CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 19, 2008

RAJA HAMZAH & KARTUN MAT JAMBUL


Pernahkah korang membaca Siri kartun “Keluarga Mat Jambul”?. Siri kartun “Keluarga Mat Jambul “ ini dihasilkan oleh Raja Hamzah. Watak kartun ini disiarkan sejak keluaran sulung Berita Harian pada 1 Julai 1957 hingga 1981. Keluarga Mat Jambul menampilkan kisah-kisah lucu dalam kehidupan seharian watak utamanya Mat Jambul dan isterinya Gayah. Asal usul nama Mat Jambul boleh dirujuk kepada dua sumber : pertama adaptasi fonetik nama “Gambols” dalam bahasa Melayu, dan kedua, ia merujuk kepada stail rambut jambul yang popular di kalangan lelaki dekad 50-an dan 60-an.


Siapa Raja Hamzah?Kalau korang hendak tahu, Raja Hamzah ini ialah kartunis dan pelukis komik tanah air yang terkenal lagi berpengaruh pada awal perkembangan kartun Melayu pada dekad 1950 –an. Beliau merupakan kartunis dan pelukis komik penting dalam akhbar Melayu menjelang dan selepas kemerdekaan. Raja Hamzah pernah bekerja untuk penerbit penting akhbar-akhbar Melayu, iaitu Utusan Melayu Press dan The Straits Times. Siri-siri kartun dan komiknya muncul dalam Utusan Melayu pada dekad 50–an , dan diterbitkan berterusan dalam akhbar Berita Harian sejak keluaran sulungnya lagi. Karya-karya Raja Hamzah mewarnai dunia kartun dan komik Melayu 1950-an hingga 1960-an. Malah, perkembangan dunia kartun dan komik Melayu pada era awal selepas merdeka selari dengan perkembangan profesionnya. Raja Hamzah menjadi wira dan inspirasi ramai pelukis muda, termasuklah kartunis tersohor Lat. Sebelum menghasilkan “Keluarga Mat Jambul” dalam Berita Harian dan Berita Minggu, Raja Hamzah menerbitkan siri kartun lerang “Dol Keropok dan Wak Tempeh” serta komik-komik cerita seram dalam Utusan Zaman pada 1950-an. “Dol Keropok dan Wak Tempeh” serta “Keluarga Mat Jambul” adalah dua sumbangan penting Raja Hamzah kepada perkembangan dunia kartun Melayu. Menerusi kedua-dua siri ini, beliau menjadi kartunis pertama yang mempersembahkan kisah perhubungan suami isteri dan hidup keluarga dalam kartun-kartun selepas kemerdekaan. Pendekatan yang konsisten dalam menggambarkan tema sosial ini menjadi ikutan, khususnya dalam tradisi kartun lerang selepas Merdeka. Subjek tersebut dikembangkan oleh Lat menerusi “Keluarga Si Mamat” dalam Berita Minggu, dan “Din Teksi” oleh kartunis Nan dalam Mingguan Malaysia. Menerusi jenaka, siri kartun seumpama itu menjadi wadah menghibur serta mengkritik sikap masyarakat, disamping membuat komentar terhadap isu-isu budaya dan moral semasa.

Analisis terperinci mendapati “Keluarga Mat Jambul” sebenarnya adalah karya adaptasi siri kartun “ The Gambols” yang dilukis oleh kartunis terkenal Inggeris Barry Appleby. Dari segi gaya lukisan, seperti Appleby, Raja Hamzah menggunakan pengolahan ringkas dan kemas. Walaupun terdapat banyak persamaan di antara “Mat Jambul” dan “The Gambols”, Raja Hamzah berusaha menerapkan elemen-elemen kemelayuan dalam watak-wataknya, misalnya menerusi penampilan pakaian-pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, batik, kebaya dalam beberapa siri awalnya. Selain itu, ceritanya juga direka dalam persekitaran budaya tempatan, meskipun wataknya dipinjam dari luar.Mat Jambul muncul selama 24 tahun (1957-1981), sementara “The Gambols” diterbitkan akhbar Daily Express untuk lebih 46 tahun sejak 1950. Siri itu berakhir bila Appleby meninggal dunia pada 1996 (Ketika berumur 86 tahun) . Raja Hamzah meninggal dunia pada tahun 1981 – (Al-Fatihah buat Allahyarham Raja Hamzah).

Sumber: Artikel Prof. Madya Dr. Muliyadi Mahamood

Friday, January 11, 2008

KOMIKOO 1#

"BIKIN SAMA KOMIK, APA SUDIRMAN HJ. ARSHAD BIKIN SAMA CHOW KIT ROAD" itulah yang tertulis dibelakang komik KOMIKOO 0#. Dengan moto nya 'Bukan Komik Main-Main' ini menunjukkan bahawa penghasilan KOMIKOO bukan sekadar mahu mengisi kekosongan ruang pasaran komik di Malaysia, tetapi ianya ingin membuktikan bahawa komik bukan satu bahan bacaan yang boleh diperlekehkan. KOMIKOO tampil dengan humor yang lebih bijak, penceritaan yang menguja minda dan artikel-artikel yang berbentuk pandangan dan kritikan yang lebih jujur dan telus. KOMIKOO juga memberi jaminan hakcipta pada setiap artis komiknya. Artis komik berhak terhadap komik yang mereka hasilkan dengan memegang IP untuk karakter ciptaan mereka.

Apapun kemunculan KOMIKOO 1# lebih mantap dan bertenaga, walaupun ia agak nipis berbanding isu 0#.kehadiran KOMIKOO kini mula disedari dan semakin mendapat perhatian pengemar komik tempatan.
Tahniah buat team KOMIKOO semua.
DAPATKAN KOMIKOO SEKARANG!!!

Wednesday, January 2, 2008

JENDELA 2008

Majalah Gila-Gila otai majalah humor tempatan.

Majalah humor terbitan Karangkraf.

Majalah Ujang yang pernah mencetus fenomena.

  • Majalah kartun adalah satu bentuk majalah hiburan yang ringan untuk me rileks kan minda. So,kali ini aku paparkan 3 majalah humor baru dan yang dah lama beraksi di pasaran. mungkin majalah-majalah ini dulu pernah menjadi majalah No. 1 di Malaysia. Adakah kini ianya terus mantap atau semakin kurang mantap.
Kalau anda menjadi pembeli atau pengemar majalah humor tempatan yang mana menjadi pilihan anda???
atau
anda ada pandangan yang ingin dikongsikan? silakan...