CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

KARTUNIS DAN BAHASA ROJAK.

PROGRAM BUAL BICARA- ALLY 11.00 MALAM (RABU)

PERBINCANGAN TOPIK PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.

MANTAN PENGARAH BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DAN JURU PERUNDING BAHASA.


FELO PENYELIDIKAN INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU



KARTUNIS MAJALAH GILA-GILA



Adakah tindakan kartunis komik menggunakan bahasa rojak turut membuatkan penggunaan Bahasa Malaysia dipinggirkan? Ikutilah komen kartunis Ujang dan dua orang tetamu istimewa, dalam Program bual bicara ALLY- eksklusif di TV3 (28 Januari 2009-Rabu)


Dalam temubual selama hampir satu jam ini pelbagai isu menarik mengenai bahasa diperbahaskan. Pengacara Ally Iskandar telah mengutarakan kepada kartunis Ujang tentang peranan kartunis dalam memartabatkan bahasa. Menurut Ujang, kartunis hanya merakam apa yang berlaku dalam persekitaran masyarakat. Bahasa yang kartunis gunakan dalam karya itu bukanlah bahasa ciptaan mereka sendiri, sebaliknya ia benar-benar wujud dalam masyarakat ketika itu dan kartunis bertindak sebagai perantaranya sahaja.



Menurut beliau lagi, sekitar awal tahun 80-an dahulu, ketika awal penglibatan beliau dalam penghasilan karya kartun bersama Majalah Gila-Gila sudah ada pakar-pakar bahasa yang menegur tentang isu bahasa ini melalui seminar yang dianjurkan. Pakar-pakar bahasa menegur kartunis agar menggunakan bahasa yang betul dalam berkarya kerana kartunis mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Teguran ini dijawab oleh kartunis bahawa jika mereka menggunakan bahasa yang betul, maka humor yang dihasilkan tidak sampai dengan mudah kepada pembaca.



Walaupun kartunis menerima pelbagai kritikan dan kutukan kerana di anggap sebagai pencemar bahasa, namun ianya tidak menjadi tekanan kepada kartunis. Kartunis berkarya dengan berpegang kepada bahasa kartun untuk menyampaikan humor, maka kartunis tidak perlu menukar bahasa kartun ke dalam bahasa yang lebih formal. Biarlah bahasa kartun ini diletakkan dalam satu kumpulan bahasa yang tersendiri seperti mana pakar bahasa boleh menerima bahasa melayu klasik sebagai satu kelompok bahasa.

Masyarakat juga sudah bijak dalam mengenalpasti mana bahasa formal dan bahasa tidak formal. Mereka dapat menyesuaikan penggunaan bahasa ini dalam urusan formal dan tidak formal.



Sumber: Bual Bicara ALLY-TV3.
Anda boleh mengikuti Rakaman temu bual topik ini secara penuh dengan melayari laman web berikut:

2 comments:

aMeir said...

Zaman dulukala, peri dikhabarkan orang terdapat seorang sultan yang sungguh baik lagi mulia hatinya. Demikian lumrah, baik pemerintah maka baiklah juga sekelian hamba rakyat jelata. Rajin sultan maka rajin berkali gandalah pula para rakyat di bawah naungan pemerintahannya. Sehingga tiba suatu ketika, datanglah rasa gundah dan gulana dalam hati baginda sultan. Terdetik pula hatinya ingin mengetahui perihal sifat malas. Difikir benaknya, tidakkah malas dan rajin itu berpasangan sifatnya? Maka jika demikian, tentulah dalam ramai-ramai hamba rakyatnya yang rajin itu, tentu juga terdapat hamba rakyatnya yang bersikap malas. ...bersambung,
( www.ameirhamzahhashim.blogspot.com )

Jonjenin said...

hahaha..ko ni macam2 ler mier..bila nak makan roti bakar ni?