CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 19, 2008

KOLEKSI I.B.C

PREVIEW SIKIT TENTANG I.B.C:-



Kenangan yang paling bermakna buat semua orang ialah di zaman persekolahan. Di situlah pelbagai peristiwa mengusik jiwa dapat dirasa. kadang kala membuatkan kita tertawa sendirian apabila terkenangkan telatah kengkawan dan guru-guru.
Kalau anda rindukan kenangan itu, anda boleh dapatkan koleksi I.B.C ini yang bakal terbit di pasaran di jangka pada Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, awal bulan April nanti.
I.B.C ialah singkatan bagi perkataan INTELIGENT BLUES CLUB. Ianya merupakan sebuah karya kartunis Ujang di Majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd. Cerita ini berkisar tentang telatah sekumpulan budak sekolah yang melalui pelbagai peristiwa yang melucukan.
Mungkin sesetengah peristiwa yang ditonjolkan oleh pelukis, pernah kita lalui juga ketika zaman persekolahan dulu. Jangan biarkan kenangan itu berlalu begitu sahaja. Abadikan kenangan itu dengan memiliki Koleksi I.B.C ini. Anda pasti tersenyum sendirian.


2 comments:

Faisal Nordin said...

pergh...kau simpan lagi IBC ya. aku terasa nak pi korek stor2 lama kot2 boleh jumpa ini komik lagi.

Jonjenin said...

hai ice..thanks datang blog gua.
IBC tu kebetulan aku jumpa. so tu up load kan skit. tak payah selongkar la stor tu ice. pesta buku karang beli je koleksi dia. lagi best...hihii