Majalah g3 keluaran Karangkraf yang Gah,Gempak, Giler!
Koleksi Paling Best buah tangan Gayour!
Koleksi Paling Best buah tangan Gayour!
Sepanjang Jalan Kenangan.
Slash yang Rock!
Cover kaset BS yang Rakus!
MARI KENAL BELIAU:
Mazli Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Gayour merupakan kartunis yang tidak asing lagi dalam arena kartun tanahair. Beliau berasal dari Bahau, Negeri Sembilan dan dilahirkan pada 21 Disember 1968. Kartunis Gayour cukup terkenal dengan kartun yang bertemakan rock dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri terutama golongan yang meminati muzik berkenaan. Beliau yang pada awalnya bercita-cita untuk menjadi pelukis komik dan pernah mengikuti kursus melukis komik di Penerbitan Media Seni menerusi pos pada awal tahun 80-an dahulu. Namun hasrat Gayour untuk menjadi pelukis komik terbantut apabila syarikat penerbitan tersebut ditutup pada tahun 1983.
Kemudian beliau beralih menjadi pelukis sambilan di Majalah Gelihati. Pada tahun 1990, beliau ditawarkan menjadi kartunis tetap masa di Majalah tersebut.
Selepas 3 tahun bersama Gelihati, Gayour berkhidmat pula dengan majalah Gila-Gila.
Kemudian pada tahun 1994, beliau bergandingan dengan kartunis Ujang menerbitkan Majalah UJANG. Sejak itu Gayour terus mengukir sejarahnya dengan karya-karya yang cukup membanggakan. Apabila kartunis Ujang keluar dari Majalah UJANG pada 1997 dan menerbitkan Majalah Varia Lawak, kartunis Gayour turut serta berkarya dalam Majalah itu. Namun begitu, beliau telah dipanggil semula untuk menghidupkan kembali Majalah UJANG di bawah Penerbitan MOY Publications @ Kharisma Publications pada tahun 1997 dan dilantik sebagai Pengarah Penerbitan Majalah UJANG pada ketika itu.
Kemudian beliau berpindah ke Majalah Era@MOY dan Blues Selamanya terbitan syarikat yang sama.
Pada tahun 2005, kartunis Gayour tampil bersama Majalah humor baru iaitu Majalah g3, terbitan Karang Kraf Sdn bhd. Kini beliau masih lagi mengekalkan imej Rock dalam karya-karya kartun terbaru beliau.
Diantara karya kartun yang Gayour hasilkan ialah Siapa Yang Harus Dipersalahkan, Slash, Amir, Bersama Selamanya dan yang karya terbaru Apa yang Aku Cari.
Apa yang Gayour harapkan dalam berkarya ialah memberi dan menghasilkan yang terbaik dalam karyanya. Perkara yang terpenting beliau mahu peminatnya mendapat kebaikan juga dari setiap karyanya.
Barvo buat kartunis Gayour.Yeargh!!! Rock Dulu, Kini dan Selamanya.

(nota cuak: kalau ader kesilapan En. Gayour bagi Correction ek!)
7 comments:
Gayour lah yang aku mula mula jumpa kat kharisma publication.waktu tu aku sesat salah satu tingkat kat plaza pekeliling...waktu tu aku nak pergi interview animation usop sontorian...aku nampak satu mamat ni rambut dia masyaallah...buahkormak..!!! walaupun ghambut dia macam tu...tapi dia layan soalan aku dengan muka ada senyum....
tu lah gayour....yang serbaserbi warna hitam..dari rambut sampai kasut
pengalaman cukup berharga tu.biar Nampak Rock kapak....tapi hati baik..hihihii
Hi Johan,
Abgjas masih ingat, Kartunis Gayour terpaksa 'melembutkan' unsur2 rock semasa berkarya bersama GG berbanding dalam Gelihati. Mungkin disebabkan dasar GG yg agak sederhana dlm menonjolkan unsur2 budaya luar.
Namun sebaik meninggalkan GG, rock terus hidup dlm diri Gayour!
hi..abgjas...lama tak nampak?
itulah gayour dulu kini dan selamanya..
gayour... gayour... tak tau nak cakap apa lagi... antara orang yang banyak ajar aku tentang katun nih... Caya lu gayour!!
ubi
www.ubikartun.com
diamdiamubi.blogspot.com
ubi pon best gakk..kan? kan? hahaha
itu hanya sedikit sumbangan yang mampu gua beri pada industri kartun tanahair. moga semua sahabat sihat, panjang umur dalam iman, berjaya, diberkati dan dirahmati Allah.
pada semua, terima kasih atas kebaikan dan sokongan pada gua selama ini. gua sangat menghargainya. terima kasih.
Post a Comment