CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 7, 2008

JIBAM BIKIN FENOMENA BARU.

JIBAM- cover Terkini.





Setelah sekian lama menyepikan diri dari arena kartun tanah air akibat isu intelek property (Hakcipta) karyanya dengan pihak tertentu. Kini Ujang muncul kembali. Baru-baru ini, beliau telah dijemput sebagai tetamu khas– Rancangan Temujanji (ASTRO AWANI). Dalam rancangan tu Ujang telah menceritakan perkembangan terkini dan projek terbarunya iaitu JIBAM. Selain itu berlangsung sesi soal jawab dengan penonton tentang kerjaya sebagai kartunis. Kebiasaannya, orang ramai menganggap bahawa kerjaya sebagai kartunis kurang memberi pendapatan lumayan dan tidak mampu menjamin masa depan. Tetapi pendapat itu disangkal oleh Ujang. Menurut beliau kerjaya kartunis boleh memberi pendapatan yang lumayan dan ianya pernah dibuktikan oleh beliau melalui kejayaannya sebelum ini. Malahan Pelukis kartun tersohor Dato Lat juga telah membuktikannya. Ianya terpulang kepada kartunis itu sendiri untuk berusaha menjadikan dirinya berjaya ataupun tidak. Ujang juga berpesan agar kartunis mengambil tahu tentang intelek property (hakcipta).

Bercakap mengenai JIBAM ni, maka aku nak info kan sikit tentang- JIBAM.

JIBAM merupakan tajuk sebuah novel yang ditulis oleh Ibrahim Anon (Ujang) dan diterbitkan oleh Creative Enterprise sekitar tahun 1992. Di dalam novel JIBAM, Ujang berjaya mengolah cerita ini dengan begitu menarik sekali sehinggakan ianya mendapat sambutan luar biasa daripada pembaca. Sehingga kini, Novel JIBAM masih diulang cetak dan ditampilkan dengan cover terkini yang dilukis oleh pelukis muda yang berbakat besar iaitu Syaffeq Syahman Jaafar (anak Jaafar Taib) . Selain novel JIBAM, Ujang juga pernah menulis novel lain yang tak kurang hebatnya seperti ‘Cinta Terakhir’-terbitan CESB dan ‘Fiona’- terbitan MELATI Publisher (Ahadiat Akashah).




Terkini, Novel JIBAM ini akan diadaptasikan kepada sebuah filem iaitu ‘JIBAM The Movie’. Menurut beberapa sumber lagi, JIBAM juga akan di animasikan seperti karya ciptaan Ujang sebelum ini-USOP SONTORIAN.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa tahap pembikinan animasi Negara kita sekarang sedang berkembang pesat dan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kerajaan telah melihat bahawa Industri animasi ini mampu menjana keuntungan dan mencungkil kreativiti bakat anak tempatan. Oleh itu, sebuah Pusat Animasi Digital MSC Malaysia di Cyberjaya telah ditubuhkan bagi meningkatkan pembangunan animasi digital serta kepakaran tempatan dalam bidang tersebut. Pelbagai lagi usaha telah dirancang oleh kerajaan bagi meneruskan usaha meningkatkan animasi Malaysia melalui Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec).

Nak story panjang pun tak guna. Oleh itu aku previewkan sikit gambar-gambar serta cover novel JIBAM ni.

Maka kalau korang hendak tahu lebih lanjut tentang JIBAM - layari website- http://jibam.cesb.net.my/

-DAPATKANLAH SEGERA NOVEL JIBAM NI DIPASARAN SEKARANG !!! -


5 comments:

animaTOT said...

Allo incik..
ada rekodkah itu video Astro Awani?
kasik youtubelahh

Jonjenin said...

ya incik...
apa an yok?
gue ada rekod tapi suaranya enggak clear dong...
nanti tokey youtube marahin gue, tokey astro pun hangin dong...

kuikuikui...sori ek animatot...
sejak akhir2 ni blog aku sering dikunjungi oleh mahluk2 yang pelik2macam incik dumuro! apakah blog ini telah dirasuk virus pemusnah. apa pandangan saudara animatot?

apo kau suruh aku tengok ni dumuro..ko jangan buat giler beb?!!
suspen kambing gua kat kandang tu ha.series!!!

abcd said...

jibam? heheh.. teringat zaman remaja dulu.. tah berapa ratus kali aku katam novel ni. sampai lunyai cover dia dek kerana kemaruknya aku time tu dgn novel jibam ni...tak sabo nak nengok movienya pulak...

Jonjenin said...

jude..tq la singgah kat sini...
sama2lah kita tunggu..orait.

jibam said...

saya nak buku nie boleh tak... sgt2 meminati pleaseeeeee...
kol saya : 014-7316076