CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 9, 2008

ABURN,BOBOY,ABOI,ABON,AB DAN UMBUT.



Abu Bakar bin Abdullah. itulah namanya dalam kad pengenalan. Lahir pada 18 April 1966. Beliau merupakan kartunis yang juga mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia kartun. Berasal dari Kg. Batu 3, Bukit Merah, Bagan Serai Perak. Pada usia 16 tahun beliau sudah bermain dalam medan kartun. Bermula dengan tersiarnya karya kartun pertamanya di Majalah Batu Api, beliau mula mencipta nama sebagai kartun yang dikenali hingga kini. Karya-karya beliau pernah tersiar di dalam Majalah humor tempatan seperti Batu Api, Gelihati, Gelagat, Gila-Gila dan Humor, Din Lawak, Jenakarama, Gado-Gado, Ujang dan majalah kelolaan beliau iaitu Umbut.

Beliau pernah menerbitkan Akhbar kartun iaitu TERGELAK. Umbut mula mengorak langkah dalam dunia kartunis dengan Majalah kartun yang memakai namanya sendiri iaitu UMBUT. Beliau antara kartunis yang berjaya melahirkan majalah dengan memakai nama samaran sendiri selain UJANG, CABAI, TAUGEH dan AIE.

Koleksi terbaik beliau bertajuk Koleksi Humor Paparazzi terbitan Tinta Emas Publisher, merupakan karya tulen ciptaannya. Beliau seorang yang sering berusaha memperbaiki stroke kartun, ini terbukti apabila beliau berusaha menampilkan stroke kartun yang berbeza-beza. Satu Perkara yang unik mengenai beliau ialah mempunyai nama samaran yang pelbagai seperti Abon, Aboi, AB, Aburn, Boboy dan Umbut.

Umbut merupakan kartunis yang mengikut jejak Arwah Raja Kartun Malaysia (Pak Jab) kerana sering membantu mencungkil bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis kepada kartunis di masa hadapan. Kebanyakkan bakat baru hari ini adalah sebahagian dari usaha gigih beliau.Salah seorang kartunis didikan Umbut ialah Kartunis Poyo (Kecemprengman).

Setelah sekian lama bergeluamang dan merasa sepak terajang dunia kartun Malaysia, Umbut bersama rakannya Junoh melahirkan satu Buku Panduan Melukis Kartun yang mengekalkan keaslian gaya kartun tempatan. Buku ini mendapat sambutan hangat dipasaran dan menjadi panduan bakal pelapis akan datang. Keberanian Umbut dan Junoh melahirkan buku panduan melukis kartun ini seakan membuka laluan untuk kartunis lain mengikuti jejaknya. Kemudian Kartunis Gayour juga tampil dengan buku panduan melukis kartunnya yang banyak memberi panduan dan inspirasi kepada bakat pelapis baru.

Apapun ianya diharapkan menjadi perintis kepada kelahiran lebih banyak buku-buku panduan melukis kartun dari kartunis-kartunis otai Malaysia bagi mengekalkan keaslian karya kartunis tempatan yang semakin terancam.

2 comments:

azieazah said...

hmmm... asal Bagan Serai?

MokYang pun dulu bersekolah di sana gak...hehehe...

tapi tak sama generasi kot...

Jonjenin said...

Azieazah asal bagan serai gak...
ke sekampung..hehee