CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 23, 2007

Imuda yang Selamber







Abdul Rahim bin Muda. Itulah nama sebenar IMUDA. Beliau lahir pada 13 Disember 1959 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Merupakan anak ke – 6 daripada 8 orang adik beradik. Imuda cenderung pada bidang lukisan sejak zaman persekolahan lagi. Komik pertama hasil karya beliau bertajuk “Hang Sebat’, setebal 20 halaman. Tamat SPM pada tahun 1978, Imuda melangkah kealam pekerjaan. Kerjaya pertama Imuda adalah di United Book Company iaitu sebuah syarikat penerbitan buku. Imuda pernah menjadi pelukis illustrator Majalah Dunia Kanak-kanak. Kemudiannya beliau berpindah kerja dan menjawat jawatan Penolong penulis di DBP.

Kerjaya Imuda kini bukan sahaja dapat dilihat pada bidang lukisan kartun, potret dan karikatur sahaja. Imuda membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang berbakat dalam semua lapangan bidang seni sama ada berlakon, menyanyi, pengacara, pelawak.
Lakonan sitcom paling popular beliau ialah Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekaligus mencatat rating sitcom paling mendapat sambutan di TV3. Watak Budin yang dilakonkan oleh Imuda sememangnya mencuit hati seperti karya kartun beliau. Menurut Hatta Azad Khan “Kombinasi Imuda sebagai pelakon komedi dan Pelukis adalah gabungan luar biasa yang menarik. Jarang kita bertemu dengan pelukis komik yang dapat melakonkan watak lukisannya.” Itulah kebolehan Imuda. Di Antara Karya kartun Imuda yang popular ialah Imuda dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Kini Imuda sering muncul dalam sitcom Salam Pantai Timur.
Semoga beliau terus sukses dan mencipta kejayaan dalam hidup!





Saturday, December 8, 2007

BENGKEL KARTUNIS UMBUT DAN RAKAN-RAKAN.

Suasana Bengkel yang Meriah dan menggalakan.

kartunis Umbut menerima cenderahati.


Kehadiran kartunis Ujang sebagai tanda Sokongan dari seorang rakan kartunis.

Alhamdulillah...bengkel Kartun kartunis Umbut dan rakan-rakan di perpustakaan Negara berjalan lancar. Sambutan yang diterima juga amat memberangsangkan. Insya Allah jika ada kesempatan dan ruang, aktiviti sebegini perlu lagi diadakan di masa akan datang.

Bengkel ini juga mendapat sokongan dari rakan kartunis lain seperti Alif dan Junuh. Kartunis Ujang juga telah berkesempatan datang untuk memberi sokongan. Di harapkan agar bengkel kartun seperti ini terus mendapat sokongan dari rakan-rakan kartunis lain.

Tuesday, December 4, 2007

Brader GAYOUR ROCK 4 EVER!!!

Inilah wajah keunggulan ROCK - Kartunis Gayour.


Majalah g3 keluaran Karangkraf yang Gah,Gempak, Giler!

Koleksi Paling Best buah tangan Gayour!

Sepanjang Jalan Kenangan.

Slash yang Rock!

Cover kaset BS yang Rakus!

MARI KENAL BELIAU:
Mazli Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Gayour merupakan kartunis yang tidak asing lagi dalam arena kartun tanahair. Beliau berasal dari Bahau, Negeri Sembilan dan dilahirkan pada 21 Disember 1968. Kartunis Gayour cukup terkenal dengan kartun yang bertemakan rock dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri terutama golongan yang meminati muzik berkenaan. Beliau yang pada awalnya bercita-cita untuk menjadi pelukis komik dan pernah mengikuti kursus melukis komik di Penerbitan Media Seni menerusi pos pada awal tahun 80-an dahulu. Namun hasrat Gayour untuk menjadi pelukis komik terbantut apabila syarikat penerbitan tersebut ditutup pada tahun 1983.
Kemudian beliau beralih menjadi pelukis sambilan di Majalah Gelihati. Pada tahun 1990, beliau ditawarkan menjadi kartunis tetap masa di Majalah tersebut.
Selepas 3 tahun bersama Gelihati, Gayour berkhidmat pula dengan majalah Gila-Gila.
Kemudian pada tahun 1994, beliau bergandingan dengan kartunis Ujang menerbitkan Majalah UJANG. Sejak itu Gayour terus mengukir sejarahnya dengan karya-karya yang cukup membanggakan. Apabila kartunis Ujang keluar dari Majalah UJANG pada 1997 dan menerbitkan Majalah Varia Lawak, kartunis Gayour turut serta berkarya dalam Majalah itu. Namun begitu, beliau telah dipanggil semula untuk menghidupkan kembali Majalah UJANG di bawah Penerbitan MOY Publications @ Kharisma Publications pada tahun 1997 dan dilantik sebagai Pengarah Penerbitan Majalah UJANG pada ketika itu.
Kemudian beliau berpindah ke Majalah Era@MOY dan Blues Selamanya terbitan syarikat yang sama.
Pada tahun 2005, kartunis Gayour tampil bersama Majalah humor baru iaitu Majalah g3, terbitan Karang Kraf Sdn bhd. Kini beliau masih lagi mengekalkan imej Rock dalam karya-karya kartun terbaru beliau.
Diantara karya kartun yang Gayour hasilkan ialah Siapa Yang Harus Dipersalahkan, Slash, Amir, Bersama Selamanya dan yang karya terbaru Apa yang Aku Cari.
Apa yang Gayour harapkan dalam berkarya ialah memberi dan menghasilkan yang terbaik dalam karyanya. Perkara yang terpenting beliau mahu peminatnya mendapat kebaikan juga dari setiap karyanya.
Barvo buat kartunis Gayour.Yeargh!!! Rock Dulu, Kini dan Selamanya.
(nota cuak: kalau ader kesilapan En. Gayour bagi Correction ek!)

Tuesday, November 20, 2007

BENGKEL KARTUN BERSAMA KARTUNIS UMBUT!

ANDA BERMINAT DALAM LUKISAN KARTUN?
Bengkel kartun bersama kartunis umbut dan Junuh akan diadakan pada ketetapan berikut: Ianya dibuka kepada semua yang berminat.

TARIKH : 8 DISEMBER 2007
MASA : 9 PAGI hingga 2 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN NEGARA
KARTUNIS TERLIBAT : UMBUT DAN JUNUH


Paling menarik bengkel kartun ini tidak mengenakan sebarang bayaran dan makan disediakan.So, jangan lepaskan peluang ini untuk mendalami kerjaya kartunis dan mengasah bakat anda.
MARILAH DATANG BERAMAI-RAMAI....!!!

Friday, November 16, 2007

JENAKA NUDS PENUH BERMESEJ.


Nuds adalah kartunis yang popular dengan kartun SEMBANG SEMBANG dalam Majalah Gila-Gila. Beliau berasal daripada Sungai Siput, Perak. Beliau adalah kartunis yang memegang Diploma Accountancy dari UiTM. Karya-karya beliau sememangnya sarat dengan mesej. Sentuhan Nuds seakan-akan menyedarkan masyarakat tentang banyak perkara dalam kehidupan seharian melalui karya SEMBANG-SEMBANG. Sama ada kita sendiri sedari ataupun tidak, Kartun Nuds ini dilihat sebagai satu versi jenaka yang penuh bermesej. Antara kartun Nuds yang popular ialah SEMBANG-SEMBANG dan NUDIN.

Selain gemar melukis kartun, kartunis Nuds juga mahir dalam lukisan karikatur. Jika anda menghadiri promosi Majalah Gila-Gila, anda pasti akan dapat melihat Nuds melukis karikatur.

Kini Nuds muncul dengan Koleksi SEMBANG SEMBANG Jilid 1 (berwajah baru). Koleksi ini terdapat dalam 2 versi iaitu Soft Cover dan Hard Cover. Koleksi Nuds ini juga merupakan satu penghargaan buat semua peminat-peminat beliau. Jadi jangan lepaskan peluang anda menjadikan koleksi Nuds sebahagian dari koleksi peribadi Ekslusif anda.

Tuesday, November 13, 2007

KOMIKOO NANTIKAN KEMUNCULAN PENUH DEBARAN!!




Senarai nama-nama yang bukan asing bagi pengiat komik tanah air ini bakal menghasilkan sebuah magazine yang iaitu komikoo!!!


moh! kita semua pakat support diorang...sambil menikmati barangan produk promosi komikoo!


maklumat lanjut dapati di blog komikoo - http://komikoo.blogspot.com/

Tuesday, October 9, 2007

SANTAPAN HUMOR HARI RAYA !!!






Bila time nak raya...aku syok baca majalah humor tempatan pasal tebal-tebal... kalau la tiap-tiap bulan diorang keluarkan majalah tebal macam ni kan syok..tapi nayanya para kartunis dia la....nak pulun sampai rebeh mata...
Apapun inilah majalah humor yang masih agresif di pasaran dalam tahun ini...
selamat berhari raya!!! maaf zahir dan batin...




ANIMASI GENG - FILEM ANIMASI 3D PERTAMA MALAYSIA.

Usaha MeDC membawa sebuah Filem animasi 3D pertama Negara berjudul Geng: The Beginning (Geng: Misteri Hantu Durian) ke luar Negara hingga pihak penerbit Les’Copaque Production (LCP) berjaya mendapat tawaran kerjasama untuk membuat filem animasi bersama Zhongnan Animation Group dari China. LCP juga baru menterai perjanjian dengan pengedar dari Rusia iaitu Voxell Group untuk mengedar filem ini ke 15 bekas Negara Soviet Russia. Filem ini juga bakal diedarkan di Eropah dan seluruh Asia melalui pengedar Papper Mint Asia Sdn Bhd. Pihak LCP memaklumkan bahawa pembikinan Filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM 1 Juta. Manakala Kementerian Pelancongan menyalurkan kewangan sebanyak RM 200,000 untuk tujuan mempromosikan Negara kita melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.
Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia. Sebagai percubaan, LCP menghantar penyertaan pada Anugerah Filem pendek 2006 (AFP06) dan berjaya memenangi Anugerah Pengarah Filem Animasi Terbaik menerusi Mohd. Nizam Abd. Razak , Animasi Terbaik dan Terbaik Keseluruhan AFP06. Filem animasi 3D ini berdurasi 90 minit dan mempunyai 40 babak yang menggunakan perisian maya yang bakal siap sepenuhnya pertengahan tahun depan. Semoga produk 100 peratus hasil kerja anak tempatan ini diterima dan mampu membangkitkan semangat semua pengiat animasi Negara untuk terus menghasilkan animasi yang menarik dan berkualiti.

Saturday, October 6, 2007

Dapatkan VCD DAN DVD UPIN DAN IPIN sekarang!!!


HEBOH Orang memperkatakan tentang kehebatan animasi Malaysia Kini. tak abis dengan kisah Filem Animasi BUDAK LAPOK yang akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti, kini yang terbaru kisah animasi yang ditayangkan di TV9 iaitu UPIN DAN IPIN. Animasi 3D ini mula mendapat perhatian masyarakat sejak ia ditayangkan dalam bulan Ramadhan ini.
VCD dan DVD UPIN DAN IPIN ini tidak boleh didapati dipasaran terbuka sebaliknya perlu di order melalui syarikat yang menerbitkan animasi ini.

Apa tunggu lagi? Hanya tempah VCD/DVD anda dengan membuat pembayaran seperti tertera di bawah.

Cara Pembayaran

1. Kiriman Wang Pos Bayaran melalui kiriman pos hendaklah dibayar atas nama
Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
Sila poskan bayaran anda menggunakan sampul surat yang dialamatkan kepada:
Les' Copaque Production Sdn. Bhd.No 36A,
Jalan Rugby 13/30, Tadisma Business Park, Section 13,
40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

jangan lupa untuk mengepilkan sekali nama, nombor telefon dan alamat anda.
2. Bayaran Melalui Akaun Bank Maybank Berhad
Nombor Akaun : 152068689037
Bayaran hendaklah dibuat di atas nama Noor Ezdiani Binti Ahmad Fawzi.
Setelah anda membuat bayaran maka anda perlu menghantar
fakskan slip bank ke 03-55118086
atau emailkan untuk menyatakan pembayaran anda telah dibuat.

Pastikan nama penuh dan alamat anda ditulis bersama-sama dokumen faks/email anda.
Tempoh penghantaran adalah dari 1 hingga 2 minggu. Semua VCD/DVD akan dihantar menggunakan pos laju. Kos penghantaran adalah percuma.

Jika ada sebarang pertanyaan,
sila hantarkan email kepada diani.1983@gmail.com atau hubungi 03-55118089.

Saturday, September 22, 2007

KARTUN LAGI...










Sesekali layan lukis kartun ni best jugak...kadang2 tengah lepak sesaja...datang idea, mula la capai pen terus lukis...
kartun ni aku lukis direct pakai pen. itu sebablah nampak celaru dan tak kemas...
kalau ikut panduan betul la..nak draw kartun ni kena pakai pensel dulu..supaya bila masuk ink nanti kemas...ketelitian dan kesabaran perlu ada dalam melukis kartun. Selamat membaca..!!!



Friday, September 21, 2007

BUDAK LAPOK Di Pawagam !!!




Sekarang sana sini orang memperkatakan tentang BUDAK LAPOK...dari kedai kopi sampai lah ke bebudak sekolah...semua memperkatakan tentangnya....Sama-samalah kita saksikannya sebagai tanda menyokong animasi tempatan.
BUDAK LAPOK-Animasi yang bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri.

Filem animasi Budak Lapok terbitan Matahari Animation & Production Sdn. Bhd. Filem animasi arahan Anwardi Jamil yang bakal ditayangkan pada musim Hari Raya Aidilfitri ini itu merupakan filem yang diinspirasikan daripada alam kehidupan P. Ramlee. Dalam filem berdurasi 90 minit itu, penonton dibawa kepada kisah pertemuan antara P. Ramlee dengan Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Budak Lapok merupakan filem ketiga animasi tempatan selepas Silat Legenda dan Putih.
Menurut Anwardi, filem yang didedikasikan kepada seniman legenda itu dibuat berdasarkan penceritaan semula oleh Aziz Sattar dan S.Shamsuddin. Kata Anwardi, projek Budak Lapok telah dimulakan sejak tujuh tahun lalu dan kira-kira dua tahun lalu barulah siap sepenuhnya. "Filem animasi memerlukan ketelitian. Dari masa ke semasa kami banyak belajar dan memperbaiki kelemahan yang ada. Lakaran karakter yang dicipta mirip kepada kartun ciptaan Datuk Lat. Semua kerja untuk filem ini menggunakan kepakaran tempatan," katanya yang memilih MIG Production Sdn. Bhd., sebagai pengedar.
Filem yang menampilkan karakter Ramlee, Ajiz dan Sudin dengan kos pembikinan RM2.589 juta itu bukan sahaja sesuai ditonton oleh kanak-kanak tapi seisi keluarga kerana ia ada mesej dan menghiburkan.
Sinopsis Budak Lapok
Kisah bermula apabila tiga sahabat dari Kampung Sebatang Pinang iaitu Ramlee, Ajis dan Sudin menyertai pertandingan bola sepak. Mewakili kampung mereka, Ramlee, Ajis dan Sudin terpaksa berdepan dengan pemain-pemain dari Kampung Semerah Padi yang diwakili oleh Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim.
Dalam masa yang sama mereka cuba memikat hati tiga anak gadis; Nani, Salmah dan Eton dengan menyertai pertandingan drama antara sekolah-sekolah walaupun Ajis dan Sudin gerun berada di atas pentas berhadapan dengan orang ramai. Keadaan bertambah rumit apabila kedua-dua pertandingan tersebut jatuh pada hari yang sama.
*(Sumber : Akhbar Berita dan Utusan)

- Moh kita ramai-ramai ke pawagam sepanjang Aidilfitri nanti.

VARIASI KARYA...


Majalah MATO-MATO dalam kenangan.
(Aku sempat menyumbang sedikit karya dalam kartun dan artikel)


Brader Umbut lah kartunis yang sudi menerima karya aku dan memberi ruang untuk aku berkarya dalam majalah dan surat khabar skit2...terima kasih banyak-banyak kerana menghargai karya saya. SEMUGA SUKSES SOKMO !!!

















Sebahagian karya aku sekitar tahun 2005 dalam Akhbar mingguan BULETIN UTAMA. (tutup dah akhbar tu)

Saturday, September 15, 2007

CERITA RAKYAT MALAYSIA Creative competition


‘Cerita Rakyat Malaysia Creative Competition 2007’merupakan satu lagi usaha untuk mengangkat animasi Malaysia yang telah dirintis oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam menghidupkan kembali cerita-cerita rakyat Malaysia. Pertandingan ini dibuka pada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dengan menghasilkan lukisan karikatur berdasarkan cerita rakyat termasuklah cerita mitos, cerita lipur lara, cerita legenda, serta jenaka dan cerita binatang yang pernah diperdengarkan dari satu generasi ke satu generasi.
Menurut Kamil Othman (Timbalan Presiden Creative Multimedia MDeC) pertandingan ini mulai dibuka pada bulan Mei lalu dan akan berakhir pada bulan November 2007. Pertandingan ini dibuka kepada dua kategori iaitu untuk bawah dan atas 18 tahun. Mereka yang berminat boleh menghantar karikatur watak cerita rakyat yang dipilih sama ada yang dilukis melalui lukisan tangan, lukisan digital, ataupun gambar menggunakan perisian 3D. Perserta juga perlu menghantar 3 reka cipta karikatur animasi daripada sebuah Cerita Rakyat dengan pembangunan jalan cerita yang ringkas. Sekiranya terpilih, karikatur itu akan dibawa ke fasa kedua iaitu membangunkan dalam bentuk cerita animasi menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh pihak MDeC.
Hakim pertandingan ini ialah pakar cerita rakyat yang juga pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Aripin Said dan kartunis terkemuka dengan majalah Gila-Gila, Jaafar Taib.
KATEGORI 18 TAHUN KE ATAS:
Tempat pertama : RM 15,000
Tempat kedua : RM 10,000
Tempat ketiga : RM 5,000
Ima hadiah Saguhati : RM 3,000
KATEGORI 18 TAHUN KE BAWAH:
Tempat pertama : RM 5,000
Tempat kedua : RM 3,000
Tempat ketiga : RM 1,000
Ima hadiah Saguhati : RM 500

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh didapati dengan melayari laman web : http://cmc.msc.com.my/ceramy.html
Tel: 03-83123014 atau 03-83123016

Tuesday, September 11, 2007

RAJA KARTUN MALAYSIA -ALLAHYARHAM REJABHAD.





http://main.cesb.net.my/

Rata-rata jika ditanya pada kartunis di Malaysia SIAPA RAJA KARTUN MALAYSIA? Semua pasti akan mengenalinya. Baik kartunis yang masih baru ataupun mereka yang sudah lama mengharungi kerjaya ini. Rejabhad layak di gelar Bapa Kartun Malaysia yang terulung. Nama sebenar beliau ialah Jab bin Had. Beliau lahir pada 23 Ogos 1939 dan berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kartun pertama beliau pernah tersiar dalam majalah gelanggang filem (terbitan Allahyarham tan Sri P Ramlee) keluaran Julai 1958 (ketika itu berusia 19 tahun). Sebelum beliau bergiat aktif dalam dunia kartunis, Rejabhad sebenarnya pernah berkhidmat sebagai anggota tentera. Menurut beberapa sumber - Rejabhad pernah berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menghalau komunis dari kawasan pedalaman sewaktu zaman selepas merdeka. Beliau telah melukis satu kartun ringkas dalam bahasa China lalu dicetak dalam bilangan yang banyak serta diedarkan melalui kapal terbang dengan cara mengugurkan karyanya itu seperti peluru ke kawasan pedalaman untuk dibaca oleh pihak komunis. Kartun itu menceritakan tentang keadaan Tanah Melayu dan keadaan komunis ketika itu. Beliau juga pernah dijemput menemui menteri bersama beberapa rakan kartunis lain di dalam sebuah bilik khas untuk membantu kerajaan membenteras gejala dadah. Dia adalah satu-satunya askar pencen yang pertama dijemput menyertai batalion askar yang masih aktif dalam menjalankan tugas.
Kejujuran dan keikhlasan Rejabhad untuk melihat lebih ramai kartunis lahir bagi mewarnai arena kartun Negara dapat dilihat melalui kesungguhan beliau dalam mendidik kartunis pelapis. Mereka yang pernah mendapat tunjuk ajar dari beliau ialah kartunis tersohor Dato Lat, kartunis Juragan dan boleh dikatakan sebahagian besar kartunis Malaysia (tahun50-an hingga 2000) pernah mendapat tunjuk ajar darinya.. Beliau juga telah mempunyai galeri peribadi di Pulau Pinang. Selain itu, kartunnya yang berjudul ‘Tan Tin Tun’. pernah diminta oleh seorang penerbit untuk difilemkan dan dijadikan satu cerita lawak untuk rancangan bersiri TV. Untuk mengenang jasa dan menghargai perjuangan beliau maka pihak syarikat Creative Enterprise (penerbit Majalah Humor- Gila-Gila ) telah memberi kebebasan untuk berkarya selama mungkin yang beliau mahu.. Dia mengakhiri hayatnya pada usia 63 tahun akibat penyakit jantung. Kehilangan beliau dalam arena kartun tanahair terlalu sukar untuk dicari ganti.
Di antara koleksi kartun Rejabhad yang popular dan diminati oleh pelbagai peringkat umur sehingga hari ini ialah Perwira Mat Gila (tiga jilid), Tan Tin Tun, Mawar Oh Mawar, Selendang Siti Rogayah, GG Dengan Rejabhad, Prebet Dabus, Senyum sedikit (dua jilid), Pisang emas Jalak Lenteng dan Amal (anak Periwara Mat Gila).
Perjuangan dan pergorbanan Raja Kartun Malaysia ini harus diteruskan oleh kartunis-kartunis masa kini sampai bila-bila dengan meletakkan martabat kartun di Malaysia setaraf dengan kartun Antarabangsa -Al-Fatihah buat Allahyarham Rejabhad.-
(sumber-alifstyles)

Monday, September 10, 2007

KEUNIKAN KARTUN- KARTUNIS SIREH.


*gambar terkini kartunis Sireh.


*gambar sireh masa muda dulu.


sentuhan jiwang dalam majalah APO?










Anuar Hassan (Sireh), merupakan anak ke lima daripada enam orang adik beradik ini memulakan kerjaya sebagai kartunis setelah tamat persekolahannya. Beliau mula mengembangkan bakatnya apabila telah diberi peluang berkarya dalam Majalah humor terkenal Gila-Gila, secara sambilan sebelum diambil bekerja sepenuh masa, apabila beliau menunjukkan inisiatif dalam membawa rekaan kartun yang menarik. Kartunis Sireh merupakan kartunis yang berpelajaran tinggi. Beliau pernah mendapat pendidikan di Matrikulasi USM, kemudian melanjutkan pelajaran di Uitm Shah Alam dalam jurusan Seni Halus. Kartunis Sireh juga pernah melanjutkan pelajaran di New Zealand dalam Jurusan Computer Graphic Design. Ketika itu beliau telah mula menghantar karya ke Majalah UJANG. Di New Zealand, beliau belajar sendiri melukis karikatur dan kerap berkunjung di pasar seni di Negara itu.
Pada tahun 1997, Kartunis Sireh telah ditawarkan untuk berganding dengan kartunis Petai dalam menjayakan ‘Majalah APO?’ terbitan MOY Publication Sdn Bhd yang juga merupakan penerbit Majalah UJANG. Bermula dari jawatan kartunis biasa sedikit demi sedikit beliau melonjak menjawat jawatan Chief Editor kemudian Penolong Pengarah dan akhirnya menjadi Pengarah Penerbitan Majalah pada tahun 2002.
Kini beliau menjawat jawatan sebagai pensyarah filem dan animasi di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Namun begitu kecenderungan beliau pada lukisan kartun masih menyerlah. Dimana pada setiap bulan, beliau teap akan menghantar bahan-bahan kepada majalah UJANG dan APO?. Beliau juga kreatif dalam mengusahakan idea unik untuk siri lukisan kartun sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, yang akan dipertontonkan di Galeri Shah Alam, Selangor. Karya-karya popular kartunis Sireh ialah Student Life, Cinta Gadis Bunian dan loving Couple. Kartunis Sireh bercita-cita untuk menjadi setaraf dengan popularity yang dikecapi oleh Kartunis terkenal Lat dan beliau berharap suatu hari nanti walaupun beliau telah tiada karya-karya beliau akan tetap diingati sampai bila-bila.