CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 16, 2007

JENAKA NUDS PENUH BERMESEJ.


Nuds adalah kartunis yang popular dengan kartun SEMBANG SEMBANG dalam Majalah Gila-Gila. Beliau berasal daripada Sungai Siput, Perak. Beliau adalah kartunis yang memegang Diploma Accountancy dari UiTM. Karya-karya beliau sememangnya sarat dengan mesej. Sentuhan Nuds seakan-akan menyedarkan masyarakat tentang banyak perkara dalam kehidupan seharian melalui karya SEMBANG-SEMBANG. Sama ada kita sendiri sedari ataupun tidak, Kartun Nuds ini dilihat sebagai satu versi jenaka yang penuh bermesej. Antara kartun Nuds yang popular ialah SEMBANG-SEMBANG dan NUDIN.

Selain gemar melukis kartun, kartunis Nuds juga mahir dalam lukisan karikatur. Jika anda menghadiri promosi Majalah Gila-Gila, anda pasti akan dapat melihat Nuds melukis karikatur.

Kini Nuds muncul dengan Koleksi SEMBANG SEMBANG Jilid 1 (berwajah baru). Koleksi ini terdapat dalam 2 versi iaitu Soft Cover dan Hard Cover. Koleksi Nuds ini juga merupakan satu penghargaan buat semua peminat-peminat beliau. Jadi jangan lepaskan peluang anda menjadikan koleksi Nuds sebahagian dari koleksi peribadi Ekslusif anda.

2 comments:

AbGJaS said...

Hi Johan,
Sebenarnya slot Sembang2 dlm GG adalah kesinambungan Gebang-Gebang oleh kartunis Zunar. Slps Zunar meningalkn GG (mnjadi kartunis politik), ia ditukar nama Sembang-Sumbang sblm menjadi Sembang-Sembang spt skrg.

Stroke Nuds sgt ringkas tp kekuatan kartunnya trletak pd mesej yg dibawa.

JOE said...

thanks atas penambahan info. Zunar kartun yang lebih bercorak sindiran politik. tapi terpulanglah pada mana-mana kartunis tu punya kehendak kan.