CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 15, 2007

CERITA RAKYAT MALAYSIA Creative competition


‘Cerita Rakyat Malaysia Creative Competition 2007’merupakan satu lagi usaha untuk mengangkat animasi Malaysia yang telah dirintis oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam menghidupkan kembali cerita-cerita rakyat Malaysia. Pertandingan ini dibuka pada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dengan menghasilkan lukisan karikatur berdasarkan cerita rakyat termasuklah cerita mitos, cerita lipur lara, cerita legenda, serta jenaka dan cerita binatang yang pernah diperdengarkan dari satu generasi ke satu generasi.
Menurut Kamil Othman (Timbalan Presiden Creative Multimedia MDeC) pertandingan ini mulai dibuka pada bulan Mei lalu dan akan berakhir pada bulan November 2007. Pertandingan ini dibuka kepada dua kategori iaitu untuk bawah dan atas 18 tahun. Mereka yang berminat boleh menghantar karikatur watak cerita rakyat yang dipilih sama ada yang dilukis melalui lukisan tangan, lukisan digital, ataupun gambar menggunakan perisian 3D. Perserta juga perlu menghantar 3 reka cipta karikatur animasi daripada sebuah Cerita Rakyat dengan pembangunan jalan cerita yang ringkas. Sekiranya terpilih, karikatur itu akan dibawa ke fasa kedua iaitu membangunkan dalam bentuk cerita animasi menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh pihak MDeC.
Hakim pertandingan ini ialah pakar cerita rakyat yang juga pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Aripin Said dan kartunis terkemuka dengan majalah Gila-Gila, Jaafar Taib.
KATEGORI 18 TAHUN KE ATAS:
Tempat pertama : RM 15,000
Tempat kedua : RM 10,000
Tempat ketiga : RM 5,000
Ima hadiah Saguhati : RM 3,000
KATEGORI 18 TAHUN KE BAWAH:
Tempat pertama : RM 5,000
Tempat kedua : RM 3,000
Tempat ketiga : RM 1,000
Ima hadiah Saguhati : RM 500

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh didapati dengan melayari laman web : http://cmc.msc.com.my/ceramy.html
Tel: 03-83123014 atau 03-83123016

2 comments:

AbGJaS said...

Salam perkenalan buat saudara Johan,

Saya amat berbesar hati dpt mengunjungi blog saudara atas saranan seorang rakan blogger.

Saya juga seorang peminat kartun dan blog saya juga berkisar dgn kartun.

Justeru, blog spt saudara memang saya nanti2kan. Moga dapat kita bertukar2 idea slps ini nanti.

Sudilah berkunjung ke blog saya - panggil saja saya abgjas. Jumpa lagi.

Jonjenin said...

thanks..sebab sudi melawat..
saya sudahpun melihat blog saudara. memang suadara ada bakat...jangan berhenti berkarya..teruskanlah melukis!!!