Animasi ‘Saladin’ terbitan Multimedia Development Corporation (MDeC) di bawah inisiatif Kandungan Multimedia Kreatif Malaysia MSC (M-CMCI) ini ada kelasnya yang tersendiri selepas mendapat pengiktirafan Antarabangsa dengan memenangi anugerah teknologi terbaik pada Festival Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF).
Siri animasi berkenaan yang diilhamkan daripada kisah hidup pemerintah dan panglima perang Islam terkenal, Salah Al-Din usuf Bin Ayyub ketika perang salib pada abad ke-12 mula diusahakan pada awal tahun 2006.
Menurut pengarah siri tersebut Steve Bristow- “ kami bermula dengan tangan kosong dan berdepan dengan pelbagai cabaran. Bagaimanapun, menerusi kerjasama dan keupayaan yang dimiliki mereka (anak buahnya) membuat segala perancangan dapat dilaksanakan.” Apa yang membanggakan adalah ‘anak buah’ yang dimaksudkan olehnya itu bukanlah dari Negara luar lain, tetapi semuanya anak tempatan. Antara anak tempatan yang terlibat dalam siri ini ialah Mohd. Nur Iman – pelukis latar belakang, Kamal Bahrin Sudin- Pengurus produksi, Juhaidah Joemin – penerbit. Ianya juga mendapat tenaga kerja kreatif dari anak tempatan, sama ada yang berpengalaman atau yang baru keluar dari pusat pengajian seperti Uitm, Universiti Multimedia, Limkokwing University College and Creative Technology dan One Academy. Siri animasi 13 episod ini menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris bagi memastikan ianya sesuai dengan status antarabangsa. Siri animasi ini juga akan siap sepenuhnya pada 2008.
Kemampuan anak tempatan menghasilkan animasi 3D Saladin ini dikagumi oleh pakar animasi antarabangsa, sekaligus ianya telah mengangkat martabat animator kita pada kelas tersendiri.
0 comments:
Post a Comment