan karektor itu buat selamanya.
Ujang seakan-akan redha. Dia mula mengubah konsep majalahnya dan pembawaan watak Din Beramboi pula diubah kepada Pakcik Din. Dimana ia cuba membawa konsep majalah yang dulunya begitu padat dengan lawak –lawak terlampau kepada satu bentuk yang lebih bermoral dan lebih Islamik.

Ujang Berpisah dengan Kharisma Publication
Pada tahun penghujung 1997, Ujang meletak jawatan sebagai Pengarah Penerbitan Majalah UJANG, sekaligus keluar daripada Syarikat Kharisma Publication. Secara tidak langsung juga penerbitan Majalah UJANG telah terhenti.
Ujang kemudian menubuhkan Syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Dan menerbitkan Majalah Varia Lawak sebagai saluran lawak anda. Bersama Varia lawak Ujang cuba menekankan kepada aspek Islamik. Ujang menukar Karektor Din Beramboi kepada Pakcik Din. Dimana karektor pakcik Din ini lebih kepada sifat orang tua yang mendidik. Segala sifat riak, bangga, gila-gila dibuang daripada karektor Pakcik Din.

-buletin Lubuk, Majalah untuk kaki pancing.


-lakaran cover gila-gila hasil sentuhan ujang.










‘Varia Lawak’ Jadi ‘Lanun’(1998-2000)
Namun begitu, disaat majalah Varia Lawak baru bermula merangkak. Ujang sekali lagi terpaksa menukar nama majalah ini kepada Majalah Lanun. Keadaan Ini kerana Majalah UJANG yang dulunya telah berkubur cuba dihidupkan kembali oleh Syarikat Kharisma Publication. Dan Majalah UJANG kembali ke pasaran dibawah Penerbitan MOY Publication yang dulunya di kenali Kharisma Publication. Ini bermakna segala watak, karektor dan apa-apa yang berkaitan dengan Majalah UJANG dahulu tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana pihak kerana segala hakciptanya adalah dibawah label MOY @ Kharisma Publication.
Sekali lagi Ujang terpaksa melupakan nama UJANG, DIN BERAMBOI, PAKCIK DIN, USOP SONTORIAN dan segala karyanya yang terdahulu semasa dibawah Kharisma Publication. Ini bermakna segala usahanya selama ini akan lenyap dan berpindah milik kepada orang lain. Keadaan ini telah menambah tekanan kepadanya.
Namun begitu beliau tetap meneruskan perjuangannya. Di bawah penerbitan Majalah Lanun, Ujang cuba mencipta sejarah baru. Maka muncul koleksi Kartini, Animasi Kartini, dan terbitnya Majalah kaki pancing iaitu Buletin Lubuk di pasaran. Namun begitu di penghujung tahun 2000, negara telah mengalami masalah ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan penerbitan majalah Lanun terhenti dan semua staffnya membawa haluan masing-masing. Dan kartunis Ujang turut hilang entah kemana...kehilangannya menimbulkan banyak persoalan kepada peminat-peminat ujang. Pelbagai pihak cuba mengesan ujang. Namun semuanya menemui jalan buntu bila ujang tidak dapat dikesan.


Comeback ujang ke Arena kartun dengan Majalah UJANG BUDAK MINANG!
Pada tahun 2002, ujang kembali semula ke arena kartun. Kehadirannya di sambut baik oleh semua peminat-peminatnya yang masih merindui karya-karya beliau. Kali pertama muncul ujang tampil dengan majalah Ujang Budak Minang. Di sini ujang cuba menjelaskan kepada masyarakat tentang misteri kehilangannya daripada arena kartun. Ujang budak minang merupakan satu konsep majalah yang cuba memenuhi kehendak semua tahap pembaca iaitu dari kanak-kanak hingga ke pada peringkat dewasa. Majalah UJANG BUDAK MINANG ini lebih menggunakan cara-cara psikologi, ilmu jiwa dan spiritual. Namun entah kenapa majalah Ujang Budak Minang hanya sempat menemui pembaca satu keluaran sahaja.

Majalah Malim Pelita.
Pada julai 2002, muncul pula MAJALAH MALIM PELITA di bawah penerbitan Arena 2000 Sdn. Bhd dengan kerjasama Triple Vision Enterprise. MALIM PELITA ini seakan-akan merupakan satu kesinambungan kepada Majalah UJANG BUDAK MINANG. Ramai kartunis yang turut sama bergandingan dengan ujang bersama majalah MALIM PELITA, antaranya ialah kartunis aie, boy pj, padi, bendi, aedes,eicak, dzun nun,jakall, a’an, soya, lanzent,cron, azam de crow dan kumpulan lalaq. Dibawah penerbitan Arena 2000, muncul juga majalah kartun lain seperti Lalaq, Desparedo, Aku dan Sesuatu, tnt, Buletin lubuk, Urban comic.
Setelah menemui peminat dalam beberapa keluaran majalah MALIM PELITA tiba-tiba diberhentikan penerbitannya.

Ujang berlakon TELEMOVIE ‘POYO’.
Ujang boleh dikatakan kartunis berbakat besar dalam semua lapangan seni. Ujang yang sebelum ini pernah muncul dalam filem ‘Yes Tuan’ dan sitcom camni camtu. Kini kembali dengan berlakon dalam telemovie ‘POYO’. Telemovie ini menampilkan juga beberapa kartunis lain seperti boy pj, a’an, taugeh, soya, cik li, kunyit, dan beberapa kartunis lain. Telemovie ini mengisahkan gelagat beberapa kartunis di bawah satu syarikat penerbitan. Telemovie ini diterbitkan oleh Gala Jitu picture.

Ujang join Majalah g3 (terbitan Karangkraf).
Namun begitu kerinduan ujang untuk berkartun terus membuak-buak. Kali ini ujang tampil sebagai kartunis tamu di majalah g3. majalah g3 merupakan majalah humor terbitan karangkraf sdn. Bhd. Majalah g3 dikelolakan oleh kartunis gayour dan beberapa kartunis lain seperti padi, kobis bunga, cactus dan beberapa kartunis lain yang sebelum ini pernah tampil bersama Majalah Ujang. Karya ujang mula menemui peminatnya pada keluaran g3 bermula isu 11 dengan kartun buletin lubuk. Setelah muncul untuk beberapa keluaran dalam majalah g3 kartunis ujang kembali ke Creative Enterprise.

Kembali bersama Gila-Gila.
Setelah sekian lama mengembara dan mengutip banyak pengalaman, ujang kembali ke pangkuan Majalah Gila-Gila. Kemunculan ujang dalam majalah Gila-Gila seakan-akan memberi nafas baru kepada Majalah itu. Kehadiran ujang ini turut memberi ruang kepada peminat-peminatnya untuk terus menatap karya-karya ujang. Ujang terus melakar sejarahnya yang tersendiri.


Nota ketiak: Jika terdapat sebarang kesalahan fakta diharap Bro. Ujang dapat membuat pembetulan. ‘Yang buruk datang daripada saya dan yang baik itu daripada ALLAH S.W.T.’

23 comments:

Middlesbrough FC Singapore Suppoters Club said...

Ni baru kata Peminat Mati Keras sifu UJANG....

Tahniah....nanti ko jumpa Ujang dia belanja ko telur setengah masak 2 bijik...

Kalamtimur said...

tabik Jon..nanti jumpa Ujang, kem salam sama dia.

Anonymous said...

Kalau kau jumpa Ujang...

suruh dia simpan aku roti canai 2 keping...nanti aku singgah Kay Ell aku claim kat dia...

Jonjenin said...

Insyallah... jika ada kesempatan dan ruang akan saya sampaikan salam kalian semua, tak pun jika sifu ujang sendiri melawat blog ini dia akan terima mesej kalian.. Apapun sama2lah kita bangkitkan semula komik tempatan...

Kalamtimur said...

byknya karya Ujang yg saya miss dan missing in action.. kalau ada mag Ujang yang pertama, cover warna biru dalam tu banyak sketch/konsep kartun Ujang... tolong upload kan Johan..ya?

Jonjenin said...

maksud saudara magazine 'Ujang budak Minang' tu...nak upload tu bleh tapi kena tanya sifu ujang dulu la..ok..insyallah kalau takde apa2 saya akan cuba uploadkan.

Kalamtimur said...

maksud saya majalah UJANG isu pertama...ia terbit dalam tahun yang sama dengan Pedang Setiawan No 1. Saya masih ingat beli kat pasar malam sama dengan PS.. tapi dah ilang/kena bakar oleh si adik saya semasa kemas-kemas rumah..

animaTOT said...

majalah Ujang no 1 ke?
nak upload merbahaya la encik kalam. takut wan "mat saman" saman nanti.

aMeir said...

Takyah susah-susah. Meh aku potostet. RM50 hinggit. Tak caya, tanya jonjenin ngan animatot. Keh keh keh.

Jonjenin said...

En. kalam :kalau majalah UJANG edisi pertama tu susah skit la saya nak upload..bak kata animatot tadi la.
tapi kalau nak bua koleksi sendiri,kawan kita Amir hamzah bleh tolong..bleh terus berhubung dengan beliau la nanti.

Animatot : thanks la kerna sudi melawat blog aku yang ntahapahapantah ni..hihihii

Amir : hihihi...Amir bila bleh mengeteh lagi...?

Ben said...

helo johan,
saya sedang membuat kajian mengenai sastera rakyat dari google, tiba2 tersenarai list blog johan. So saya masuk dan baca(sudah tentu)..Ada satu gambar seorang perempuan bertudung bergambar dan diapit gayour dan ujang..(sangat familiar!!) kerana saya yang ambik gambar itu...!! Saya juga ada gambar bersama Ujang dan Gayour ketika mereka datang utk promosi album di UUM, kalau tak salah saya masa tu PESTA KONVOKESYEN UUM...erm yg ke brp dah tak ingat...tapi yang pasti semasa acara itu, saya menjadi MC...hujung minggu nanti saya akan carik semula autograph Ujang dan Gayour dalam album gambar saya...
Saya membesar dengan celoteh mereka...dan sentiasa sokong mereka dalam bentuk apa jua!! Saya juga masih ada Novel JIBAM(kali ketiga beli) dan sebuah novel terbaekk yang pernah saya saya baca selain ABDUL RAHIM AWANG dan ABU TALIB HASSAN...

Kalamtimur said...

pakcik kalam faham akan perkara itu.. selepas pakcik respons kat sini..baru terpikio

takpa, terima kasihlah animatot, johan dan amirhamzah...biarlah dia menjadi sejarah

Jonjenin said...

benmaya: thanks sebab tersesat ke blog saya ni. erm iya ker? gambar tu memang kat UUM masa diorang buat promosi. tahun tu saya lupa plak sebab gambar tu pun ada dalam satu news. apapun terima kasih menyokong sifu ujang dan dunia kartun kita. terima kasih...

En.kalam: hihihii..tau takpa...Yup! kita bina sejarah baru yang lebih best...wokeh!!!

semuutie said...

amir hamzah,Ujang yg promosi kau ada copy tak....alah yg keluar sebelum Ujang No.1,yg ada mangkuk jadikan isu ari tuh...yang cover putih tuh......kalau ada kontek aku kat khalidnizam@yahoo.com.....setakat 50 hengget tuh aku tak kesah....aku nak simpan jadi harta pusaka.........tolong yek......
Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Jonjenin said...

thanks kerna meenyudikan diri melawat blog ini.inilah salah satu tanda rasa cinta saya pada kartun tanahair...
nak senang ko lawat blog Amir tu semuutie. ikut alamat kat tajuk 'aktifkan kluangman'tu.

Hafizbar said...

aku cilok entry ni, nak masuk dalam facebook. aku buat page khas utk brader ujang hehe (tapi blum publish lagi)

Hafizbar said...

marilah kita become a fan of tok ketua hehehe. klik kat link ni

http://www.facebook.com/home.php#/pages/Ujang/34163753062

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

saya seorang pelajar dan sedang membuat kajian mengenai cerita animasi usop sontorian...saya dah cuba mencari contact nombor kru2 animasi nie untuk mendapat kan maklumat tentang cerita animasi usop sontorian....boleh x saya dpt kan contact nombr kru2 yang yg trlibat d dlm pembikinan cerita animasi nie????please.....:)

shahura molak said...

Ujang is the best..just wanna know di mana kartunis Kunyit skrg?

shahura molak said...

good job Ujang..dr dulu u r the best!!

shahura molak said...

good job Ujang..u r the best!!!

rilex je.... said...

ujang..satu lagenda saya begitu kagum dengan dia ni..x mengalah dan terus berkarya walau di pijak sebegitu rupa masa dahulu...klau dia masih berkarya dalam majalah ujang dahulu dampai sekarang..x mustahil majalah itu masih wujud dan popular sampai sekarang..selepas ujang keluar dulu...terus saya x follow sangat majalah ujang ..sebab feel dia rasa x ada selepas ujang..dan semakin tahun semakin suram dan akhirnya berkubur...betul cakapa orang karma itu ada..tapi alhamdulillah tuhan itu maha adil...bro ujang kembali bernafas berkarya dalam majalah seniornya iaitu gila2 dan berkarya sampai sekarang..dan sekarang tiap2 bulan saya akan x miss pun beli majalah gila2 kerana ada nama ujang di dalamnya kerana saya tahu bro ujang ada magis sendiri pada setiap majalah yg diterbitkannya