CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 4, 2007

AIE yang Blues.



*LAKARAN KARTUN AIE YANG MENARIK.


SENTUHAN AIE YANG POWER PADA MAJALAH g3.


SENTUHAN AIE PADA COVER MAJALAH UJANG.




KOLEKSI AIE BERSAMA MAJALAH STARZ.


* Koleksi kolaborasi dengan kartunis Ujang. tangkap nangis beb.





*Fenomena blues melanda.


Shaari bin Sulong (Aie) adalah satu nama yang cukup gah dalam arena kartun dan komik tanahhair. Beliau lahir pada 24 Februari 1973, di Kampung Baru Kuala Lumpur. Bakat semulajadi yang lahir dalam dirinya diperolehi dari ayahnya yang juga merupakan seorang guru lukisan. Namun begitu, kartunis Aie tidak pernah mendapat sebarang pendidikan secara formal di dalam bidang ini. Beliau hanya belajar secara tidak langsung melalui persekitaran dan tunjuk ajar dari sesiapa saja yang boleh. Kartunis Aie mula berjinak dengan bidang lukisan ini sejak berada dibangku sekolah lagi,iaitu apabila beliau diberi tanggungjawab oleh gurunya untuk menguruskan majalah sekolah. . Beliau mula terlibat secara serius dalam arena kartun tanahair bermula pada tahun 1991-sebagai kartunis di Majalah Jenakarama terbitan Evergreen Publisher Sdn. Bhd. Dari situ beliau bertekad untuk pergi ke peringkat yang lebih baik. Kartunis Aie telah menjadikan kartunis Don dan kartunis kerengge sebagai idolanya kerana beliau berpendapat karya mereka mendahului masa dari segi kualiti, idea dan penyampaian. Aie kemudian dilantik sebagai ketua studio Majalah Jenakarama dan sebuah Majalah berkonsep pendidikan iaitu Disney-Mickey.

Pada tahun 1993- Aie ditawarkan menjadi Animator bagi Animasi ‘Usop Sontorian’-terbitan Kharisma picture. Semasa beliau menjadi animator…beliau telah diajak oleh kartunis Ujang untuk membuat majalah. Kartunis Aie merupakan diantara tiga orang pelopor utama Majalah UJANG disamping kartunis Gayour dan kartunis Ujang sendiri Maka bermula pada Oktober 1993, kartunis Aie telah menjadi kartunis tetap di Majalah UJANG. Dalam tempoh tersebut nama kartunis Aie telah melonjak dengan koleksi ABE, iaitu hasil kolaborasi beliau dengan kartunis Ujang. Tidak ketinggalan juga karya-karya beliau yang lain seperti AKU HIDUP DALAM BLUES,TOYON, PAK ANDAK, DIN BLUES turut berjaya menambat hati para peminat kartun. Disamping itu, Kartunis Aie juga turut terlibat dalam voice over bagi animasi ‘Usop Sontorian’ untuk watak Singh dan Arba.

Namun pada November 1996, berlaku perpecahan antara kartunis Ujang dengan Kharisma Publication sekaligus terhentinya penerbitan Majalah UJANG. Kartunis Aie kemudian bergerak secara solo selama 6 bulan sebagai-freelancer illustrator,part time designer dan bermacam-macam kerja lagi.

Pada Jun 1997, beliau dipanggil semula untuk menerajui Majalah UJANG dan dilantik sebagai Pengarah Seni dibawah penerbitan baru, MOY Publications Sdn. Bhd. Kartunis Aie sekali lagi mencipta sejarah yang tersendiri apabila komik ciptaan beliau- ‘BLUES UNTUK AKU’ yang disiarkan secara bersiri dalam Majalah UJANG mendapat sambutan yang paling hangat daripada pembaca. Koleksi komik ‘BLUES UNTUK AKU” jilid 1 dan 2 telah terjual melebihi 150,000 naskhah dan masih dijual sehingga ke hari ini.

Pada November 2000, kartunis Aie telah meletak jawatan di MOY Publications Sdn. Bhd dan beliau telah menubuhkan Unlimited Productions bersama rakan kongsinya iaitu En. Nazan Mohd. Noor. Pada Januari 2001 maka lahirlah komik solo ‘AKU DAN SESUATU’ yang berjaya memecahkan monopoli konsep majalah humor berkumpulan yang sebelum ini menjadi trend penerbit tempatan. Komik ini turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun dan komik tanahair. Komik solo tersebut hanya dapat dikeluarkan sebanyak 29 keluaran dan berakhir pada tahun 2003. Beliau kemudian menyumbang untuk majalah komik STARZ dan berjaya menghasilkan satu koleksi iaitu ‘LOVEVILLE”.

Kini komik AKU DAN SESUATU tersebut telah diterbitkan semula dalam bentuk buku novel grafik dibawah terbitan Al-Ameen serve holdings sdn bhd. Disamping itu, Kartunis Aie juga turut menyumbangkan karya beliau untuk Majalah g3 terbitan Karangkraf Sdn Bhd.

Hasil kerja Aie bukan sahaja dapat dilihat dalam komik, malah pada cover CD,poster dan inlay artis famous. Antara cover album artis yang mendapat sentuhan kartunis Aie ialah Kumpulan Wings, Kristal, dan Def Gab C.

Impian kartunis Aie yang masih belum tercapai sebagai kartunis ialah beliau ingin menghasilkan animasinya sendiri dan ingin karyanya diterima lebih baik dari sebelumnya. Kartunis Aie berpendapat “ Jika sesiapa yang ingin menceburi bidang komik janganlah menghasilkan karya di mulut saja, sebaliknya tunjukkan melalui kayakinan pada karya anda sendiri. Biarpun orang mengatakan karya anda buruk dan kotor, janji anda berbangga dengan apa yang anda buat. Dalam dunia komik tiada siapa dapat mengajar anda untuk menghasilkan karya yang terbaik, guru yang paling baik adalah karya anda sendiri. Buatlah kerja bersungguh-sungguh, sekiranya mendapat peluang, jangan sia-siakannya”.

9 comments:

Anonymous said...

Aie mempunyai Aura tersendiri,bersahaja.Kesempatan aku berkerja bersama dia dia Kharisma Publication adalah saat yg manis.Walaupun aku jauh di perantauan,aku ada jugak contact Aie melalui telepon.

Aku tak segan cakap Aku ada jugak mencedok teknik Aie.

Aie wa salute you brader!

Ada umur kita bersua lagi.

Jonjenin said...

kartun Aie memang ada power. kemas...aku suka tengok kartun dia. semuga dia sukses sokmo.

Unknown said...

wah...bagus!

blog cerita ttg katun2 malaysia temporari 90an. best! i'm one of the big fans.

sori, boss, tiba2 mencelah.

aku google ttg "aku hidup dalam blues", sekali jumpa blog ko.
sekali-sekala, lawatlah blog
www.muntahkahak.blogspot.com

minta izin untuk link kan ke blog ko, ok.
(skarang jarang update, satu hari nanti br update, ok.)

selamat berkenalan.
selamat berpuasa.
selamat hari raya.

-aizattarmizi.

bokbong said...

somebody...
mcm mane nk langgan balik semua siri BLUES UNTUK AKU...kalo sesape tahu cara dia, post email kat email gua... bokbong_return@yahoo.com
please...

Jonjenin said...

bokbong - koleksi Blues Untuk Aku karya aie. masih dijual oleh syarikat penerbit majalah UJANG- MOY Publicationts sampai ke hari ini. so, kalau ko nak beli pi kat pejabat MOY atau pi pesta Buku PWTC, Kuala Lumpur bulan april nanti. so cari kat sana...
tapi citer tu tergantung tak bertali bila aie chow! dari MOY.
orang lain sambung dah jadi merepek2 cam kerepek plak. gitulah adanya.

admin said...

skang nie ayie wat pe

im a human . said...

kalau boleh ak nak tau kat mane boleh dapat karya pelu)ukis lama2 cam Gayour(bersama selamanya),aie(blues utk ak) dan lain2 lagi.....

Unknown said...

jumpa aie kat Uitm tadi, terharu lak rasa...tapi tak mau ganggu dia tengah sign autograf.. :D

cimöt said...

sampai sekarang aku hafal kott lagu blues untuk aku..hehehe..