CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 12, 2008

DIAM-DIAM KARTUNIS UBI



Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun 1975 puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.Beliau membesar bersama ibunya dan 3 orang lagi adik beradiknya di Taman Tas Kuantan Pahang.

Sejak beliau kecil lagi beliau sudah terdedah dengan karya kartun. Minatnya kian subur terhadap kartun apabila ibunya sering membeli majalah kartun Gila-Gila (dan beberapa majalah hiburan lain lagi) sebagai bacaan santai mereka seisi keluarga.

Sejak itu Ubi tidak menoleh kebelakang lagi. Ubi telah menjadikan melukis kartun sebagai satu cara untuknya mengisi masa lapang. Berkat bakat, semangat dan kesungguhan, Ubi telah berjaya menempatkan diri dan karyanya di Majalah Ujang apabila tamat persekolahan. Boleh dikatakan beliau adalah kartunis yang termuda di situ pada ketika itu.

Sepanjang penglibatannya di majalah tersebut, Ubi telah berjaya menambat hati ribuan orang yang membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002).

Ubi pernah menghasilkan komik solo iaitu Diamdiam Ubi. Namun hanya berjaya terbit satu keluaran sahaja. Kini beliau lebih selesa menumpukan perhatian kepada perniagaan sendiri iaitu menyediakan perkhidmatan melukis karikatur, design papan iklan, cetakan t-shirt, bengkel kartun, dan banyak lagi berkaitan pengiklanan. Untuk maklumat lanjut layari website beliau : http://www.kartunisubi.com/


sumber: website ubi.

0 comments: