CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 12, 2008

AKU BUDAK MINANG dan UJANG HIJRAH KE KOTA.

ABM- Hard Cover terkini.

ABM- cover awal dulu



AKU BUDAK MINANG (1988) - merupakan karya kartunis tersohor Ujang. Karya ini sememangnya telah memberi impak yang cukup besar kepada dunia kartun di Malaysia. Sekaligus karya ini telah mengangkat nama Ujang. AKU BUDAK MINANG mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun tempatan hingga ianya telah diulang cetak beberapa kali dan kini ianya diterbitkan dalam bentuk yang lebih berkualiti.


Namun begitu, pada tahun 1994. terbit pula sebuah novel berjudul UJANG HIJRAH KE KOTA. Novel ini ditulis oleh Dak Milah. Isi kandungan novel ini didapati ianya hampir serupa dengan cerita di dalam AKU BUDAK MINANG karya Ujang.

Sama ada penulis novel ini mengenali Ujang ataupun beliau tahu mengenai sejarah hidup Ujang, itu tidak dapat dipastikan lagi. Maka, dengan paparan sebahagian kandungan novel ini mungkin anda dapat menilai dan membuat perbandingan dengan karya Ujang - AKU BUDAK MINANG.







Adakah novel UJANG HIJRAH KE KOTA ini adalah diadaptasikan daripada karya AKU BUDAK MINANG? Ataupun ianya terhasil secara kebetulan dan tidak berniat untuk menciplak karya AKU BUDAK MINANG???

Sebagaimana yang telah nyata- kebanyakkan karya-karya Ujang yang terdahulu telah menjadi perebutan banyak pihak. Ujang sendiri pernah menyatakan luahannya di dalam majalah UJANG BUDAK MINANG sebelum ini bahawa- “ Adalah sesuatu yang amat membanggakan apabila setiap watak kartun yang dihasilkan oleh saya menjadi rebutan dan kontroversi dalam industri penerbitan tanah air. Banyak pihak menuntut hak keatas watak-watak ini sama ada syarikat-syarikat atau orang-orang perseorangan. Malah perebutan ‘hak cipta’ ini berlanjutan sehingga ke mahkamah dan ini merupakan satu ‘ kes’ yang pertama dalam sejarah”.



5 comments:

animaTOT said...

Seperti sabda Nabi,

"Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain"

Jadi nilaikanlah berapa banyak manfaat seni Ujang kepada "orang-orang" tersebut. Yang miskin jadik kaya, yang kaya menjadik kaya raya.

Yang ambik hasil seni dia ada.
Yang ambik stroke dia ada.
yang ambik idea dia ada.
Yang ambik ilmu dia lagilah ada.

ijoi said...

ko tahu tak ujang ni bagi aku adalah spt diego maradona maksudnya
sumer player dlm dunia ni mesti nak tiru dan mencontohi bakat dan keterorannya yang luar biasa.
Gitulah gak ngan ujang yg jadi ikutan dan cth oleh semua kartunis
tupasal lah yg stroke cam brader ujang tu sebenarnya bukan nya dia tiru tapi feel dia tu cam ujang
alah cam org menyanyilah jugak kalau dah dia minat awie dah tentu dia nyanyi ikut feel awie pastu dah tentu suarapun seakan-akan awie
kesimpulannya
idola dan feel tu lah yg mencorak seseorg tu

semuutie said...

Pada aku tak salah kalau ada org ambik stroke dan ilmu, tapi kalau cilok idea dan karya, tu dah kira derhaka.Karya ujang memang karya yg besar dan berpengaruh.Namun buat peminat yg ingin berkarya....penulis tu perlu ada originality,aku percaya novel tu memang diadaptasi dari ABM sama ada dia ter pengaruh kerana terlalu minat atau memang nak tumpang glamer atau memang tak de idea sendiri atau apa pun niat dia.......Ujang Hijrah Ke Kota Memang hasil ciplak ABM.Penulis tak kan mampu berdiri degn sendiri dalam industri dan akan lenyap dgn sendiri....dah lenyap dah pun kan???

syeka sweetheart said...

ABM memang best aku membesar ngan citer2 dia la sbb abg aku suka beli..mmg baca xpenah jemu pon..
p/s bro aie ada wat tak koleksi aku dan sesuatu..aku xpenah nampak pon kat pasaran lama sgt dah aku cr ni..tolong la ekk gtau kat aku cemana nk dapat kan..aku cuma sempat beli keluaran yg siri takat 8 jek pastu dok cr xjumpe2

Jonjenin said...

sweetheart koleksi ADS terbitan Al- Ameen ada dijual di MPH BOOK Store ataupun Kedai Buku Popular. nak tahu lebih lanjut ko gi kat
http://shop.ameenbooks.com.my/index.php?page=2&c=23