CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 9, 2008

LANUN yang baik.



Habis solat jumaat tadi aku singgah di sebuah kedai majalah berhampiran.
Aku menatap berita2 di dada akhbar.
tiada yang menarik melainkan berita artis yang kahwin cerai, menteri tabur janji, manusia bunuh sana sini dan cerita sensasi harga barang naik.
tidak semena-mena terpana pandangan mata ku pada satu majalah yang amat aku rindui.
LANUN???
Ingatkan Majalah LANUN dah muncul balik.
Rupanya majalah lama. diorang buat Jumble sale. hehe..
LANUN merupakan sebuah majalah kartun yang penuh dengan pengisian ilmu agama.
Cara penyampaiannya juga cukup ringan dan boleh dibaca oleh semua golongan.
Bila aku membelek isi majalah ini terasa akan alangkah bergunanya majalah begini di pasaran.
LANUN masih relevan!
Buktinya aku melihat seorang bapa memborong majalah ini.
Bila aku bertanya "banyak beli bang?"
Bapa tersebut menjawap " Anak Abang minat baca kartun, majalah ni bagus... dia bukan sekadar kartun sahaja tapi ada pengisian ilmu agama. tapi sekarang majalah kartun macam ni susah nak jumpa dah."
Aku cuma menganggukkan kepala sahaja.

3 comments:

AbGJaS said...

Hi Johan,
Kalau tak salah, Lanun merupakan majalah seliaan (terbitan?) kartunis Ujang slps keluar drpd GG dan Ujang kan?

Dulu abgjas pernah jadi kartunis residen utk majalah 'Matematik', tp majalah begitu juga pupus slps 2 tahun sebab org tak nak baca.

Tapi majalah 'MANGGA' yg seangkatan dgnnya terus 'subur'.

achik said...

jumbo sale?? ada lagi ke?? kat mana?? [soalan bertubi2 tanda teruja] ;p

dulu2 suka giler baca majalah lanun tu.. best2!!! lanun pun byk cite pasal mancing kan.. saya yg x penah memancing pun, kdg2 rasa teringin je bila tgk gambar diorg mancing.. hehe..

Jonjenin said...

hi abgjas...
sihat ar? yup! LANUN adalah majalah kartun dakwah yang dterbitan oleh multi triple vision sdn bhd. dimana ujang merupakan pengarah urusan dan ktua editornya.

o. ada bt mjlh matematik. kalau bhn-bhn mjlh pelajaran ni elok bt promosi kat sekolah2. rasa2 bleh jual kalau kena gayanya. sbb kalau kt sekolah biasanya PSS akan langgan mjlh2 pelajaran mcm ni. contoh mcm KUNTUM, Dewan pelajar, E-baca. xpe itu satu sumbangan yg tbaik dr abgjas. dont give up o.k!

achik.
ala chik...ni jumble sale kecilan je. campor2 ngan mjlh lain. keap je abis..mana tak nye harga murah abis. hehe...kalau achik nak tgk diorang mancing pi kat blog http://www.lubuk.net/