CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 19, 2008

RAJA HAMZAH & KARTUN MAT JAMBUL


Pernahkah korang membaca Siri kartun “Keluarga Mat Jambul”?. Siri kartun “Keluarga Mat Jambul “ ini dihasilkan oleh Raja Hamzah. Watak kartun ini disiarkan sejak keluaran sulung Berita Harian pada 1 Julai 1957 hingga 1981. Keluarga Mat Jambul menampilkan kisah-kisah lucu dalam kehidupan seharian watak utamanya Mat Jambul dan isterinya Gayah. Asal usul nama Mat Jambul boleh dirujuk kepada dua sumber : pertama adaptasi fonetik nama “Gambols” dalam bahasa Melayu, dan kedua, ia merujuk kepada stail rambut jambul yang popular di kalangan lelaki dekad 50-an dan 60-an.


Siapa Raja Hamzah?Kalau korang hendak tahu, Raja Hamzah ini ialah kartunis dan pelukis komik tanah air yang terkenal lagi berpengaruh pada awal perkembangan kartun Melayu pada dekad 1950 –an. Beliau merupakan kartunis dan pelukis komik penting dalam akhbar Melayu menjelang dan selepas kemerdekaan. Raja Hamzah pernah bekerja untuk penerbit penting akhbar-akhbar Melayu, iaitu Utusan Melayu Press dan The Straits Times. Siri-siri kartun dan komiknya muncul dalam Utusan Melayu pada dekad 50–an , dan diterbitkan berterusan dalam akhbar Berita Harian sejak keluaran sulungnya lagi. Karya-karya Raja Hamzah mewarnai dunia kartun dan komik Melayu 1950-an hingga 1960-an. Malah, perkembangan dunia kartun dan komik Melayu pada era awal selepas merdeka selari dengan perkembangan profesionnya. Raja Hamzah menjadi wira dan inspirasi ramai pelukis muda, termasuklah kartunis tersohor Lat. Sebelum menghasilkan “Keluarga Mat Jambul” dalam Berita Harian dan Berita Minggu, Raja Hamzah menerbitkan siri kartun lerang “Dol Keropok dan Wak Tempeh” serta komik-komik cerita seram dalam Utusan Zaman pada 1950-an. “Dol Keropok dan Wak Tempeh” serta “Keluarga Mat Jambul” adalah dua sumbangan penting Raja Hamzah kepada perkembangan dunia kartun Melayu. Menerusi kedua-dua siri ini, beliau menjadi kartunis pertama yang mempersembahkan kisah perhubungan suami isteri dan hidup keluarga dalam kartun-kartun selepas kemerdekaan. Pendekatan yang konsisten dalam menggambarkan tema sosial ini menjadi ikutan, khususnya dalam tradisi kartun lerang selepas Merdeka. Subjek tersebut dikembangkan oleh Lat menerusi “Keluarga Si Mamat” dalam Berita Minggu, dan “Din Teksi” oleh kartunis Nan dalam Mingguan Malaysia. Menerusi jenaka, siri kartun seumpama itu menjadi wadah menghibur serta mengkritik sikap masyarakat, disamping membuat komentar terhadap isu-isu budaya dan moral semasa.

Analisis terperinci mendapati “Keluarga Mat Jambul” sebenarnya adalah karya adaptasi siri kartun “ The Gambols” yang dilukis oleh kartunis terkenal Inggeris Barry Appleby. Dari segi gaya lukisan, seperti Appleby, Raja Hamzah menggunakan pengolahan ringkas dan kemas. Walaupun terdapat banyak persamaan di antara “Mat Jambul” dan “The Gambols”, Raja Hamzah berusaha menerapkan elemen-elemen kemelayuan dalam watak-wataknya, misalnya menerusi penampilan pakaian-pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, batik, kebaya dalam beberapa siri awalnya. Selain itu, ceritanya juga direka dalam persekitaran budaya tempatan, meskipun wataknya dipinjam dari luar.Mat Jambul muncul selama 24 tahun (1957-1981), sementara “The Gambols” diterbitkan akhbar Daily Express untuk lebih 46 tahun sejak 1950. Siri itu berakhir bila Appleby meninggal dunia pada 1996 (Ketika berumur 86 tahun) . Raja Hamzah meninggal dunia pada tahun 1981 – (Al-Fatihah buat Allahyarham Raja Hamzah).

Sumber: Artikel Prof. Madya Dr. Muliyadi Mahamood

5 comments:

animaTOT said...

maaf offtopik - kartun cikgu jon ada tersiar di Gila-gila Februari kah? atau saya tersilap orang?

Jonjenin said...

dont worry...belum lagi la matot...oghang lain kot..sebelum ni saya ada buat skit artikel kat majalah g3. itupun dalam 'korang tulis kitorang siar'. akan datang tak tau la nanti...hehehee

Unknown said...

ini 2nd time aku masuk sini kot.-hari tu mungkin je surf cari nama sendiri n jumpa dlm blog brother. terimakasih atas komen dlm blog tu, cuma jgn risau, aku puas hati jugak dpt lukis dalam keadaan penuh emosional utk drawing tuh hehe-x sampai 12 jam marah aku tu reda.
anyway, aku rasa setakat ni blog bro dah jad arkib komik malaysia ni-keep it up and terima kasih utk ambil berat kat aku.

Jonjenin said...

timo kasih yo samo kau tembakau...
gua bukan apa...tengok lu lakar pastu tulis macam tu rasa terkujat jugak...hehee..itulah namanya kehidupan tak sunyi dek pelbagai masalah, emosi, tekanan and wat ever yang kadang2 bikin kita hilang kawalan...apa pun ingat pada Allah...disitu ada ketenangan yang hakiki...orait!!!

AbGJaS said...

Hi Johan,
Abgjas pernah juga baca komik R.Hamzah ni melalui simpanan buku2 ibubapa abgjas dulu2.

Ternyata lukisan kartun/komik dulu lebih kemas dan teratur.