CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 23, 2007

Imuda yang Selamber







Abdul Rahim bin Muda. Itulah nama sebenar IMUDA. Beliau lahir pada 13 Disember 1959 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Merupakan anak ke – 6 daripada 8 orang adik beradik. Imuda cenderung pada bidang lukisan sejak zaman persekolahan lagi. Komik pertama hasil karya beliau bertajuk “Hang Sebat’, setebal 20 halaman. Tamat SPM pada tahun 1978, Imuda melangkah kealam pekerjaan. Kerjaya pertama Imuda adalah di United Book Company iaitu sebuah syarikat penerbitan buku. Imuda pernah menjadi pelukis illustrator Majalah Dunia Kanak-kanak. Kemudiannya beliau berpindah kerja dan menjawat jawatan Penolong penulis di DBP.

Kerjaya Imuda kini bukan sahaja dapat dilihat pada bidang lukisan kartun, potret dan karikatur sahaja. Imuda membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang berbakat dalam semua lapangan bidang seni sama ada berlakon, menyanyi, pengacara, pelawak.
Lakonan sitcom paling popular beliau ialah Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekaligus mencatat rating sitcom paling mendapat sambutan di TV3. Watak Budin yang dilakonkan oleh Imuda sememangnya mencuit hati seperti karya kartun beliau. Menurut Hatta Azad Khan “Kombinasi Imuda sebagai pelakon komedi dan Pelukis adalah gabungan luar biasa yang menarik. Jarang kita bertemu dengan pelukis komik yang dapat melakonkan watak lukisannya.” Itulah kebolehan Imuda. Di Antara Karya kartun Imuda yang popular ialah Imuda dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Kini Imuda sering muncul dalam sitcom Salam Pantai Timur.
Semoga beliau terus sukses dan mencipta kejayaan dalam hidup!





Saturday, December 8, 2007

BENGKEL KARTUNIS UMBUT DAN RAKAN-RAKAN.

Suasana Bengkel yang Meriah dan menggalakan.

kartunis Umbut menerima cenderahati.


Kehadiran kartunis Ujang sebagai tanda Sokongan dari seorang rakan kartunis.

Alhamdulillah...bengkel Kartun kartunis Umbut dan rakan-rakan di perpustakaan Negara berjalan lancar. Sambutan yang diterima juga amat memberangsangkan. Insya Allah jika ada kesempatan dan ruang, aktiviti sebegini perlu lagi diadakan di masa akan datang.

Bengkel ini juga mendapat sokongan dari rakan kartunis lain seperti Alif dan Junuh. Kartunis Ujang juga telah berkesempatan datang untuk memberi sokongan. Di harapkan agar bengkel kartun seperti ini terus mendapat sokongan dari rakan-rakan kartunis lain.

Tuesday, December 4, 2007

Brader GAYOUR ROCK 4 EVER!!!

Inilah wajah keunggulan ROCK - Kartunis Gayour.


Majalah g3 keluaran Karangkraf yang Gah,Gempak, Giler!

Koleksi Paling Best buah tangan Gayour!

Sepanjang Jalan Kenangan.

Slash yang Rock!

Cover kaset BS yang Rakus!

MARI KENAL BELIAU:
Mazli Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Gayour merupakan kartunis yang tidak asing lagi dalam arena kartun tanahair. Beliau berasal dari Bahau, Negeri Sembilan dan dilahirkan pada 21 Disember 1968. Kartunis Gayour cukup terkenal dengan kartun yang bertemakan rock dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri terutama golongan yang meminati muzik berkenaan. Beliau yang pada awalnya bercita-cita untuk menjadi pelukis komik dan pernah mengikuti kursus melukis komik di Penerbitan Media Seni menerusi pos pada awal tahun 80-an dahulu. Namun hasrat Gayour untuk menjadi pelukis komik terbantut apabila syarikat penerbitan tersebut ditutup pada tahun 1983.
Kemudian beliau beralih menjadi pelukis sambilan di Majalah Gelihati. Pada tahun 1990, beliau ditawarkan menjadi kartunis tetap masa di Majalah tersebut.
Selepas 3 tahun bersama Gelihati, Gayour berkhidmat pula dengan majalah Gila-Gila.
Kemudian pada tahun 1994, beliau bergandingan dengan kartunis Ujang menerbitkan Majalah UJANG. Sejak itu Gayour terus mengukir sejarahnya dengan karya-karya yang cukup membanggakan. Apabila kartunis Ujang keluar dari Majalah UJANG pada 1997 dan menerbitkan Majalah Varia Lawak, kartunis Gayour turut serta berkarya dalam Majalah itu. Namun begitu, beliau telah dipanggil semula untuk menghidupkan kembali Majalah UJANG di bawah Penerbitan MOY Publications @ Kharisma Publications pada tahun 1997 dan dilantik sebagai Pengarah Penerbitan Majalah UJANG pada ketika itu.
Kemudian beliau berpindah ke Majalah Era@MOY dan Blues Selamanya terbitan syarikat yang sama.
Pada tahun 2005, kartunis Gayour tampil bersama Majalah humor baru iaitu Majalah g3, terbitan Karang Kraf Sdn bhd. Kini beliau masih lagi mengekalkan imej Rock dalam karya-karya kartun terbaru beliau.
Diantara karya kartun yang Gayour hasilkan ialah Siapa Yang Harus Dipersalahkan, Slash, Amir, Bersama Selamanya dan yang karya terbaru Apa yang Aku Cari.
Apa yang Gayour harapkan dalam berkarya ialah memberi dan menghasilkan yang terbaik dalam karyanya. Perkara yang terpenting beliau mahu peminatnya mendapat kebaikan juga dari setiap karyanya.
Barvo buat kartunis Gayour.Yeargh!!! Rock Dulu, Kini dan Selamanya.
(nota cuak: kalau ader kesilapan En. Gayour bagi Correction ek!)