CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 28, 2008

KARTUN MENDIDIK MASYARAKAT.




Kartun selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak tetapi kartun terutama dalam bentuk cetakan kini sering digunakan sebagai medium menyampaikan sesuatu mesej tetapi melalui sindiran atau kiasan. Ini kerana sindiran menerusi kartun, walaupun pedasnya amat terasa tetapi tiada sesiapa yang boleh 'memarahi' si pelukisnya. Sindirannya boleh dan terpaksa diterima oleh semua orang. Kartun dalam bentuk cetakan sama ada dalam komik, majalah atau akhbar biasanya berkisar mengenai kehidupan harian sesuatu masyarakat tetapi disampaikan dalam bentuk yang lucu. Kartunis yang kreatif boleh menjadikan sesuatu isu yang dibincangkan oleh masyarakat sebagai bahan karya mereka dan di sebalik kelucuan kartun itu, mereka selitkan sindiran-sindiran yang tajam.Sebab itu, kita sering melihat orang tersenyum sendirian apabila melihat kartun kerana sindiran kartun itu sebenarnya terkena pada batang hidung mereka.

Di Malaysia, industri kartun telah lama berkembang dan antara majalah yang pernah popular satu ketika dahulu ialah Gila-Gila dan Gelihati yang banyak memaparkan kisah seharian masyarakat Malaysia.

Oleh itu, masyarakat kini tidak boleh memandang bahawa kartun ini sebagai satu bahan yang kurang berinformasi dan tidak mendidik. Kesedaran ini harus wujud dalam jiwa setiap lapisan masyarakat. Kewujudan kartun dalam memberi sumbangan terutama mendidik generasi hari ini harus di akui dan dihormati. Seseorang kartunis itu bukanlah mempersembahkan bahan jenaka yang kosong sebaliknya ada makna dan mesej tersirat yang perlu di ambil tahu.

Tugas kartunis dalam merakam situasi dan peristiwa yang berlaku pada setiap masa akan menjadi bahan rujukan sejarah akan datang, walaupun ianya bermodalkan lakaran kartun, tetapi jika diperhalusi sebenarnya kartun itu mengandungi nilai sebuah sejarah yang amat bernilai.

(SUMBER: akhbar tempatan)

5 comments:

aMeir said...

Dan kartun itu juga akhirnya menjadi sejatah yang tersendiri.

aMeir said...

RALAT : Dan lembaran kartun itu juga akhirnya menjadi sejarah yang tersendiri.

Jonjenin said...

betul tu amier....

Unknown said...

Hai, saya Mariana dari Brunei. Saya ingin meminta izin kepada Jon untuk menyalin gambar kartun yang pertama (situasi di sekolah)untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran saya dalam bilik darjah. Saya suka dengan kartun tu kerana ada mesej. Boleh saya 'copy'?

Unknown said...

Hai, saya Mariana dari Brunei. Saya ingin meminta izin kepada Jon untuk menyalin gambar kartun yang pertama (situasi di sekolah)untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran saya dalam bilik darjah. Saya suka dengan kartun tu kerana ada mesej. Boleh saya 'copy'?