CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 28, 2008

KARTINI 10 TAHUN


KARTINI merupakan koleksi yang terbit daripada Majalah LANUN.
dibawah penerbitan MultiTriple Vision Sdn bhd, dimana kartunis Ujang selaku pengarah Syarikat tersebut ketika itu.
kemunculan koleksi ini suatu ketika dulu pernah menjadi fenomena.
SELEPAS 10 TAHUN
KINI...
KOLEKSI KARTINI
DI TERBITKAN SEMULA !!!

Tuesday, June 24, 2008

YANG DI TUNGGU DAH MUNCUL !!!




BERITA TERKINI BUAT PEMINAT UJANG BUDAK MINANG!!!

Nantikan karya beliau sambil memenangi peluang untuk makan tengahari esklusif bersama Ujang serta dapatkan karikatur percuma Original dari Ujang!

Maklumat lanjut layari web site : http://www.ujangonline.com/

Saturday, June 14, 2008

LEBIH BERGAYA DENGAN T-SHIRT KELUANG MAN EDISI TERHAD!

MILIKILAH SEGERA T-SHIRT KELUANG MAN !
PENAMPILAN ANDA PASTI LEBIH BERGAYA
DARI MEMBER-MEMBER YANG LAIN!


HARGA BERBALOI :RM 24.00 Sahaja
size S hingga XL
Lenggan panjang pun ada.
(STOK TERHAD)


Aktifkan keahlian anda dalam
Kelab Karyawan & Peminat Animasi Keluang Man - Original Member, secara otomatik dan Dapatkan Kad Keahlian Ekslusif pada pembelian Tshirt KELUANG MAN dengan harga paling murah iaitu hanya RM24.00 SAHAJA (termasuk bayaran Pos).


BAGAIMANA CARANYA ?


CARANYA MUDAH SAHAJA :-


Anda hanya perlu hantarkan Wang pos RM24.00 atas nama :


Animators Artworks


JANGAN LUPA sertakan bersama nama, alamat, Sekeping gambar berukuran paspot.

Sila nyatakan juga NOMBOR KOD T-SHIRT yang anda inginkan mengikut kod yang telah disediakan.


Segala Pesanan Anda hendaklah di alamatkan kepada:

Keluang Man - Original Member,
Animators Artworks
No 3B Jalan MJ 7, Medan Maju Jaya,
Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi melalui emel:
original.member@live.com.my
WEB SITE:

ATAU

Hubungi Talian :-

03-7770 1160 / 013-635 2728 (SHAM/AMIER)

Thursday, June 12, 2008

DIN BERAMBOI

- majalah DIN BERAMBOI-

(Mior Ahmad Fuad)


- koleksi DIN BERAMBOI-
(UJANG)


Buku Sawancara Din Beramboi -

( tulisan Mior Ahmad Fuad)





karektor Din Beramboi

( Lukisan Ujang)






? SIAPAKAH SEBENARNYA DIN BERAMBOI?





ADAKAH WATAK INI BENAR-BENAR WUJUD???





SUATU ketika dulu pada awal 1990-an, nama Din Beramboi cukup popular. Watak ini menjadi kegilaan pada ketika itu. Namun begitu watak Din Beramboi menjadi lebih misteri apabila ia diperebutkan.

SEJARAH AWAL PENCIPTAAN KAREKTOR WATAK DIN BERAMBOI.

Idea untuk melukis watak Din Beramboi dalam bentuk kartun bermula pada tahun 1987. Ketika itu, Ibrahim Anon (ujang) yang merupakan pelukis kartun majalah Gila-Gila sedang menuntut Pengajian Seni Kreatif di USM Pulau Pinang. Disanalah buat pertama kalinya beliau mendengar kaset interview dengan orang gila yang sangat popular dikalangan mahasiswa. Malahan kaset itu juga cukup popular di semua pusat pengajian tinggi.

Namun tidak siapa dapat memastikan dari mana kaset tersebut didapati. Isi kaset itu ialah temuramah dalam dialek negeri sembilan dengan orang gila yang menggelarkan dirinya Din Beramboi. Dalam temubual itu, Cara orang gila tersebut menjawap soalan-soalan yang diajukan cukup melucukan.

Dari sinilah timbul idea Ujang untuk melukis watak Din Beramboi ini. Pada awalnya iaitu dalam tahun 1988, beliau cuba mempopularkan watak kartun Din beramboi ini di majalah Gila-Gila. Watak ini telah diberi kolum khas dalam Isu Gila-Gila 325, keluaran 15 MAC 1992, Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran” pada muka surat 8 dengan artikel bertajuk “Siapakah Professor Serba Tau?” .
maklumat lanjut link-
http://jibam.cesb.net.my/2007/04/11/din-beramboi-di-gila-gila/

Pada Januari 1994, selepas keluar dari Majalah Gila-Gila, beliau terus mempopularkan watak Din beramboi dalam Majalah kelolaan beliau sendiri dengan mengambil nama samaran beliau iaitu UJANG bersama motto Majalah Lawak Antarabangsa. Majalah UJANG ketika itu, diterbitkan oleh Kharisma Publication Hood iaitu sebuah kompeni yang masih baru bagi bidang penerbitan, tetapi dalam bidang teknologi tinggi KHARISMA Group of Companies mempunyai empayarnya sendiri. Kharisma Group of Companies telah bertapak berpuluh tahun dengan rangkaian syarikat di beberapa buah Negara luar.


Pada keluaran pertama Majalah UJANG lagi, beliau telah memperkenalkan watak ini sekaligus dijadikan maskot majalah tersebut. Sejak itu watak Din beramboi seakan-akan memberi satu fenomena baru yang luar biasa dalam dunia kartun dan humor.



Ketika mengelola Majalah UJANG juga, beliau sempat menghasilkan 2 kaset rakaman Din Beramboi iaitu Radio 9 Din Beramboi dan Din Beramboi Live in Seremban. Kedua-dua kaset ini mendapat sambutan luarbiasa. selain itu terdapat juga 3 koleksi Din Beramboi diterbitkan. Salah satu Sebab jualan majalah UJANG mencatatkan rating yang tertinggi berbanding majalah kartun dan humor lain ialah kerana keberkesanan watak maskot Din Beramboi yang berjaya menambat hati pembaca Majalah tersebut.

Di saat watak ini mencapai puncak popularitinya, Muncul individu bernama Meor Ahmad Fuad Meor Badri yang mendakwa watak Din Beramboi sebenarnya ciptaannya. Ianya telah diciplak. Menurut Meor Ahmad Fuad, nama sebenar watak ciptaannya itu ialah Din Beramboi Alai Berjanggut. Menurut meor lagi, beliau membuat rakaman Din Beramboi itu secara santai dengan menggunakan alat perakam biasa. Kemudian dia meminta tolong rakannya menguruskan rakaman tersebut supaya menjadi lebih cantik. Tahu-tahu cerita Din Beramboi ciptaan beliau itu sudah tersebar luas. Maka berlakulah perebutan watak Din Beramboi tersebut. kontroversi ini turut digembar gemburkan oleh Media cetak dan elektronik.


Saat itu tiada siapa yang tahu kebenarannya hinggalah perkara ini berlanjutan ke mahkamah. Akhirnya Ujang menarik diri daripada perebutan watak itu. Menurutnya tidak mungkin beliau menjerat diri dengan kebodohan jiwa yang tidak terbatas.



Bagi Meor pula, nama Din Beramboi tersebut seolah-olah memberi satu sinar baru dalam kerjaya seninya. Beliau mula mendapat perhatian. Pada tahun 2000, Meor tampil dengan album celoteh bersama Aznil Nawawi berjudul Sawancara Aznil Dengan Din Beramboi. Album itu yang diterbitkan oleh Kirabagus diedarkan oleh PonyCanyon.


Selepas itu pada 2002, beliau tampil pula dengan album Din Beramboi Cari Makan yang memuatkan lagu dan sketsa terbitan Broadway. Kebolehan luarbiasa Meor Ahmad Fuad Meor Badri ialah beliau mampu meniru pelbagai gaya suara. Beliau pernah menjadi penyampai di stesen radio THR pada 1996. Sewaktu bertugas di stesen radio tersebut, beliau popular dengan program Ronda-Ronda.


Meor juga pernah melukis karikatur untuk majalah Din Beramboi yang pernah diterbitkan selepas kontroversi watak tersebut (tetapi hanya berjaya terbitan lapan isu sahaja) Majalah Din Beramboi @ Din Lawak diterbitkan oleh Tempo Publishing, 1997 Petaling Jaya. Beliau juga pernah mengeluarkan buku Siri sawancara eksklusif Din Beramboi/Mior Ahmad Fuad yang diterbitkan oleh Melati Publishing, Kuala Lumpur pada tahun 1995. Sehingga hari ini Meor Ahmad Fuad Meor Badri masih menggunakan nama samaran Din Beramboi buat dirinya.


Apapun, biarlah watak Din Beramboi ini menjadi lipatan sejarah buat semua kerana bukan niat aku mengenang kisah lama. Aku berpendapat bahawa watak Din Beramboi ini cukup meninggalkan kesan di hati pembaca-pembaca majalah kartun dan humor tempatan ketika era kegemilangannya suatu ketika dahulu.



Sunday, June 1, 2008

SIRI KOMIK SUPERHERO : CICAKMAN 1#

http://www.cicakman.com/cicakman.htm
KRU studios
mempersembahkan sebuah komik superhero

CICAKMAN!

Dari Filem diadaptasikan ke dalam bentuk siri komik.

Kini berada dipasaran!

maklumat lanjut untuk langganan

emailkan kepada :