CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 11, 2011

DERITA KARTUNIS BELITONG (Hulurkan bantuan, ringankan beban)






Kartunis Belitong bersama isteri dan anak-anaknya.

kartunis Belitong juga aktif melukis karikatur


Mohd Khairul Mohd Noh, 36, atau lebih dikenali Belitong yang disahkan menghadapi masalah itu sejak sebulan lalu berkata, dia kini tidak mampu bekerja disebabkan penyakit berkenaan.

Lebih malang lagi menurutnya, dia kini terpaksa menampung pembiayaan kos rawatannya sendiri apabila dimaklumkan slot rawatan di sebuah hospital kerajaan penuh.

“Saya perlu menjalanii rawatan di pusat perubatan dialisis swasta dengan kos RM250 termasuk kos suntikan bagi menambahkan penghasilan sel darah merah yang berkurangan,” katanya ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

Dia yang juga pernah menggunakan nama samaran ATANz dan Maus berkata, dia sekeluarga kini hanya mengharapkan bantuan pihak prihatin.

“Lembaga Zakat Selangor LZS meluluskan bantuan kos rawatan dialisis bagi Disember 2011 dan permohonan baru perlu dibuat untuk masa depan,” katanya.

Sementara itu, isterinya dikenali sebagai Aisyah berharap bantuan bulanan menampung kos rawatan suaminya itu disamping perbelanjaan bulanan tiga anak mereka yang akan memulakan persekolahan tahun depan.

“Kami sekeluarga tinggal bersama ibu, saya amat mengharapkan bantuan rawatan suami dan juga perbelanjaan anak-anak,”katanya.

Pasangan itu mempunyai empat anak masing-masing berusia tiga, enam, sembilan dan 12 tahun.

* BUAT PEMINAT-PEMINAT, RAKAN KARTUNIS YANG PRIHATIN DAN SESIAPA YANG MENGENALI BELIAU - SMS beliau untuk maklumat terkini dan menghulurkan bantuan : 012-7282361
Nombor account Public Bank beliau: Mohd Hairul Mohd Noh acc no 4989807124.

0 comments: