CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 17, 2007

KARTUN DAN KOMIK KITA WAJAH SIAPA?


Komik merupakan satu bahan bacaan yang menarik minat remaja dan kanak-kanak. Sejak akhir-akhir ini kebanjiran komik dari luar semakin mengila di pasaran . Ianya seakan-akan seperti tiada sekatan atau penapisan daripada pihak sepatutnya? Jika tiada apa-apa tindakan atau sekatan daripada pihak berkenaaan dalam masa terdekat ini, sudah tentu ianya mampu melumpuhkan penerbitan produk komik tempatan. Perkara ini sepatutnya mendapat perhatian serius dari semua pihak. Kita menyedari dewasa ini pelbagai karya seni luar sewenang-wenangnya menembusi pasaran Negara kita. Malahan sanjungan masyarakat kita terhadap produk luar ini begitu luar biasa. Adakah kita sekarang ini telah dijajah menerusi cara yang paling halus tanpa kita sedari. Jika lambakan produk-produk komik luar melebihi produk komik tempatan sudah tentulah produk komik luar ini akan memonopoli pasaran (tiada keseimbangan). Karyawan kita pula kelihatan begitu asyik menghasilkan produk komik yang boleh dikatakan 100% menyerupai gaya produk komik luar kerana ianya dikatakan lebih menarik minat pasaran. Tanpa kita sedari keadaan ini memperlihatkan bahawa kita sedang membunuh industri komik kita sendiri. Sekaligus kita sudah tidak ada apa yang boleh dibanggakan lagi. Mungkin di masa akan datang peminat komik kita sendiri sudah tidak dapat membezakan identiti komik tempatan. Di saat itu nanti kita akan melihat penjajahan yang paling dahsyat akan meracun minda generasi akan datang.

0 comments: