CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 22, 2008

BERAKHIRNYA LE TOUR D LANGKAWI

Berakhirnya Le tour d Langkawi di Dataran Merdeka.

Pada 17 Februari 2008 (Ahad). Dataran Merdeka menyaksikan kemuncak Le Tour D Langkawi. Berikutan itu juga berakhirlah Le Tour kartunis Ujang bersama rakan-rakan. Ruang legar Perpustakaan Kuala Lumpur dijadikan port acara mewarna kategori kanak-kanak dan kategori lanjut usia ( mak, bapak, abang, akak,atuk, nenek, jiran tertangga dan cikgu2 sekolah tadika) yang sporting. Acara ini berlangsung dengan penuh meriah dan gelak tawa yang mengilai-gilai (seram siyot).

Pelbagai gaya, teknik dan jurus digunakan oleh para peserta dalam acara mewarna ini, sehinggakan pihak hakim hampir pitam dan berpinau biji mata untuk memilih pemenang. Namun begitu dengan peningkatan jurus ke lapan ratus enam puluh empat persegi tahap marang kepunden Agogo, maka kartunis Ujang selaku ketua hakim pertandingan telah berjaya mengesan pemenang yang paling terer mengaler… malahan kaler jengking pun kalah teruk dengan mereka.

Acara mewarna ini secara tidak langsung dapat mendekatkan masyarakat dengan kartun tempatan. Kepada yang menang tahniah diucapkan. Manakala bagi yang kalah janganlah berputus urat ketiak..eh!? berputus asa...
Teruskanlah usaha anda hingga berjaya di lain masa nanti. Bak kata orang sekarang – “ Kekalahan hari ini tidak bererti anda tak terer”.
Terima kasih juga diucapkan kepada para penganjur dan para penyumbang hadiah.

Maka sama-samalah kita saksikan sendiri beberapa gamat dan gembiranya para peserta bersama gambar kandid yang sempat di rakam oleh paparazi sepanjang acara berlangsung. Yeeeeehaaaa!!!










Tuesday, February 12, 2008

AKU BUDAK MINANG dan UJANG HIJRAH KE KOTA.

ABM- Hard Cover terkini.

ABM- cover awal dulu



AKU BUDAK MINANG (1988) - merupakan karya kartunis tersohor Ujang. Karya ini sememangnya telah memberi impak yang cukup besar kepada dunia kartun di Malaysia. Sekaligus karya ini telah mengangkat nama Ujang. AKU BUDAK MINANG mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun tempatan hingga ianya telah diulang cetak beberapa kali dan kini ianya diterbitkan dalam bentuk yang lebih berkualiti.


Namun begitu, pada tahun 1994. terbit pula sebuah novel berjudul UJANG HIJRAH KE KOTA. Novel ini ditulis oleh Dak Milah. Isi kandungan novel ini didapati ianya hampir serupa dengan cerita di dalam AKU BUDAK MINANG karya Ujang.

Sama ada penulis novel ini mengenali Ujang ataupun beliau tahu mengenai sejarah hidup Ujang, itu tidak dapat dipastikan lagi. Maka, dengan paparan sebahagian kandungan novel ini mungkin anda dapat menilai dan membuat perbandingan dengan karya Ujang - AKU BUDAK MINANG.







Adakah novel UJANG HIJRAH KE KOTA ini adalah diadaptasikan daripada karya AKU BUDAK MINANG? Ataupun ianya terhasil secara kebetulan dan tidak berniat untuk menciplak karya AKU BUDAK MINANG???

Sebagaimana yang telah nyata- kebanyakkan karya-karya Ujang yang terdahulu telah menjadi perebutan banyak pihak. Ujang sendiri pernah menyatakan luahannya di dalam majalah UJANG BUDAK MINANG sebelum ini bahawa- “ Adalah sesuatu yang amat membanggakan apabila setiap watak kartun yang dihasilkan oleh saya menjadi rebutan dan kontroversi dalam industri penerbitan tanah air. Banyak pihak menuntut hak keatas watak-watak ini sama ada syarikat-syarikat atau orang-orang perseorangan. Malah perebutan ‘hak cipta’ ini berlanjutan sehingga ke mahkamah dan ini merupakan satu ‘ kes’ yang pertama dalam sejarah”.