CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 11, 2007

RAJA KARTUN MALAYSIA -ALLAHYARHAM REJABHAD.





http://main.cesb.net.my/

Rata-rata jika ditanya pada kartunis di Malaysia SIAPA RAJA KARTUN MALAYSIA? Semua pasti akan mengenalinya. Baik kartunis yang masih baru ataupun mereka yang sudah lama mengharungi kerjaya ini. Rejabhad layak di gelar Bapa Kartun Malaysia yang terulung. Nama sebenar beliau ialah Jab bin Had. Beliau lahir pada 23 Ogos 1939 dan berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kartun pertama beliau pernah tersiar dalam majalah gelanggang filem (terbitan Allahyarham tan Sri P Ramlee) keluaran Julai 1958 (ketika itu berusia 19 tahun). Sebelum beliau bergiat aktif dalam dunia kartunis, Rejabhad sebenarnya pernah berkhidmat sebagai anggota tentera. Menurut beberapa sumber - Rejabhad pernah berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menghalau komunis dari kawasan pedalaman sewaktu zaman selepas merdeka. Beliau telah melukis satu kartun ringkas dalam bahasa China lalu dicetak dalam bilangan yang banyak serta diedarkan melalui kapal terbang dengan cara mengugurkan karyanya itu seperti peluru ke kawasan pedalaman untuk dibaca oleh pihak komunis. Kartun itu menceritakan tentang keadaan Tanah Melayu dan keadaan komunis ketika itu. Beliau juga pernah dijemput menemui menteri bersama beberapa rakan kartunis lain di dalam sebuah bilik khas untuk membantu kerajaan membenteras gejala dadah. Dia adalah satu-satunya askar pencen yang pertama dijemput menyertai batalion askar yang masih aktif dalam menjalankan tugas.
Kejujuran dan keikhlasan Rejabhad untuk melihat lebih ramai kartunis lahir bagi mewarnai arena kartun Negara dapat dilihat melalui kesungguhan beliau dalam mendidik kartunis pelapis. Mereka yang pernah mendapat tunjuk ajar dari beliau ialah kartunis tersohor Dato Lat, kartunis Juragan dan boleh dikatakan sebahagian besar kartunis Malaysia (tahun50-an hingga 2000) pernah mendapat tunjuk ajar darinya.. Beliau juga telah mempunyai galeri peribadi di Pulau Pinang. Selain itu, kartunnya yang berjudul ‘Tan Tin Tun’. pernah diminta oleh seorang penerbit untuk difilemkan dan dijadikan satu cerita lawak untuk rancangan bersiri TV. Untuk mengenang jasa dan menghargai perjuangan beliau maka pihak syarikat Creative Enterprise (penerbit Majalah Humor- Gila-Gila ) telah memberi kebebasan untuk berkarya selama mungkin yang beliau mahu.. Dia mengakhiri hayatnya pada usia 63 tahun akibat penyakit jantung. Kehilangan beliau dalam arena kartun tanahair terlalu sukar untuk dicari ganti.
Di antara koleksi kartun Rejabhad yang popular dan diminati oleh pelbagai peringkat umur sehingga hari ini ialah Perwira Mat Gila (tiga jilid), Tan Tin Tun, Mawar Oh Mawar, Selendang Siti Rogayah, GG Dengan Rejabhad, Prebet Dabus, Senyum sedikit (dua jilid), Pisang emas Jalak Lenteng dan Amal (anak Periwara Mat Gila).
Perjuangan dan pergorbanan Raja Kartun Malaysia ini harus diteruskan oleh kartunis-kartunis masa kini sampai bila-bila dengan meletakkan martabat kartun di Malaysia setaraf dengan kartun Antarabangsa -Al-Fatihah buat Allahyarham Rejabhad.-
(sumber-alifstyles)

8 comments:

JEFFROCKERS said...

terima kasih atas lawatan ke blog saya. kartunis hebat rupanya saudara ini :)

saya akan kembali melawat ke sini setelah lepas masa sibuk nanti.

selamat berpuasa.

Jonjenin said...

thanks jeffrockers...selamat berpuasa.

AbGJaS said...

Hi Johan,
Abgjas ada sedikit pengalaman, bertemu,bertukar2 fikiran dan menghadiri bengkel kartun bersama Allahyarham Rejabhad.

Saya menyanjung beliau kerana mempunyai semangat dan jati diri yg tinggi dlm berkartun.

Malah saya bimbang suatu ketika dulu, GG akan terpengaruh dgn kartun/komik asing slps ketiadaan beliau.
Alhmdulillah tidak.

Al Fatihah utk Arwah Rejabhad..

Jonjenin said...

bertuah la sebab dapat bersua dengan beliau...saya hanya dapat memerhatikan dari jauh jer...
Allahyarham sememangnya menunjukkan komitmen dalam melahirkan pelapis baru.

alifstyle said...

saya juga salah seorang anak murid Pak Jab.

Dia seorang yang jujur dan kelakar. Banyak kenangan manis bersamanya. Dia banyak mencorak gaya tulisan dan kartun saya.

bawah ni adalah artikel saya berkenaan beliau.
http://alifstyles.tripod.com/rejabhad/

izuan razali said...

nk tnye ni...tau tak rejabhad lukis kartun dlm ahkbr ape?tahun ble dan ape tajuk krtun die...nk mklumat tuk wat thesis sy.

choco_cutez89 said...

salam...
mcm mn kalo nak join job melukis karton kat snie ek?

Jonjenin said...

itu tak pasti ler vegi..maaf ek.

choco..ko nak job lukis kartun ke? try hantar kar cesb sdn bhd kat bangsar nu..penerbit majalah gila-gila. try ler beb!