CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 23, 2007

Imuda yang Selamber







Abdul Rahim bin Muda. Itulah nama sebenar IMUDA. Beliau lahir pada 13 Disember 1959 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Merupakan anak ke – 6 daripada 8 orang adik beradik. Imuda cenderung pada bidang lukisan sejak zaman persekolahan lagi. Komik pertama hasil karya beliau bertajuk “Hang Sebat’, setebal 20 halaman. Tamat SPM pada tahun 1978, Imuda melangkah kealam pekerjaan. Kerjaya pertama Imuda adalah di United Book Company iaitu sebuah syarikat penerbitan buku. Imuda pernah menjadi pelukis illustrator Majalah Dunia Kanak-kanak. Kemudiannya beliau berpindah kerja dan menjawat jawatan Penolong penulis di DBP.

Kerjaya Imuda kini bukan sahaja dapat dilihat pada bidang lukisan kartun, potret dan karikatur sahaja. Imuda membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang berbakat dalam semua lapangan bidang seni sama ada berlakon, menyanyi, pengacara, pelawak.
Lakonan sitcom paling popular beliau ialah Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekaligus mencatat rating sitcom paling mendapat sambutan di TV3. Watak Budin yang dilakonkan oleh Imuda sememangnya mencuit hati seperti karya kartun beliau. Menurut Hatta Azad Khan “Kombinasi Imuda sebagai pelakon komedi dan Pelukis adalah gabungan luar biasa yang menarik. Jarang kita bertemu dengan pelukis komik yang dapat melakonkan watak lukisannya.” Itulah kebolehan Imuda. Di Antara Karya kartun Imuda yang popular ialah Imuda dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Kini Imuda sering muncul dalam sitcom Salam Pantai Timur.
Semoga beliau terus sukses dan mencipta kejayaan dalam hidup!





7 comments:

aMeir said...

Imuda juga pernah menghasilkan karya animasi dalam filem Mat Gelap.

AbGJaS said...

Hi Johan,
Perlu dicatatkan juga, Imuda adalah penggiat teater dan kemudian filem.

Siri Pi Mai Tang Tu adalah adaptasi teater 'Syyy'dan 'Kembara Seniman Jalanan' adalah filem pertama beliau.

Semasa abgjas kecil dulu, selalu baca kartun2 beliau spt 'Bedah', 'Yushimura', Maharaja vs Birch' dll.

Memang Imuda seorang yg multi-taltented.

Anonymous said...

Rindu aksinya dalam MAT SOM the movie..

Jonjenin said...

yup...itulah imuda yang semua orang kenal.
thanks atas penambahan info daripada kengkawan semua...

jOnOs said...

Imuda juga selalu pekena teh tarik dengan Pyanhabib di Taman Melawati.

USANA said...

Jangan lupa imuda juga pernah menghasil album lagu pada tahun 93 terang gelap terang gelap

USANA said...

AN EVENING IN PARIT

* Kalau tuan ke negeri le teman
Jangan lupa buah le tangan
Pasu sayong buah deghiyan
Singgah dekat Bota Kanan
Bota, Bota, Bota, Bota Kanan
An Evening In Parit

Kalau tuan ke negeri le teman
Jangan lupa buah le tangan
Pasu sayong buah deghiyan
Singgah dekat Bota Kanan
Bota, Bota, Bota, Bota Kanan
An Evening In Parit

Pendudok yang paling ghamei
Semua tempat deme tinggal
Dinding, Lumut sunggoh permai
Batu Gajah belom sampei

Bandar Di Raja di Kuale Kangsor
Sungei Perak memang besor
Pekan Tambun tempat askor
Nak berkelah ke Pulau Pangkor

Amat terkenal dengan bijih le timah
Hasil bumi juge pokok le getah
Orang kaya ghamah tamah
Bile lalu ajak singgah
Buat daku, daku, daku lemah
An Evening In Parit

Pekan Parit sudah maju
Banyok kedai dan jalan baghu
Jembatan moden tak macam dulu
Bergoyang goyang bila lalu

Bandor Ipoh ibu negeri
Taman indah menarik hati
Limo Tambun senang caghi
Tepi jalan pon boleh beli

Ulang *

An Evening In Parit… ulang 3x