Sekarang sana sini orang memperkatakan tentang BUDAK LAPOK...dari kedai kopi sampai lah ke bebudak sekolah...semua memperkatakan tentangnya....Sama-samalah kita saksikannya sebagai tanda menyokong animasi tempatan.
BUDAK LAPOK-Animasi yang bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri.
Filem animasi Budak Lapok terbitan Matahari Animation & Production Sdn. Bhd. Filem animasi arahan Anwardi Jamil yang bakal ditayangkan pada musim Hari Raya Aidilfitri ini itu merupakan filem yang diinspirasikan daripada alam kehidupan P. Ramlee. Dalam filem berdurasi 90 minit itu, penonton dibawa kepada kisah pertemuan antara P. Ramlee dengan Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Budak Lapok merupakan filem ketiga animasi tempatan selepas Silat Legenda dan Putih.
Menurut Anwardi, filem yang didedikasikan kepada seniman legenda itu dibuat berdasarkan penceritaan semula oleh Aziz Sattar dan S.Shamsuddin. Kata Anwardi, projek Budak Lapok telah dimulakan sejak tujuh tahun lalu dan kira-kira dua tahun lalu barulah siap sepenuhnya. "Filem animasi memerlukan ketelitian. Dari masa ke semasa kami banyak belajar dan memperbaiki kelemahan yang ada. Lakaran karakter yang dicipta mirip kepada kartun ciptaan Datuk Lat. Semua kerja untuk filem ini menggunakan kepakaran tempatan," katanya yang memilih MIG Production Sdn. Bhd., sebagai pengedar.
Filem yang menampilkan karakter Ramlee, Ajiz dan Sudin dengan kos pembikinan RM2.589 juta itu bukan sahaja sesuai ditonton oleh kanak-kanak tapi seisi keluarga kerana ia ada mesej dan menghiburkan.
Sinopsis Budak Lapok
Kisah bermula apabila tiga sahabat dari Kampung Sebatang Pinang iaitu Ramlee, Ajis dan Sudin menyertai pertandingan bola sepak. Mewakili kampung mereka, Ramlee, Ajis dan Sudin terpaksa berdepan dengan pemain-pemain dari Kampung Semerah Padi yang diwakili oleh Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim.
Dalam masa yang sama mereka cuba memikat hati tiga anak gadis; Nani, Salmah dan Eton dengan menyertai pertandingan drama antara sekolah-sekolah walaupun Ajis dan Sudin gerun berada di atas pentas berhadapan dengan orang ramai. Keadaan bertambah rumit apabila kedua-dua pertandingan tersebut jatuh pada hari yang sama.
*(Sumber : Akhbar Berita dan Utusan)
- Moh kita ramai-ramai ke pawagam sepanjang Aidilfitri nanti.
4 comments:
Long time ago I read about Lat and Lat is from Malay too....nasihkah komik2 nya ada?
yap...
kartunis Lat masih melukis dan koleksi beliau masih dijual dikedai buku seperti MPH books store.
Aku rasa sungguh malang sekali apabila animasi budak lapok ni ditayang musim raya, pasal...:
1. Ramai wargakota lari balik kampung.
2. Masa yang sama, panggung wayang juga turut menayangkan filem animasi 3d Walt Disney. mana boleh lawan.. Yak adus!! Finas mana? Mana? Betulkan syarat wajib tanyang.
3. Mintak persatuan penggiat filem malaysia buat sesuatu...
yup..tolong lerrr...jgn bunuh smgt karyawan tempatan.
Post a Comment