CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 11, 2007

WATAK ANIMASI BERSIRI PERTAMA DI MALAYSIA.


Animasi ‘Usop Sontorian’ merupakan animasi yang diadaptasikan daripada karya kartunis Ujang yang pernah mengegarkan Animasi Malaysia sekitar tahun 1993-1996. Ianya sekaligus telah menjadi perintis kepada animasi bersiri pertama di Malaysia. Animasi Usop Sontorian ini telah diterbitkan oleh Kharisma Pictures dengan menggunakan tenaga animator anak tempatan sepenuhnya. Usop Sontorian yang ditayangkan melalui RTM akhirnya terpaksa ‘berkubur’. Terkuburnya Usop Sontorian kerana belanja untuk menghasilkan siri tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah yang sanggup dibayar oleh pihak stesen Televisyen untuk menayangkannya.
Menurut kartunis Ujang, “ kita tidak mendapat sokongan yang kuat sebagai asas membangunkan dunia animasi sedangkan kita mampu menghasilkan siri kartun yang setaraf dengan animasi keluaran Hana Barbara dan Walt Disney jika ada kemudahan komputer yang canggih. Kalau kerajaan beri sokongan dengan mengadakan institusi untuk animasi dan bantuan pinjaman untuk membangunkan industri ini, kita mampu menghasilkan animasi yang lebih baik daripada animasi Negara-negara lain di Asia dalam tempoh yang terdekat ini kerana kita mempunyai ramai pelukis animasi yang berbakat tetapi malangnya kemampuan kita terbatas.”
Apa yang membanggakan ialah animasi Usop Sontorian ini telah bertahan ulang tayang di TV sehingga tahun 2000. Ianya merupakan satu pencapaian yang baik untuk animasi tempatan.

4 comments:

ujang said...

Bertahun-tahun selepas kenyataan itu di buat kerajaan akhirnya memberi sokongan dengan menubuhkan MDEC dnegan peruntukkan puluhan juta ringgit...dan kita lihat hasilnya-SALADIN yang cukup hebat dari segi persembahan dan saling tak tumpah macam animasi terbitan WALTDISNEY.Apa yang kita harapkan selepas ini lebih banyak peluang di berikan kepada pelukis-peluukis animasi tempatan untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti bagi memeriahkan industri animasi negara.insyaallah.

Jonjenin said...

Thanks sifu ujang kerana berkesempatan singgah ke blog saya. diharapkan usaha kita untuk melihat animasi Malaysia beraksi di arena Antarabangsa tercapai dengan sokongan yang jitu dari kerajaan. HIDUP ANIMASI MALAYSIA!

Openlor said...

teruskan perjuangan rockapak.Bertukarrrrrrrr```

Jonjenin said...

huhuhu....hidupp syafiqqq!! btukauuu!