Firman Allah yang bermaksud : “ Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan bertukar pendapat dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat daripada Jalan Nya dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin.” (Surah an-Nahl, ayat 125)
Kartun merupakan medium yang lebih berkesan untuk mengetengahkan pelbagai isu termasuk ilmu agama kepada Masyarakat. Ini kerana kartun secara umumnya menyampaikan sesuatu idea secara santai, menyindir secara halus. Malah, lukisan kartun pula dihasilkan dengan konsep lucu menyebabkan ia boleh diterima kebanyakkan masyarakat. Dakwah menerusi kartun pernah dipelopori beberapa majalah di Negara ini seketika dulu, antaranya majalah OK! dan majalah LANUN yang dikelolakan oleh kartunis Ujang tapi akhirnya majalah itu ‘terkubur’. Menurut kartunis Ujang ( Majalah Massa, 19 April 1997), “ Banyak sebab mengapa saya terapkan unsur-unsur Islamik dalam komik antaranya kebanyakkan majalah yang ada di pasaran sudah ‘melampau’ dan tidak bertanggungjawab lagi. Sukar untuk ditemui majalah ringan (hiburan) yang ada pengisian, mendidik masyarakat dan memberi pengetahuan ilmiah kepada pembaca.”
Menurut Pengarah seni di Galeri Ilmu sdn bhd. Badrul Hisham Mohamed Shari pula, “Kartunis yang ingin menghasilkan kartun sebagai bahan dakwah perlu juga melengkapkan diri dengan ilmu dakwah. Antaranya memahami ajaran Islam, bijak mengenal pasti sasaran dan menyampaikan bahan secara berhkmah.”
Ramai kartunis yang mahu berdakwah menerusi kartun tetapi tidak ada saluran untuk berbuat demikian.
0 comments:
Post a Comment