TERBITAN KHARISMA PICTURE
ANIMASI UPIN DAN IPIN
TERBITAN LES COPAQUE
Suatu ketika dulu kita tidak menjangkakan bahawa anak tempatan mampu menghasilkan animasi yang membanggakan. Kita sering memperlekehkan kemampuan anak tempatan yang bercita-cita besar ke arah menjadikan kartun tempatan sebagai kartun animasi.
Kini segala-galanya sudah terjawab. Animasi anak tempatan terus menjulang di persada Dunia. Karyawan animasi berjaya menjual produk-produk animasi tempatan ke pasaran luar. Dan ianya mendapat sambutan yang mengalakkan.
Perkara ini sekaligus membuka mata mereka yang dulunya akan ketawa besar bila mendengar tentang kartun animasi tempatan. Bagi mereka semua itu tidak logik dan cita-cita itu hanya sia-sia sahaja.
Namun, atas keberanian dan percaya dengan kemampuan anak-anak tempatan, maka muncul beberapa pengkarya yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Mereka ini sanggup bersusah payah mencari modal dan pelabur yang sanggup membantu mereka. Pada ketika ini pihak kerajaan masih belum menyakini kemampuan mereka. Oleh sebab itu, kurangnya bantuan modal untuk perkara ini.
Setelah melalui susah payah dan pahit getir..maka segalanya menjadi manis bila mana terpampang di kaca televisyen sebuah animasi anak tempatan. Seluruh Rakyat Malaysia berbangga dengan produk animasi tempatan ini. Walaupun kemampuan animasi itu masih lemah dan belum cukup mantap. Suntikan semangat ini, telah memberi laluan kepada penciptaan animasi tempatan yang lain. Maka muncul syarikat animasi yang berlumba-lumba menghasilkan animasi mereka sendiri. Perkara ini telah membuka mata masyarakat bahawa kita mempunyai banyak pengkarya animasi yang berbakat besar dan anak tempatan kita mampu menghasilkan animasi yang lebih baik jika ada modal dan sokongan dari pihak kerajaan.
Setelah melalui pelbagai fasa perubahan dalam dunia animasi tempatan . Maka kita berbangga kerana animasi kita telah melangkah jauh lebih baik pada hari ini. Buktinya dengan kemunculan animasi 3D yang semakin menjadi kegilaan generasi kini. Fenomena ini merupakan satu anugerah buat pengorbanan pengkarya-pengkarya animasi dahulu yang berjuang dengan perit getir untuk melihat animasi berpencak di persada dunia. Tahniah buat Anda Semua yang berjuang untuk animasi tempatan. Semoga karyawan animasi kita terus mendapat sokongan dari semua badan-badan swasta mahupun kerajaan dalam memastikan animasi tempatan terus berjaya.
3 comments:
Tahniah JonJenin.Anda ternyata amat perihatin dan mengetahui sejarah kartun animasi dengan baik.Saya sangat bersetuju dengan anda dan kita tidak seharusnya melupakan perjuangan perintis awal animasi negara ini seperti Abdul mutalib hassan,kamn Ismail dan kartunis Ujang.Pengorbanan mereka dalam memperjuangkan animasi ketika masyarakat belum mampu memahami kehebatan industri ini dan ramai pihak atasan belum membuka mata serta memberi bantuan tidak boleh di pandang ringan.Semenjak kemunculan Usop Sontorion yang menjadi kegilaan kanak-kanak dan kebanggaan rakyat malaysia...kini industri itu terus berkembang dan mendapat suntikkan jutaan ringgit dari kerajaan melalui MDEC bakal menyaksikan Malaysia sebagai salah satu pengeluar animasi anak tempatan yang terbaik.Saya sangat bersetuju siri UPIN dan IPIN merupakan buah yang manis hasil jalan yang di rintis oleh Usop Sontorion.Credit harus di berikan kepada Hassan mutallib,kamn Ismail kartunis ujang,seluruh pelukis animasi yang terlibat dalam menghasilkan kartun animasi negara.
TAHNIAH UTK ANDA JUGA KERANA TERUS MYOKONG KARYA2 TEMPATAN.
Bukankah animasi pertama di Malaysia adalah dari Kerajaan Malaysia sendiri? Kalau tak salah, animasi Kancil dan Monyet. Betulkan saya kalau salah.
Post a Comment