CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 9, 2007

ANIMASI GENG - FILEM ANIMASI 3D PERTAMA MALAYSIA.

Usaha MeDC membawa sebuah Filem animasi 3D pertama Negara berjudul Geng: The Beginning (Geng: Misteri Hantu Durian) ke luar Negara hingga pihak penerbit Les’Copaque Production (LCP) berjaya mendapat tawaran kerjasama untuk membuat filem animasi bersama Zhongnan Animation Group dari China. LCP juga baru menterai perjanjian dengan pengedar dari Rusia iaitu Voxell Group untuk mengedar filem ini ke 15 bekas Negara Soviet Russia. Filem ini juga bakal diedarkan di Eropah dan seluruh Asia melalui pengedar Papper Mint Asia Sdn Bhd. Pihak LCP memaklumkan bahawa pembikinan Filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM 1 Juta. Manakala Kementerian Pelancongan menyalurkan kewangan sebanyak RM 200,000 untuk tujuan mempromosikan Negara kita melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.
Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia. Sebagai percubaan, LCP menghantar penyertaan pada Anugerah Filem pendek 2006 (AFP06) dan berjaya memenangi Anugerah Pengarah Filem Animasi Terbaik menerusi Mohd. Nizam Abd. Razak , Animasi Terbaik dan Terbaik Keseluruhan AFP06. Filem animasi 3D ini berdurasi 90 minit dan mempunyai 40 babak yang menggunakan perisian maya yang bakal siap sepenuhnya pertengahan tahun depan. Semoga produk 100 peratus hasil kerja anak tempatan ini diterima dan mampu membangkitkan semangat semua pengiat animasi Negara untuk terus menghasilkan animasi yang menarik dan berkualiti.

0 comments: