CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 10, 2007

Lat - Ikon kartunis Malaysia.


kartunis Lat kini.






















Datuk Mohamad Noor Khalid (Kartunis Lat) 56 tahun, merupakan senior kepada kartunis masa kini yang masih aktif berkarya tanpa mengenal erti jemu. Sehingga hari ini, kartunis Lat telah menghasilkan 26 koleksi karya kartun. Koleksi kartunnya iaitu ‘kampung Boy’ telah dicetak dalam pelbagai versi bahasa seperti versi bahasa Jepun, Perancis dan Inggeris. Bakat kartunis Lat sememangnya cukup signifikan di kalangan peminat kartun di Malaysia dan Asia. Minat dan bakat melukisnya mula mendapat galakan awal daripada bapanya iaitu dengan membawa balik kertas-kertas terpakai daripada pejabatnya. Perjalanan seninya sememangnya cukup panjang dan laluan yang beliau tempuhi bukan semudah yang disangkakan. Sejak kecil lagi beliau gemar melukis dan sering duduk memerhatikan setiap benda yang berlaku di sekitarnya. Rakaman mindanya itu telah dipaparkan melalui karya-karya yang dihasilkannya, yang bertujuan menghiburkan dan sekaligus menyampaikan mesej tertentu. Karya beliau mula mendapat pengiktirafan luar apabila karya beliau mengenai upacara berkhatan disiarkan oleh The Asia Magazine.
Kartunis Lat membesar dan mencipta nama daripada hasil kreativitinya yang cukup unik dan menarik. Pemerhatiannya yang cukup tajam merakam kehidupan masyarakat sekeliling dan penggunaan isu-isu semasa melengkapkan lagi karya beliau agar lebih dekat dan terus hidup di hati pembaca. Tarikan utama kartunnya terletak kepada penghayatan watak, dan penggunaan objek tempatan yang berada di sekelilingnya. Beliau melihat cara hidup termasuklah cara makan, adat resam, dan gelagat pelbagai kaum di sekelilingnya bagi setiap karya-karya beliau. Beliau berpandangan bahawa karya kartunnya perlu menjelaskan tentang budaya tempatan kepada orang luar.
Di antara beberapa pengiktirafan yang beliau perolehi ialah :-
Animasi ‘Kampung Boy’ memenangi Hadiah Siri TV terbaik dalam kategori Siri TV 13 di Annecy 99, Perancis.
Hadiah Fukuoka kebudayaan Asia dalam bidang seni dan kebudayaan di Jepun pada 2002.
Pada April 1994 di anugerahkan dengan Darjah Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Di antara Koleksi kartun beliau yang masih dijual hingga hari ini :-
Be serious Lat.
Better Lat than never.
Budak Kampung
Dr. Who?
Kampung boy ; yesterday and today.
Keluarga Mamat.
Lat ang Gang
Mat Som
Town boy
Lots more Lat ( dan banyak lagi..)
Kesungguhan dan semangat jati diri yang ditunjukkan oleh kartunis Lat inilah yang perlu di contohi oleh setiap kartunis. Kartunis Lat juga telah membuktikan bahawa kartun berwajahkan Malaysia juga boleh diiktiraf dan mendapat tempat di peringkat Antarabangsa.

Di dalam petikan akhbar baru-baru ini, kartunis Lat menyatakan bahawa dulu di Pasar Minggu Kampung Baru, terdapat perjumpaan yang sering diadakan golongan kartunis bagi berbincang dan bertukar pendapat tentang karya masing-masing. Ketika itu arwah Rejabhad dianggap sebagai penghulu dan sering menjadi tempat rujukan kepada kartunis muda yang ingin bergiat aktif dalam bidang berkenaan. Manakala hubungan sesama kartunis agak erat serta sering mengambil berat kebajikan sesama sendiri. Kini semangat seperti itu semakin hilang. Beliau meluahkan rasa terkilan kerana ada kartunis sekarang yang tidak mahu menghadiri majlis yang dianjurkan kartunis lain kerana kepentingan perniagaan. Bagi beliau – “Walaupun dalam perniagaan kita bersaing, bukan bermakna dalam kehidupan seharian kita mengambil sikap yang sama juga”.

7 comments:

Anonymous said...

Lat bapa perkartunan Malaysia.Bukan saja Ikon Kartunis Malaysia tetapi sebagai pencetus revolusi kartun Malaysia...

Hi Johan..saya sekarang menetap di Singapura dan berkerja di sini.Masih rakyat Malaysia.Dah dekat 14 tahun tinggalkan Majalah Ujang semenjak perpecahan Ujang dan lanun...Baru sekarang nak menapak balik pelahan lahan dunia kartun.

Semoga anda berjaya dalam bidang diceburi.wasalam

Jonjenin said...

SEMOGA SAUDARA JUGA TERUS SUKSES DAN BERJAYA DALAM APA JUA LAPANGAN. TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI BLOG SAYA.

Rama said...

Hi Johan,
Kenalkan, Saya Rama dari Pekan Baru, Indonesia. Saya peminat kartun LAT sejak pertama kali dapat komik "Kampung Boy" di bazaar buku bekas di college dulu, dan setelah itu tertarik untuk mencari komik2 LAT yang lain seperti MAT SOM etc, tetapi susah sekali mencarinya di Indonesia. Apa johan tau dimana saya bisa beli komik2 itu di Malaysia yang boleh hantar ke Indonesia? kalau ada tolong beritahukan ke email saya: il_teque@yahoo.it. terima kasih untuk bantuannya. (note: pernah saya search MAT SOM di Amazon dan Ebay, ada tapi mahal, US$ 105.00, apa memang semahal itu harganya di Malaysia?).

Jonjenin said...

komik lat di terbitkan oleh berita publishing dan masih ada di jual di Malaysia hari ini. terutama di MPH BOOKS SRORE.

Jonjenin said...

Rama cuba contact mph book store di - Telephone: (603)-7958 1688
Facsimile: (603)-7956 5995 (General) / 7958 1623 (Accounts Dept)
Email: distributors@mph.com.my

umirul said...

Saya tengah carik bahan untuk Folio Sejarah nie. Tajuk untuk folio tu Tokoh. Cikgu kate, carik lah tokoh ape2 pun asalkan org Malaysia. Hhaha. Saya b'cadang nk ambik Lat, kartunis M'sia sbb saya sndiri pun bace die pnye karya. Point nye skrng, blog AkuJohan nie byk bantu. Terima kasih. Nanti kat dlm folio saya kasi kredit utk laman web nie. Tak sabar nk start wat folio. Bye!

Ade mase, lawat lah blog saya lak.

Jonjenin said...

alhamdulillah kalau blog ni meberi byk faedah buat pgkaji sejarah kartun. harap akan lebih byk blog2 macam ni muncul utk mperjuangkan kartun Malaysia agar tidak hilang ditelan waktu..aminn...
bravoo rainbowcandy!!