CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 4, 2008

OTAI MAJALAH KARTUN DAN HUMOR TEMPATAN.

PST - Maskot Legenda Gila-Gila

Penampilan Gila-Gila merentas pelbagai Generasi

koleksi Gila-Gila

Watak Dalam Gila-Gila

Minahleter dan Mat Romeo dalam Gila-Gila


Bila sebut Majalah Gila-Gila, semua golongan kenal!
Namanya cukup gah suatu masa dulu dan menjadi perintis kepada terbitnya majalah humor hari ini.

Majalah Gila-Gila boleh dikatakan sebagai otai majalah humor tempatan. Kemunculannya pada akhir dekad 1970-an sehingga kini telah melahirkan banyak kartunis-kartunis tanahair yang berketrampilan dan berjaya.

Majalah Gila-Gila telah merentas beberapa generasi dan kekal terbit sehingga kini. Jarang sekali keadaan seperti ini berlaku pada majalah humor yang ada di pasaran. Kebanyakkan yang pernah terbit dan meletup hanya seketika, kemudian perlahan-lahan lenyap di pasaran.

Apakah yang istimewa pada Majalah Gila-Gila hinggakan ia masih kekal di pasaran?

Menurut tulisan Prof. Madya Dr. Muliyadi Mahamood, Majalah Gila-Gila merupakan majalah humor tempatan yang banyak menekankan kepada teras kemelayuan dan keMalaysiaan. Ianya dapat dilihat dalam kartun-kartunnya, bukan semata-mata pada gaya lukisan malahan pada penceritaan. Hal ini memungkinkan ia agak berbeza daripada majalah-majalah humor yang lain. Majalah Gila-Gila bukan menghidangkan jenaka yang membuta tuli sebaliknya ianya ada bersifat pendidikan, sindiran, pedoman, teguran, nostalgia, dan hiburan sebagaimana yang tercermin dalam karya-karya Nuds, Rejabhad, Ujang, Aza, Amir Astar, Long, Cabai, Aloy dan lain-lain.

Contohnya Allahyarham Rejabhad yang digelar Raja Kartun Malaysia memang terkenal dengan kekuatan jati diri dan identiti kemelayuan. Pelbagai cerita diolahnya menerusi pendekatan bersifat kesusasteraan melalui penampilan elemen syair, pantun dan gurindam. Begitu juga karya kartunis Cabai yang mengambarkan suasana kehidupan masyarakat desa dengan halus dalam siri “Tiga Dara Pinggitan”. Manakala kartunis Nuds terkenal dengan siri nostalgia “Once Upon A time”. Ujang pula bersama siri “Atuk”. Semua karya-karya ini dekat dengan masyarakat tempatan dan ianya dapat diterima dengan mudah oleh semua golongan.

Maka tidak hairanlah, walaupun berlaku perkembangan pesat dunia penerbitan majalah humor dan kartun dewasa ini yang menyuntik pelbagai pengaruh pada karyanya serta lambakan komik-komik luar yang bertentangan dengan norma dan budaya tempatan, Majalah Gila-Gila masih kekal bertahan dengan gayanya yang tersendiri dan masih mempunyai pengaruh yang kuat. Majalah Gila-Gila boleh diibaratkan sebagai wira yang menyelamatkan maruah dan martabat kartun berjiwa tempatan.



4 comments:

AbGJaS said...

Hi Johan,
Abgjas adalah antara peminat GG yg masih setia hingga kini. Abgjas membesar bersama2 wujudnya majalah ini. Satu-satunya majalah yg terus bertahan dgn jati diri Malaysia.

Satu ketika dahulu, abgjas byk belajar Inggeris menerusi laman English 122/322 karya Long.

Kebolehan abgjas dlm menghasilkan idea dan melukis kartun byk dipengaruhi GG.

Namun generasi muda kini lebih gemarkan kartun/komik jepun-hongkong.... :(

Moga GG terus hidup!!!

Jonjenin said...

hi Abgjas...lama tak dengar cerita ...sihat?
hehee..GILA-GILA memang fresh keMalaysiaannya. terbaru GG akan terbit di bawah kartunis ujang.
Ujang sblm ni pernah terbitkan majalah. berdasarkan pengalaman beliau saya rasa beliau dapat memperkasakan balik GG agar menjadi majalah no. 1 di Malaysia.Insya Allah...wait and see..

abcd said...

hopefully bile ujang buat come back atau take over majalah GG ni, dapatla mengembalikan sengat yang makin hilang kat majalah GG ni. Bukan tak best ke ape.. cuma tak sepower dulu2 lawaknye.

Jonjenin said...

selamat ulangtahun ke 30 GG!!!