CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 29, 2008

USOP SONTORIAN


Teraju Utama Animasi bersiri Usop Sontorian,
Dari kiri: En. Kamn Ismail, Mr. Michael Lum, En. Md. Othman Yusof (MOY) dan En. Ibrahim Anon (Ujang)

Sejarah awal

Usop Sontorian merupakan animasi bersiri Malaysia yang pertama. Sejarah awal penciptaan watak animasi ini bermula pada tahun 1993, ketika itu, kartunis Ujang telah menyertai Kharisma Pictures dan beliau diminta mencipta watak untuk satu projek animasi pertama Kharisma pictures. Setelah dipersetujui maka watak kartun ciptaan kartunis ujang ini diberi judul Usop Sontorian. Kemudiannya Syarikat Kharisma Pictures mula merekrut karyawan bagi menjayakan penerbitan Animasi bersiri Usop Sontorian ini. Manakala Encik Kamn Ismail diberi peranan untuk melatih para karyawan yang ditemuduga melalui siri jelajah ke seluruh Malaysia. Pada asalnya karyawan ini buta animasi ataupun sekadar tahu sikit-sikit. Tetapi melalui perkembangan kepakaran dalam konsep “cuba dan silap dan cuba dan betulkan” ini, akhirnya pada pertengahan 1995, pihak RTM bersedia untuk menyiarkan Usop Sontorian bermula Januari 1996.


Sinopsis siri animasi bersiri Usop Sontorian:
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.

Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.




Majalah Kebanggaan Kanak-Kanak Malaysia:
Majalah kanak-kanak bertajuk USOP SONTORIAN juga telah diterbitkan bersama barangan jenama usop sontorian yang lain.

Usop Sontorian juga dijadikan siri bagi buku kisah teladan untuk kanak-kanak dengan pelbagai judul seperti Sayang Selebet, Balasan Si Pembohong, Jasa Si tempang, Ah Kim dengan seekor semut, Akibat malas dan lain-lain tajuk lagi.
Sumbangan dan Pencapaian Animasi Usop Sontorian:
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.

Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.

(Sumber artikel dan gambar : Carian google, blog jibam & blog Amir Hamzah Hashim.)

Friday, July 25, 2008

WOIITTT!! CEPATTT!!! CEPATTT!!. NAPE? GILA-GILA BILANGAN 690 DAH KAT PASARAN SEKARANG!!! MOH!! KITA BELI LEKAS!!!


Saturday, July 12, 2008

MEMPERKENALKAN KARTUN IDENTITI MASYARAKAT MALAYSIA.

Wednesday, July 9, 2008

ABURN,BOBOY,ABOI,ABON,AB DAN UMBUT.



Abu Bakar bin Abdullah. itulah namanya dalam kad pengenalan. Lahir pada 18 April 1966. Beliau merupakan kartunis yang juga mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia kartun. Berasal dari Kg. Batu 3, Bukit Merah, Bagan Serai Perak. Pada usia 16 tahun beliau sudah bermain dalam medan kartun. Bermula dengan tersiarnya karya kartun pertamanya di Majalah Batu Api, beliau mula mencipta nama sebagai kartun yang dikenali hingga kini. Karya-karya beliau pernah tersiar di dalam Majalah humor tempatan seperti Batu Api, Gelihati, Gelagat, Gila-Gila dan Humor, Din Lawak, Jenakarama, Gado-Gado, Ujang dan majalah kelolaan beliau iaitu Umbut.

Beliau pernah menerbitkan Akhbar kartun iaitu TERGELAK. Umbut mula mengorak langkah dalam dunia kartunis dengan Majalah kartun yang memakai namanya sendiri iaitu UMBUT. Beliau antara kartunis yang berjaya melahirkan majalah dengan memakai nama samaran sendiri selain UJANG, CABAI, TAUGEH dan AIE.

Koleksi terbaik beliau bertajuk Koleksi Humor Paparazzi terbitan Tinta Emas Publisher, merupakan karya tulen ciptaannya. Beliau seorang yang sering berusaha memperbaiki stroke kartun, ini terbukti apabila beliau berusaha menampilkan stroke kartun yang berbeza-beza. Satu Perkara yang unik mengenai beliau ialah mempunyai nama samaran yang pelbagai seperti Abon, Aboi, AB, Aburn, Boboy dan Umbut.

Umbut merupakan kartunis yang mengikut jejak Arwah Raja Kartun Malaysia (Pak Jab) kerana sering membantu mencungkil bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis kepada kartunis di masa hadapan. Kebanyakkan bakat baru hari ini adalah sebahagian dari usaha gigih beliau.Salah seorang kartunis didikan Umbut ialah Kartunis Poyo (Kecemprengman).

Setelah sekian lama bergeluamang dan merasa sepak terajang dunia kartun Malaysia, Umbut bersama rakannya Junoh melahirkan satu Buku Panduan Melukis Kartun yang mengekalkan keaslian gaya kartun tempatan. Buku ini mendapat sambutan hangat dipasaran dan menjadi panduan bakal pelapis akan datang. Keberanian Umbut dan Junoh melahirkan buku panduan melukis kartun ini seakan membuka laluan untuk kartunis lain mengikuti jejaknya. Kemudian Kartunis Gayour juga tampil dengan buku panduan melukis kartunnya yang banyak memberi panduan dan inspirasi kepada bakat pelapis baru.

Apapun ianya diharapkan menjadi perintis kepada kelahiran lebih banyak buku-buku panduan melukis kartun dari kartunis-kartunis otai Malaysia bagi mengekalkan keaslian karya kartunis tempatan yang semakin terancam.

Tuesday, July 1, 2008

GILA-GILA DAH MENGILA DI PASARAN !!!


woiitt!! tepii..tepi...beri laluan!!
Eh..Eh...Apasal ni haa??? nak kemana diorang ramai-ramai tu?
Lahh..kau tak tau ke? Gila-Gila dah mengila balik di pasaran sekarang!
Moh! beli cepatt!!!!