CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 11, 2007

ANIMASI LEGENDA SASTERA RAKYAT.


Sastera rakyat merangkumi cerita legenda yang mengisahkan sejarah dan budaya sesuatu tempat, selain tokoh zaman silam.
Animasi legenda sastera rakyat ini diterbitkan adalah sebagai satu usaha memperkasakan jiwa generasi muda terutama kanak-kanak sekolah dan remaja, seterusnya menghargai budaya dan asal usul bangsa Malaysia. Ianya mula ditayangkan di RTM 1 menerusi rancangan Seri Budi Emas, setiap selasa, jam 7 malam. Siri animasi ini memuatkan lapan cerita mengenai legenda srikandi melayu zaman dulu kala. Watak dalam siri ini menggunakan suara pelakon teater terkenal tanahair seperti Mubarak Majid, Khir Rahman,Sobri Anuar dan ramai lagi.
Semoga dengan usaha seperti ini generasi muda kita mula mengenal jati diri mereka dan diharapkan animasi Negara kita akan terus meningkat serta mendapat sokongan penuh dari kerajaan dan badan-badan tertentu.

0 comments: