CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 29, 2007

CABARAN KARTUNIS WANITA.


*kartunis Cabai.


*Kartunis Rosmah Hanim


*Kartunis LeenMafia


*Kartunis Mona


*Kartunis Sarah








Kartunis humor wanita yang sensasi, Cabai atau nama sebenarnya Sabariah Jais, bukan calang-calang kartunis humor.Beliau mula berkarya pada tahun 1988 sehingga hari ini, ibu kepada tiga orang anak ini telah menempuh pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya kartunis humor. Kartunis Cabai telah melakar sejarah menjadi kartunis humor wanita pertama di negara ini dan mempunyai karektor kartun yang tersendiri dan watak-watak kartun humornya dikenali oleh peminat. karya popular beliau yang turut dijadikan telemovie ialah 'Tiga Dara Pingitan'. Kini selepas hampir 30 tahun, perjuangan majalah humor seperti ini di pasaran kian tenggelam. Begitu juga dengan pelukis-pelukis kartun wanita.

Tidak ramai pelukis kartun wanita yang berani menongkah arus berjuang bersama-sama majalah humor sedangkan yang sedia ada sudah pun berusia.

Berbalik kepada kerjaya sebagai kartunis humor wanita yang dikatakan semakin kurang dipelopori oleh para remaja wanita hari ini, kartunis Cabai berkata, faktor utama yang menyebabkan bidang ini kurang diminati ialah bidang ini tidak pernah ditonjolkan sebagai satu kerjaya yang menarik.``Mereka melihat kerjaya ini bukan sebagai bidang untuk mencari sumber rezeki, sedangkan ramai di kalangan kartunis humor di luar negara yang dapat pendapatan lebih hanya sebagai kartunis humor,'' katanya.

Manakala Rosmah Hanim pula berpendapat, kekurangan kartunis wanita mungkin diakibatkan pekerjaan ini dimonopoli oleh golongan lelaki. Keadaan berkurangnya kartunis wanita juga mungkin akibat dipengaruhi oleh keadaan senario majalah humor di negara ini dan mereka mungkin beralih kerjaya ke bidang yang lebih bagus dari segi pendapatan.``Untuk menjadi kartunis perlu ada bakat dan minat. Setakat ini kita tidak ada pendatang baru dalam dunia kartunis humor. Kartunis wanita memang sedikit pada masa dahulu dan sekarang makin hilang.
``Sebenarnya saya bimbang dengan ketiadaan kartunis humor wanita atau pelapis mereka. Kartunis lelaki sebenarnya ramai, malah mereka bekerja secara `part time','' katanya.

kartunis Ida atau nama sebenarnya Norhasida Che Basa @ Othman, berkata, untuk menjadi seorang kartunis humor wanita, mesti mempunyai minat dan azam yang kuat.
Untuk mendapatkan idea lakaran dan cerita, selalunya kartunis akan membayangkan dahulu bentuk dan jalan cerita, memandangkan bukan mudah untuk membuat orang ketawa.
``Adakalanya saya akan ketawa atau tersenyum sendirian sebelum menghasilkan lakaran,'' katanya yang menjadikan Cabai sebagai idola kartunis beliau.
Ibu kepada tiga orang anak ini juga berkata, ramai yang beranggapan seorang kartunis sentiasa hidup dalam happy go-lucky dan seorang yang kelakar.Tapi pada hakikatnya seorang kartunis ialah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap dan suka menyendiri.

Sementara itu, Mona Ibrahim, yang terkenal dengan watak Monalisa berminat dengan lukisan kartun sejak dari kecil. Memasuki Creative Enterprise pada tahun 1998, bercita-cita untuk membuka galeri kartunis wanita pada masa akan datang.
``Saya berhasrat untuk mewujudkan sebuah galeri kartunis untuk wanita yang bertujuan untuk meningkat dan menaikkan taraf kartunis wanita di samping menonjolkan golongan ini.
``Selain itu saya mahu kerjaya ini dijadikan sebagai bidang yang sesuai dan menarik untuk wanita agar lebih ramai golongan wanita yang menjadi kartunis humor,'' katanya.
Kebanyakan idea untuk berkarya beliau peroleh daripada pengamatan semasa dan pergaulan seharian.
Beliau mengakui, biarpun penglibatan kartunis wanita semakin malap , sekiranya kerjaya ini ditonjolkan dengan baik, ia pasti menjadi satu tarikan kepada golongan remaja yang meminati hasil seni.

(Sumber: Akhbar Utusan.)

LUKISAN KARIKATUR MAKIN DAPAT SAMBUTAN.










http://www.cariambo.com/


*Kartunis Don yang pernah popular dengan kartun 'Dan Din Don' dalam majalah gila-gila.


Kartunis dan lukisan karikatur sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi. Jika kita berada dimana-mana promosi yang melibatkan kartunis, kita akan dapat melihat kartunis melakukan aksi melukis karikatur. Sambutan orang ramai juga amat memberangsangkan dan mereka seronok dan teruja pabila wajah mereka di karikaturkan. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan masa dan kos menghasilkan karikatur jauh lebih cepat dan murah berbanding lukisan portrait.

Sebenarnya lukisan Karikatur mampu memberi sumber pendapatan kepada para pelukis dan secara tidak langsung ianya mampu membuka peluang peniagaan yang menguntungkan. Maka tidak hairanlah jika kita melihat begitu ramai kartunis yang melukis karikatur di kompleks membeli belah, pusat peranginan, dan tempat-tempat tumpuan orang ramai. Selain ianya dilihat memberi peluang pendapatan kepada mereka, sekurang-kurangnya mereka juga dapat mendekatkan masyarakat dengan kartun itu sendiri.

Saturday, August 25, 2007

Pahlawan Ku.








PERTARUNGAN PAHLAWAN MELAYU.


PUTERI GUNUNG LEDANG.






Baru-baru ni aku berkesempatan menjengguk kedua orang tua di kampung. Banyak perubahan yang berlaku dalam Feldaku. (nampak sangat aku jarang balik..hihii). Sepanjang di sana aku sempat mendapatkan sedikit buah tangan daripada Ayah aku. walaupun sudah lama beliau tidak melukis, tapi kerinduaan itu tetap ada.Kini beliau lebih gemar melukis mural untuk sekolah-sekolah di Feldaku.
Sebagai menghargai bakat beliau, maka aku tampilkan lakaran-lakaran ini hasil sentuhan Ayah aku sendiri.

TEMBAKAU dan 'KARTINI'.














Siapakah gerangan yang menghasilkan idea kartun diatas...? siapa lagi kalau bukan kartunis terkenal Azhar Ahmad (Tembakau). Beliau lahir di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Ogos 1972. Anak Perak ini memulakan profesion sebagai storyboard bagi animasi bersiri pertama di Malaysia- Usop Sontorian terbitan Kharisma pictures. Beliau yang terkenal dengan kartun lerai love story iaitu berkisar mengenai kisah couple Yon dan Kartini. Sejak itu, secara tidak langsung ‘Kartini’ telah melonjakkan nama Tembakau. Beliau kemudianya telah menghasilkan Koleksi pertamanya iaitu ‘Kartini’ terbitan Multi Triple Vision Sdn Bhd. Iaitu penerbit Majalah Lanun. ‘Kartini’ mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun tanahair. Maka dengan itu terbitlah pula animasi ’Kartini’ iaitu adaptasi daripada koleksi ‘kartini’ karya Tembakau.
Setelah sekian lama menyepi …Kartunis Tembakau tiba-tiba muncul dengan komik ‘Kartini Kembali’ terbitan PTS Milennia Sdn Bhd yang merupakan kesinambungan daripada koleksi pertamanya dulu. Adakah kisah ini telah berkesudahan….? Tiada siapa dapat menjangkakannya….berdasarkan pengamatan saya dalam karya kartini ini, pasti ada sambunganya lagi, sebab 'Kartini' seolah-olah tiada mempunyai noktah…jawapannya ada pada kartunis Tembakau sendiri.

Monday, August 20, 2007

KARYAWAN NEGARA





Pelukis ilustrasi dan kartunis tidak asing lagi, Zainal Buang Hussein, yang juga merupakan bekas Presiden Persekutuan Kartun Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pekartun) merupakan seorang pengkarya yang kreatif. walaupun dalam kesibukan melukis, beliau sempat menghasilkan 10 buah novel dan tiga koleksi buku kartun setelah melibatkan diri dalam penulisan sejak 1988.
Menurutnya, dia minat membaca novel sejak di sekolah menengah kerana sudah mengenali novel karya beberapa penulis seperti Yahya Samah dan Rejab F.I.
Beliau mula menulis novel setelah bekerja sebagai pelukis di Syarikat Creative Enterprise pada 1975 hingga 1996. Sepanjang tempoh itu saya menghasilkan 10 novel. Setiap novel yang beliau hasilkan belaiu sendiri yang akan melukis kulit depannya. beliau berpendapat dengan cara itu ianya akan memberikan satu kepuasan kepada diri beliau sebagai pelukis dan penulis. Walaupun Zainal Buang Hussein menulis novel, tetapi dia lebih dikenali khalayak sebagai pelukis kartun kerana bakat beliau sendiri yang sememangnya melukis kartun,"
Di antara novel tulisan Zainal Buang ialah Debu-Debu Di Kaca (1993), Di Ulit Mimpi, Serakah (1994), Gelombang (1995), Sugar Dady (1995), Kasanova (1996), Cinta Di Perumputan (1997), Kumal (1997), Kekasih Abadi (1997) dan Meniti Gelombang (2006).Selain novel, buku kartun lukisan beliau ialah Koleksi (1997), Nostalgia (1998) dan Seleksi (1999). Dia juga pernah membuat ilustrasi bagi ruangan cerpen, kulit buku dan majalah terbitan Kumpulan Utusan.
Sejak beliau berhenti dari Creative , beliau lebih gemar menulis dan melukis. Hasrat beliau adalah untuk mengadakan pameran lukisan.
*(Sumber: Akhbar Utusan)
Suatu ketika dulu watak kartun seperti wak punk, koleksi kutu begitu digemari oleh ramai peminat kartun tanahair. Pak Jenal atau Hj. Zainal Buang Hussein begitu terkenal dengan style lukisan kartun yang bercirikan karikatur ini merupakan pelukis kartun yang begitu besar juga sumbangannya terhadap dunia kartun kita. Beliau akan muncul dengan koleksi karya terkini yang bertajuk 'Gundah'. nantikan kemunculannya dan pastikan ianya menjadi pelengkap koleksi anda.

KEMBALINYA SEORANG LAGENDA KARTUNIS TANAHAIR- UJANG.




karya terbaru UJANG!




























karya ujang dalam majalah g3.



ATUK- karya ujang yang Top bersama majalah Gila-Gila.

Bagi peminat kartunis ujang aku bawakan karya-karya terbaru sentuhan Ujang sebagai mengubat kerinduan korang pada karya-karya beliau.

Sunday, August 19, 2007

AKTIFKAN KELUANG MAN!


Animasi 'Keluangman' merupakan animasi yang pernah disiarkan di televisyen suatu ketika dulu. Watak superhero yang ini amat kelakar dengan jalan ceritanya yang bersahaja berjaya menarik minat bukan sahaja golongan kanak-kanak. Selain diterbitkan dalam bentuk animasi, majalah keluang man juga pernah terbit dipasaran. Bagi yang amat meminati superhero Malaysia iaitu 'Keluangman' anda boleh mengetahui cerita lanjut mengenai animasi ini di blog : www.ameirhamzahhashim.blogspot.com
Animasi 'Keluangman' merupakan animasi yang boleh dikembangkan lagi dan bakal menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Diharapkan ada pihak yang mampu mengaktifkan kembali animasi ini agar ianya tidak terus berkubur begitu sahaja.

Friday, August 17, 2007

KARTUN DAN KOMIK KITA WAJAH SIAPA?


Komik merupakan satu bahan bacaan yang menarik minat remaja dan kanak-kanak. Sejak akhir-akhir ini kebanjiran komik dari luar semakin mengila di pasaran . Ianya seakan-akan seperti tiada sekatan atau penapisan daripada pihak sepatutnya? Jika tiada apa-apa tindakan atau sekatan daripada pihak berkenaaan dalam masa terdekat ini, sudah tentu ianya mampu melumpuhkan penerbitan produk komik tempatan. Perkara ini sepatutnya mendapat perhatian serius dari semua pihak. Kita menyedari dewasa ini pelbagai karya seni luar sewenang-wenangnya menembusi pasaran Negara kita. Malahan sanjungan masyarakat kita terhadap produk luar ini begitu luar biasa. Adakah kita sekarang ini telah dijajah menerusi cara yang paling halus tanpa kita sedari. Jika lambakan produk-produk komik luar melebihi produk komik tempatan sudah tentulah produk komik luar ini akan memonopoli pasaran (tiada keseimbangan). Karyawan kita pula kelihatan begitu asyik menghasilkan produk komik yang boleh dikatakan 100% menyerupai gaya produk komik luar kerana ianya dikatakan lebih menarik minat pasaran. Tanpa kita sedari keadaan ini memperlihatkan bahawa kita sedang membunuh industri komik kita sendiri. Sekaligus kita sudah tidak ada apa yang boleh dibanggakan lagi. Mungkin di masa akan datang peminat komik kita sendiri sudah tidak dapat membezakan identiti komik tempatan. Di saat itu nanti kita akan melihat penjajahan yang paling dahsyat akan meracun minda generasi akan datang.

Thursday, August 16, 2007

Rentetan perjalanan seni Ujang...


telemovie 'POYO'- penuh lawak mengeletek jiwa.















Awal pembabitan Ujang dalam dunia kartun.
Sekitar tahun 80 an, Ibrahim Anon, yang berasal dari kg. Juasseh, Kuala Pilah telah datang ke Kuala Lumpur. Bermodalkan lukisan kartunnya setebal 24 muka surat yang bertajuk ‘ Hikayat Ujang Senang’. Dia bertemu dengan Jaafar Taib di Pejabat Creative Enterprise. Jaafar Taib memberinya nama pena ‘Ujang’ kepadanya berdasarkan gelaran bagi budak lelaki mengikut loghat nogori. Bermula di situ En. Jaafar Taib telah melatih Ujang membuat kartun-kartun satu petak dahulu dan pertama kali telah disiarkan dalam Majalah Gila-Gila pada bilangan 130, keluaran 1 Feb. 1984.
Bermula pada itu, dia menggunakan nama samaran ‘Ujang’ dalam majalah Gila-Gila, walaupun mulanya dia lebih gemarkan nama ‘Ayem’ iaitu singkatan pada nama sebenarnya ‘Ibrahim’.
Lukisan kartun ‘Hikayat Ujang senang’ telah disimpan untuk diperbaiki semula dan pada tahun 1985 ia telah disiarkan. Semenjak itu nama Ujang telah menambat hati peminat-peminat Gila-Gila, terutama anak-anak muda.

Bersama Majalah Gila-Gila (1983-1993).
Ujang telah berkarya bersama majalah Gila-Gila hampir 10 tahun (1984-1993). Dia banyak menghasilkan karya-karya yang unik semasa bersama majalah Gila-Gila. Sekaligus dia merupakan kartunis paling popular pada masa itu.
Di antara karya ciptaan beliau yang sangat popular ialah Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Aca, Intelligent Blues Club (IBC), Usop Sontorian. Selain itu juga dia turut menulis novel iaitu Jibam, Cinta Terakhir, Fiona.


Menubuhkan Majalah UJANG (1994-1997).
Pada tahun 1994, Ujang meletak jawatan sebagai ketua kartunis di Majalah Gila-Gila. kemudian Ujang menghasilkan Majalah Lawak Antarabangsa UJANG dibawah penerbitan Kharisma Publication. Majalah ini telah mencungkil banyak bakat-bakat baru seperti Aie, Gayour, Nik, Bawang, Duku, Petai, Lengkuas, Ciku, Sukun dan ramai lagi.
Majalah ini menggunakan maskot karektor ‘Din Beramboi ‘ yang sebelum ini pernah beliau popularkan di majalah gila-gila. Din Beramboi menjadi maskot majalah UJANG sekaligus mencetuskan idea lawak yang paling gila di abad ini. Selama bersama majalah UJANG ini, dia banyak menghasilkan karya-karya terbarunya seperti koleksi DIN BERAMBOI, kaset DIN BERAMBOI, Animasi Usop Sontorian. Setelah terbit hampir 4 tahun, Majalah UJANG telah menjadi majalah lawak No. 1 di Malaysia.
Din Beramboi ialah satu karektor yang diilhamkan oleh Ujang pada tahun 1987 iaitu berdasarkan kaset rakaman temubual bersama orang gila yang mengelarkan dirinya ‘Pakcik Din Beramboi’. Buat pertama kalinya dia mendengar kaset interview itu ketika menuntut di USM Pulau Pinang.
Dari situ, muncul ideanya untuk menwujudkan karektor ini. Sehinggalah ia telah dipopularkan dalam majalah UJANG mulai Edisi pertama lagi iaitu pada tahun 1994.

Perebutan hakcipta karektor DIN BERAMBOI
Namun begitu, ketika karektor ini mencapai kemuncak popularitinya. Muncul pihak yang mengaku bahawa karektor ini adalah karya asal dan hakciptanya. Keadaan ini telah menyebabkan kes ini berlarutan sehingga terpaksa dibawa ke mahkamah. Dan kes ini memihak kepada pihak itu kerana ujang tidak mendaftarkan karektor tersebut sebagai hakciptanya. Ini bermakna Ujang terpaksa melupakan karektor itu buat selamanya.
Ujang seakan-akan redha. Dia mula mengubah konsep majalahnya dan pembawaan watak Din Beramboi pula diubah kepada Pakcik Din. Dimana ia cuba membawa konsep majalah yang dulunya begitu padat dengan lawak –lawak terlampau kepada satu bentuk yang lebih bermoral dan lebih Islamik.

Ujang Berpisah dengan Kharisma Publication
Pada tahun penghujung 1997, Ujang meletak jawatan sebagai Pengarah Penerbitan Majalah UJANG, sekaligus keluar daripada Syarikat Kharisma Publication. Secara tidak langsung juga penerbitan Majalah UJANG telah terhenti.
Ujang kemudian menubuhkan Syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Dan menerbitkan Majalah Varia Lawak sebagai saluran lawak anda. Bersama Varia lawak Ujang cuba menekankan kepada aspek Islamik. Ujang menukar Karektor Din Beramboi kepada Pakcik Din. Dimana karektor pakcik Din ini lebih kepada sifat orang tua yang mendidik. Segala sifat riak, bangga, gila-gila dibuang daripada karektor Pakcik Din.

-buletin Lubuk, Majalah untuk kaki pancing.


-lakaran cover gila-gila hasil sentuhan ujang.










‘Varia Lawak’ Jadi ‘Lanun’(1998-2000)
Namun begitu, disaat majalah Varia Lawak baru bermula merangkak. Ujang sekali lagi terpaksa menukar nama majalah ini kepada Majalah Lanun. Keadaan Ini kerana Majalah UJANG yang dulunya telah berkubur cuba dihidupkan kembali oleh Syarikat Kharisma Publication. Dan Majalah UJANG kembali ke pasaran dibawah Penerbitan MOY Publication yang dulunya di kenali Kharisma Publication. Ini bermakna segala watak, karektor dan apa-apa yang berkaitan dengan Majalah UJANG dahulu tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana pihak kerana segala hakciptanya adalah dibawah label MOY @ Kharisma Publication.
Sekali lagi Ujang terpaksa melupakan nama UJANG, DIN BERAMBOI, PAKCIK DIN, USOP SONTORIAN dan segala karyanya yang terdahulu semasa dibawah Kharisma Publication. Ini bermakna segala usahanya selama ini akan lenyap dan berpindah milik kepada orang lain. Keadaan ini telah menambah tekanan kepadanya.
Namun begitu beliau tetap meneruskan perjuangannya. Di bawah penerbitan Majalah Lanun, Ujang cuba mencipta sejarah baru. Maka muncul koleksi Kartini, Animasi Kartini, dan terbitnya Majalah kaki pancing iaitu Buletin Lubuk di pasaran. Namun begitu di penghujung tahun 2000, negara telah mengalami masalah ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan penerbitan majalah Lanun terhenti dan semua staffnya membawa haluan masing-masing. Dan kartunis Ujang turut hilang entah kemana...kehilangannya menimbulkan banyak persoalan kepada peminat-peminat ujang. Pelbagai pihak cuba mengesan ujang. Namun semuanya menemui jalan buntu bila ujang tidak dapat dikesan.


Comeback ujang ke Arena kartun dengan Majalah UJANG BUDAK MINANG!
Pada tahun 2002, ujang kembali semula ke arena kartun. Kehadirannya di sambut baik oleh semua peminat-peminatnya yang masih merindui karya-karya beliau. Kali pertama muncul ujang tampil dengan majalah Ujang Budak Minang. Di sini ujang cuba menjelaskan kepada masyarakat tentang misteri kehilangannya daripada arena kartun. Ujang budak minang merupakan satu konsep majalah yang cuba memenuhi kehendak semua tahap pembaca iaitu dari kanak-kanak hingga ke pada peringkat dewasa. Majalah UJANG BUDAK MINANG ini lebih menggunakan cara-cara psikologi, ilmu jiwa dan spiritual. Namun entah kenapa majalah Ujang Budak Minang hanya sempat menemui pembaca satu keluaran sahaja.

Majalah Malim Pelita.
Pada julai 2002, muncul pula MAJALAH MALIM PELITA di bawah penerbitan Arena 2000 Sdn. Bhd dengan kerjasama Triple Vision Enterprise. MALIM PELITA ini seakan-akan merupakan satu kesinambungan kepada Majalah UJANG BUDAK MINANG. Ramai kartunis yang turut sama bergandingan dengan ujang bersama majalah MALIM PELITA, antaranya ialah kartunis aie, boy pj, padi, bendi, aedes,eicak, dzun nun,jakall, a’an, soya, lanzent,cron, azam de crow dan kumpulan lalaq. Dibawah penerbitan Arena 2000, muncul juga majalah kartun lain seperti Lalaq, Desparedo, Aku dan Sesuatu, tnt, Buletin lubuk, Urban comic.
Setelah menemui peminat dalam beberapa keluaran majalah MALIM PELITA tiba-tiba diberhentikan penerbitannya.

Ujang berlakon TELEMOVIE ‘POYO’.
Ujang boleh dikatakan kartunis berbakat besar dalam semua lapangan seni. Ujang yang sebelum ini pernah muncul dalam filem ‘Yes Tuan’ dan sitcom camni camtu. Kini kembali dengan berlakon dalam telemovie ‘POYO’. Telemovie ini menampilkan juga beberapa kartunis lain seperti boy pj, a’an, taugeh, soya, cik li, kunyit, dan beberapa kartunis lain. Telemovie ini mengisahkan gelagat beberapa kartunis di bawah satu syarikat penerbitan. Telemovie ini diterbitkan oleh Gala Jitu picture.

Ujang join Majalah g3 (terbitan Karangkraf).
Namun begitu kerinduan ujang untuk berkartun terus membuak-buak. Kali ini ujang tampil sebagai kartunis tamu di majalah g3. majalah g3 merupakan majalah humor terbitan karangkraf sdn. Bhd. Majalah g3 dikelolakan oleh kartunis gayour dan beberapa kartunis lain seperti padi, kobis bunga, cactus dan beberapa kartunis lain yang sebelum ini pernah tampil bersama Majalah Ujang. Karya ujang mula menemui peminatnya pada keluaran g3 bermula isu 11 dengan kartun buletin lubuk. Setelah muncul untuk beberapa keluaran dalam majalah g3 kartunis ujang kembali ke Creative Enterprise.

Kembali bersama Gila-Gila.
Setelah sekian lama mengembara dan mengutip banyak pengalaman, ujang kembali ke pangkuan Majalah Gila-Gila. Kemunculan ujang dalam majalah Gila-Gila seakan-akan memberi nafas baru kepada Majalah itu. Kehadiran ujang ini turut memberi ruang kepada peminat-peminatnya untuk terus menatap karya-karya ujang. Ujang terus melakar sejarahnya yang tersendiri.


Nota ketiak: Jika terdapat sebarang kesalahan fakta diharap Bro. Ujang dapat membuat pembetulan. ‘Yang buruk datang daripada saya dan yang baik itu daripada ALLAH S.W.T.’