CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 16, 2008

AKU BUDAK MINANG VERSI DRAMA TV!














There will be a time when you believe everything is finished....That will be the beginning...and The only joy in the world is to begin..... Walaupun beliau tidak rancak berkarya seperti dulu…Namun kartunis otai-ujang terus mencipta fenomena-fenomena melalui karya-karya terdahulunya –seperti Atuk, aca, aku Budak Minang dan Jibam.

Setelah dua puluh tahun berada di pasaran akhirnya Aku Budak Minang di adaptasi ke drama bersiri untuk siaran RTM. Drama terbitan Niscam Sdn Bhd dengan kerjasama CESB Sdn Bhd itu akan di terbitkan sebanyak 13 siri bermula siarannya pada awal tahun hadapan(2009).


Pengarah muda yang kreatif Zulkifli M. Osman diberi kepercayaan untuk mengarahkan drama yang dibintangi oleh Baharuddin Hj. Omar, Mak Jah, Along Raja Lawak dan ramai lagi dramatis tanahair.


SUMBER : the_derhaka_student

4 comments:

Maxis said...

saya ialah peminat majalah2 komik Malaysia, terutamanya humor. and, saya kini berumur 12 tahun. dah dapat IC dan keputusan UPSR. HEHE.

majalah komik pertama yang saya baca ialah majalah Ujang. masa tu bapak saya tolong belikan. Ujanglah yang memperkenalkan komik2 lain macam Gila2 dan Apo? kepada saya.

dari situlah saya mula membaca komik2 US, Jepun dan sebagainya.

majalah komik Malaysialah yang membantu saya dalam mata pelajaran BM. Ujang, Apo? dan Gila2 yang membuatkan saya minat mata pelajaran BM. saya masih lagi membeli komik Malaysia, walaupun komik2 seperti Ujang dan Apo? tidak lagi mengancam seperti tahun2 yang lepas.

blog ini amat berinformatif. dan saya akan terus menyokong blog ini.

sekian.

aMeir said...

saya pula berusia 3 kali ganda usia saudara perlu ditolak 3 tahun. Saya juga seperti saudara meminatai karya tempatan kerana ianya masih mengekalkan Identiti Bahasa dan bangsa yang punya jatidiri. Tapi saya agak musykil bagaimana anda dapat mengira mukasurat komik dan majalah tempatan dalam bahasa Melayu sedangkan anda belajar di sekolah menggunakan bahasa Inggeris. ha ha ha.

Maxis said...

ala... saya pun ada belajar BM apa... bukannya 100% bahasa inggeris.

Jonjenin said...

hehe..sama2 bagus..kalau belajar banyak bahasa lagi bagus..satu kelebihan tu kan. caiyok maxis n amier!