CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 30, 2008

SELAMAT HARI HERO KITA!

EDISI FATHER'S DAY!
Rembat kat Pasaran Sekaranggg!!!

Sunday, May 18, 2008

AMIER DAN ANIMASI

MAKLUMAT LANJUT TENTANG HOMEWORK STUDIO:
http://homeworkstudio.blogspot.com/2007_01_28_archive.html

AMIER HAMZAH HASHIM


KARTUN AWAL PEMBABITAN

Amier Hamzah Hashim atau lebih dikenali dengan nama Amier pada asalnya ingin menjadi seorang kartunis sahaja. Demi minat yang mendalam dalam kerjaya sebagai kartunis, beliau terpaksa membuat pengorbanan paling besar dalam hidupnya dengan menolak tawaran masuk ke Program Perintis Petronas di Terengganu. Walaupun ianya tidak dipersetujui oleh ayahnya.

Amier bermula dengan menghantar kartun pada majalah kartun tempatan seperti Gelagat dan Jenaka. Akhirnya beliau ditawarkan berkerja sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian pada 1994 dibawah Kharisma Picture. kemudian beliau di tempatkan bersama Team Clean-Up Usop Sontorian -1996. Team ini bertanggungjawab dalam mengemaskini animasi, melakukan proses penggabungan Watak Animasi dengan Latar Belakang, serta juga menambah kesan-kesan khas animasi seperti gerakan air sungai, hujan, kilat dan lain-lain.

Animasi Usop Sontorian ini merupakan kerjasama mantap antara pengarah dan pencipta watak Usop Sontorian pada awal 1994 iaitu En. Kamn dan Ujang di Studio Kharisma Pictures. Akhirnya animasi ini membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Dua teraju utama ini berjaya membentuk para karyawan yang rata-ratanya datang dari pelosok kampung, dengan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan cita-cita memperkemas dan membangun industri animasi tanahair. Pada 20 Januari 1996, siri kartun animasi pertama di Malaysia telah selamat dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan ketika itu Dato' Mohamed Rahmat di Dewan Tun Husein Onn PWTC. Namun begitu, akibat pergolakan dalam Kharisma Pictures. Pihak Kharisma Group akhirnya menamatkan operasi penerbitan Usop Sontorian.

Setelah itu, Amier dan ramai juga kawan-kawan menyertai En Kamn di Kharisma Studios. Akibat kesukaran mendapatkan slot siaran TV, Kharisma Studios yang baru ditubuhkan terpaksa pula ditutup. Akhirnya En Kamn Ismail mencari peluang dan pemodal baru, lalu menubuhkan pula UAS Animation Studios. Pada 2 Jun 1997 dengan rasminya beliau bersama pengarah En. Kamn dan rakan animator lain berkerja di UAS Animation Studios dan menerbitkan Animasi KELUANG MAN. Animasi KELUANG MAN bagaikan membina satu fenomena super hero buatan Malaysia hinggakan ianya menjadi kegilaan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Kemudian beliau menjadi Penolong Pengarah Animasi di Quest Animations (M) Sdn. Bhd. Quest Animations banyak menerbitkan animasi-animasi tempatan seperti kumang, Pejuang dan banyak lagi yang disiarkan oleh RTM.
Akhirnya telah berbelas tahun beliau berkecimpung dalam bidang Animasi Tanahair, menempuh pelbagai pengalaman suka duka, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada Amier bersama beberapa rakan membuka produksi sendiri iaitu Homework Studio. Homework Studio menjadi tempat beliau menjalankan kerja produksi Animasi.

HOMEWORKS STUDIO menyediakan perkhidmatan Rekaan Grafik, Web, Latihan dan Penerbitan Animasi, Percetakan Digital, Membekal Barangan Cenderamata dan T-Shirt.

website :

Tel : 03-7770 1160 / 013-635 2728
Fax : 03-7784 3033
emel: homes2dio@yahoo.com

Saturday, May 17, 2008

KIENAKA DAN KAMPUNG ROCKERS




Kienaka merupakan kartunis yang cukup popular di Majalah Gelagat sekitar tahun 1991-1995. karyanya bertajuk kampung Rockers berjaya mencuri perhatian pembaca.

Kampung Rockers memaparkan gelagat Rockers kampung iaitu Erry, Ayop dan rakan-rakan.
Pelbagai kisah mencuit hati dipaparkan dalam kehidupan geng rockers kampung ini. Disamping menghidangkan kelucuan dalam jenakanya, Kienaka berjaya menyuntik semangat setia kawan, kesungguhan, menghormati dan tolong menolong dalam jiwa pembaca melalui karyanya. Sikap sebegini sememangnya utuh di kalangan warga kampung.
Karya lain Kienaka ialah Queen Control, Pak Din Radio 3 dan gelagat sendat.

Monday, May 12, 2008

DIAM-DIAM KARTUNIS UBI



Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun 1975 puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.Beliau membesar bersama ibunya dan 3 orang lagi adik beradiknya di Taman Tas Kuantan Pahang.

Sejak beliau kecil lagi beliau sudah terdedah dengan karya kartun. Minatnya kian subur terhadap kartun apabila ibunya sering membeli majalah kartun Gila-Gila (dan beberapa majalah hiburan lain lagi) sebagai bacaan santai mereka seisi keluarga.

Sejak itu Ubi tidak menoleh kebelakang lagi. Ubi telah menjadikan melukis kartun sebagai satu cara untuknya mengisi masa lapang. Berkat bakat, semangat dan kesungguhan, Ubi telah berjaya menempatkan diri dan karyanya di Majalah Ujang apabila tamat persekolahan. Boleh dikatakan beliau adalah kartunis yang termuda di situ pada ketika itu.

Sepanjang penglibatannya di majalah tersebut, Ubi telah berjaya menambat hati ribuan orang yang membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002).

Ubi pernah menghasilkan komik solo iaitu Diamdiam Ubi. Namun hanya berjaya terbit satu keluaran sahaja. Kini beliau lebih selesa menumpukan perhatian kepada perniagaan sendiri iaitu menyediakan perkhidmatan melukis karikatur, design papan iklan, cetakan t-shirt, bengkel kartun, dan banyak lagi berkaitan pengiklanan. Untuk maklumat lanjut layari website beliau : http://www.kartunisubi.com/


sumber: website ubi.

Saturday, May 10, 2008

KELUANG MAN KEMBALI DI TV9 !!!


Bagi peminat animasi KELUANGMAN pasti merindui animasi ini. Kini Siri Animasi KELUANGMAN telah ditayangkan semula di saluran TV9 setiap Sabtu dan Ahad jam 7.00 petang.


Keluang ialah sejenis kelawar besar. Maka disini timbul idea untuk watak super hero kesukaan ramai ini. Animasi ini berkisar tentang Seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tampoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian.


Biodata hero. (KELUANGMAN)

Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman


Biodata pembantu hero. (TIONGMAN)

Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tampoi. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.
SERTAILAH MEMBER CLUB KELUANG MAN MELALUI:
ANIMATIONSAnimator Trade And Promotionsd/a 3B Tingkat 2, Jalan MJ 7,Taman Maju Jaya,46000 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-7770 1160 / 013-635 2728
Fax : Homework Studio( 03-7784 3033 )
emel:

Friday, May 9, 2008

LANUN yang baik.



Habis solat jumaat tadi aku singgah di sebuah kedai majalah berhampiran.
Aku menatap berita2 di dada akhbar.
tiada yang menarik melainkan berita artis yang kahwin cerai, menteri tabur janji, manusia bunuh sana sini dan cerita sensasi harga barang naik.
tidak semena-mena terpana pandangan mata ku pada satu majalah yang amat aku rindui.
LANUN???
Ingatkan Majalah LANUN dah muncul balik.
Rupanya majalah lama. diorang buat Jumble sale. hehe..
LANUN merupakan sebuah majalah kartun yang penuh dengan pengisian ilmu agama.
Cara penyampaiannya juga cukup ringan dan boleh dibaca oleh semua golongan.
Bila aku membelek isi majalah ini terasa akan alangkah bergunanya majalah begini di pasaran.
LANUN masih relevan!
Buktinya aku melihat seorang bapa memborong majalah ini.
Bila aku bertanya "banyak beli bang?"
Bapa tersebut menjawap " Anak Abang minat baca kartun, majalah ni bagus... dia bukan sekadar kartun sahaja tapi ada pengisian ilmu agama. tapi sekarang majalah kartun macam ni susah nak jumpa dah."
Aku cuma menganggukkan kepala sahaja.

Friday, May 2, 2008

GILA-GILA MAKIN MENYENGAT!

INILAH WAJAH TERBARU GILA-GILA KELUARAN MEI 2008.
kalau beli pasti berbaloi!
korang nak poster gedabak pun ada.
kartun warna warni bak pelangi,
kemunculan wak jenal the return
dan
Asrul Muzaffar!
cerita banyak pun tak guna...
jangan tunggu lagi!!!
Rembatlah GG di kedai majalah berhampiran!!!
AyooHHH!!!