MAKLUMAT LANJUT TENTANG HOMEWORK STUDIO:
http://homeworkstudio.blogspot.com/2007_01_28_archive.html
AMIER HAMZAH HASHIM
KARTUN AWAL PEMBABITAN
http://homeworkstudio.blogspot.com/2007_01_28_archive.html
AMIER HAMZAH HASHIM
KARTUN AWAL PEMBABITAN
Amier Hamzah Hashim atau lebih dikenali dengan nama Amier pada asalnya ingin menjadi seorang kartunis sahaja. Demi minat yang mendalam dalam kerjaya sebagai kartunis, beliau terpaksa membuat pengorbanan paling besar dalam hidupnya dengan menolak tawaran masuk ke Program Perintis Petronas di Terengganu. Walaupun ianya tidak dipersetujui oleh ayahnya.
Amier bermula dengan menghantar kartun pada majalah kartun tempatan seperti Gelagat dan Jenaka. Akhirnya beliau ditawarkan berkerja sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian pada 1994 dibawah Kharisma Picture. kemudian beliau di tempatkan bersama Team Clean-Up Usop Sontorian -1996. Team ini bertanggungjawab dalam mengemaskini animasi, melakukan proses penggabungan Watak Animasi dengan Latar Belakang, serta juga menambah kesan-kesan khas animasi seperti gerakan air sungai, hujan, kilat dan lain-lain.
Animasi Usop Sontorian ini merupakan kerjasama mantap antara pengarah dan pencipta watak Usop Sontorian pada awal 1994 iaitu En. Kamn dan Ujang di Studio Kharisma Pictures. Akhirnya animasi ini membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Dua teraju utama ini berjaya membentuk para karyawan yang rata-ratanya datang dari pelosok kampung, dengan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan cita-cita memperkemas dan membangun industri animasi tanahair. Pada 20 Januari 1996, siri kartun animasi pertama di Malaysia telah selamat dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan ketika itu Dato' Mohamed Rahmat di Dewan Tun Husein Onn PWTC. Namun begitu, akibat pergolakan dalam Kharisma Pictures. Pihak Kharisma Group akhirnya menamatkan operasi penerbitan Usop Sontorian.
Setelah itu, Amier dan ramai juga kawan-kawan menyertai En Kamn di Kharisma Studios. Akibat kesukaran mendapatkan slot siaran TV, Kharisma Studios yang baru ditubuhkan terpaksa pula ditutup. Akhirnya En Kamn Ismail mencari peluang dan pemodal baru, lalu menubuhkan pula UAS Animation Studios. Pada 2 Jun 1997 dengan rasminya beliau bersama pengarah En. Kamn dan rakan animator lain berkerja di UAS Animation Studios dan menerbitkan Animasi KELUANG MAN. Animasi KELUANG MAN bagaikan membina satu fenomena super hero buatan Malaysia hinggakan ianya menjadi kegilaan kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Kemudian beliau menjadi Penolong Pengarah Animasi di Quest Animations (M) Sdn. Bhd. Quest Animations banyak menerbitkan animasi-animasi tempatan seperti kumang, Pejuang dan banyak lagi yang disiarkan oleh RTM.
Akhirnya telah berbelas tahun beliau berkecimpung dalam bidang Animasi Tanahair, menempuh pelbagai pengalaman suka duka, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada Amier bersama beberapa rakan membuka produksi sendiri iaitu Homework Studio. Homework Studio menjadi tempat beliau menjalankan kerja produksi Animasi.
HOMEWORKS STUDIO menyediakan perkhidmatan Rekaan Grafik, Web, Latihan dan Penerbitan Animasi, Percetakan Digital, Membekal Barangan Cenderamata dan T-Shirt.
website :
Tel : 03-7770 1160 / 013-635 2728
Fax : 03-7784 3033
emel: homes2dio@yahoo.com
emel: homes2dio@yahoo.com
5 comments:
HEhe...
saya kenal la ini orang..
tak sangka..masa aku tingkatan 2 dulu setiap 1 hb ngan 15hb memang aku sambar Ujang n Gelagat.. Kartun Ameir ini antara yang aku ingat selain Zaem, Kidol, Keinaka dll..
hi animatot...
bila kita tengok lambakkan kartun luar bermaharajalela di pasaran tempatan..hati kita kadang kala terdetik pada kerinduan pada majalah kartun tempatan seperti gelagat, jenaka, batu api, gado-gado, gelihati...kini tinggal majalah Gila-Gila mengubat pelbagai nostalgia lama.
ahaks! aku pun kenai jugak la.. Awat hang tak habag awai2?
tambah sedih tu...ada jugak beberapa longgokan kartun hasil anak tempatan..tapi wajahnya..wajah orang luar..
salah saper tu? huhu...
Post a Comment